MyASNB SECURE(Cara Pengaktifan & Pengesahan Transaksi)

MyASNB SECURE(Cara Pengaktifan & Pengesahan Transaksi)

MyASNB SECURE

Kepada pelanggan Amanah Saham Bumiputera (ASB), sudah semestinya anda akan mendaftar portal online MyASNB bagi memudahkan urusan transaksi anda secara online.  Pada masa kini, terdapat ciri baharu telah ditambahbaik untuk keselamatan bagi pengesahan transaksi yang dikenalai sebagai MyASNB Secure. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara pengaktidan dan penegsahan transaksi, semoga membantu.

 

APA ITU MyASNB SECURE

myASNB Sacure adalah fungsi baharu yang menyediakan kaedah lebih mudah dan selamat untuk mengesahkan transaksi anda di portal dan aplikasi myASNB. myASNB Secure menggunakan ciri keselamatan pengesahan multi-faktor (multi-factor authentication) melalui pemadanan antara akaun myASNB dengan peranti mudah alih (telefon pintar/tablet) anda di mana pengesahan transaksi menggunakan pengesahan terus (Push Authentication) dan Sacure TAC (pengesahan 6-digit Transaction Authorisation Code) yang dihasilkan di aplikasi myASNB. Kaedah ini merupakan alternatif kepada pengesahan SMS TAC sedia ada dan tersedia untuk kedua-dua platform iaitu portal dan aplikasi myASNB.

 

MUAT TURUN APLIKASI MyASNB

Jika anda belum mempunyai aplikasi myASNB, anda perlu mendaftar akaun portal myASNB dahulu dan kemudian perlu memuat turun aplikasi myASNB dari Google Play atau Apple Store

 

JENIS TRANSAKSI PENGESAHAN MyASNB SECURE

Jenis transaksi mengikut kaedah pengesahan Secure TAC adalah seperti berikut:

Transaksi kewangan
  • Pemindahan
  • Penukaran
Transaksi bukan kewangan
  • Kemas kini maklumat peribadi
  • Penukaran kata laluan
  • Penukaran soalan keselamatan

 

CARA PENGAKTIFAN MyASNB SECURE

Sebagai pengguna kali pertama, berikut adalah merupakan cara pengaktifan secure TAC iaitu:

  1. Buka aplikasi MyASNB dan log masuk ke akaun anda
  2. Terdapat dua cara untuk pengaktifan iaitu:
    1. Paparan ruangan tugas di menu utama
      • Klik pada Aktifkan MyASNB Sacure
      • Pada bahagian MyASNB Sacure leretkan ke kanan untuk aktifkan
      • Kemudian klik pada Aktifkan MyASNB Sacure
      • Masukkan Kod TAC yang diterima melalui SMS pada ruangan tertera dan klik Sahkan Nombor
      • Paparan status berjaya diaktifkan tertera, klik OK. Selesai
    2. Melalui bahagian Setting
      • Klik pada Setting
      • Pada bahagian MyASNB Sacure leretkan ke kanan untuk aktifkan
      • Kemudian klik pada Aktifkan MyASNB Sacure
      • Masukkan Kod TAC yang diterima melalui SMS pada ruangan tertera dan klik Sahkan Nombor
      • Paparan status berjaya diaktifkan tertera, klik OK. Selesai

 

CARA PENGESAHAN TRANSAKSI MyASNB SECURE

Apabila anda telah memilih Secure TAC sebagai mod pengesahan, anda boleh memperoleh nombor 6 digit dengan menggunakan salah satu cara di bawah iaitu:

  1. Klik butang Secure TAC di aplikasi myASNB.
  2. Pada menu “Tetapan”, klik “JANA” Secure TAC.
  3. Nombor 6-digit Secure TAC akan dijana secara automatik setiap 30 saat. Masukkan nombor tersebut di portal myASNB bagi meluluskan transaksi anda.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) MyASNB SECURE

Apakah yang berlaku sekiranya saya tidak mengaktifkan myASNB Sacure?

  • Sekiranya anda memilih untuk tidak mengaktifkan fungsi keselamatan ini, anda masih boleh melakukan transaksi dengan menggunakan SMS TAC untuk mengesahkan transaksi anda di portal dan aplikasi myASNB.

Apakah yang berlaku jika saya memasukkan kod Secure TAC yang telah tamat tempoh?

  • Anda akan menerima mesej ralat dan tidak akan dapat meneruskan transaksi kerana nombor 6-digit Sacure TAC perlu dimasukkan dalam tempoh 30 saat selepas dijana di aplikasi myASNB anda. Apabila ia telah tamat tempoh, Sacure TAC baharu akan dijana semula.

Apakah yang berlaku sekiranya saya kehilangan telefon bimbit?

Untuk langkah keselamatan tambahan sekiranya data anda telah dikompromi, anda boleh lakukan perkara berikut:

  • Tukar semua kata laluan anda dengan segera.
  • Padam secara jarak jauh (remote) data dalam peranti anda yang hilang
  • Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899 untuk penyahaktifan akaun portal myASNB anda.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Sacure TAC MyASNB, anda boleh melayari portal rasmi ASNB

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment