PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN ZAKAT PULAU PINANG (ZPP)

PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN ZAKAT PULAU PINANG (ZPP)

PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN  ZAKAT  PULAU PINANG(ZPP) 2022

Kepada warga Pulau Pinang, kini Zakat Pulau Pinang telah membuka Permohonan Bantuan Awal Persekolahan ZPP

bagi sesi 2024. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan  dan syarat kelayakan, semoga membantu,

 

APA ITU BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN  ZPP

Bantuan tahunan daripada Zakat Pulau Pinang ini terbuka kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah.

Objektif utama bantuan ini adalah agar anak-anak asnaf tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya meningkatkan taraf sosial keluarga.

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN  ZPP

Syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Awal Persekolahan oleh Zakat Pulau Pinang adalah seperti berikut:

  • Beragama Islam.
  • Pemohon adalah pemastautin atau penduduk di Negeri Pulau Pinang.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak yang bersekolah (Sesi persekolahan 2023)
    • Sekolah Rendah – Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 sahaja
    • Sekolah Menengah – Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 (Atas)
    • NOTA: Pra Sekolah dan tadika TIDAK dipertimbangkan.
  •  Bilangan anak & pendapatan kasar isi rumah
    • 2 orang anak:  RM1800 dan ke bawah
    • 3 orang anak: RM2500 dan ke bawah
    • 4 orang anak: RM2750 dan ke bawah
    • 5 orang anak: dan ke atas RM3000 dan ke bawah

 

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN ZPP 

Permohonan mulai dibuka pada 1 November 2022 (Selasa) sehingga tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2022 (Rabu).

 

KADAR BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN ZPP 

  • Kadar bantuan akan ditentukan oleh ZPP

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang berkaitan seperti berikut semasa membuat permohonan:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon,
  2. Salinan slip gaji/ pengesahan pendapatan
  3. Salinan surat cerai/ mati (jika ibu tunggal/ tinggal)
  4. Surat pengesahan JKM, SOCSO dsb Surat Pengesahan Sakit (jika bantuan perubatan),
  5. Surat pengesahan pihak sekolah (jika bantuan persekolahan),
  6. Surat tawaran IPT (jika bantuan IPT)

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN  ZAKAT  PULAU PINANG 

Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, jangan sila buat permohonan melalui cara berikut.

  1. Dapatkan borang permohonan Bantuan AwalPersekolahan ini boleh diambil di kaunter Zakat Pulau Pinang (ZPP) yang berhampiran bermula 1 November 2022 hingga 30 November 2022.
  2. Permohonan mestilah melalui Borang Bantuan Zakat yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang, MAINPP
  3. Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap oleh ketua keluarga @ waris / penjaga.
  4. Sertakan segala dokumen yang diperlukan
  5. Pihak Zakat Pulau Pinang berhak menyiasat semua butir yang dikemukakan dan sekiranya didapati pemohon tidak layak @ tidak benar Zakat Pulau Pinang berhak untuk menolak permohonan tersebut.
  6. Borang yang telah siap diisi perlu dihantar dengan cara hadir sendiri atau dipos ke kaunter perkhidmatan zakat yang terdekat.

 

LOKASI CAWANGAN ZAKAT PULAU PINAG

Sila rujuk lokasi Pusat Zakat Pulau Pinang yang terdekat anda melalui alamat DISINI:

  • Bandar Perda
  • Butterworth
  • Kepala Batas
  • GeorgeTown
  • Nibong Tebal
  • Bayan Baru
  • Balik Pulau
  • Ayer Itam

 

WAKTU OPERASI ZAKAT PULAU PINANG

Berikut adalah merupakan waktu operasi ZPP iaitu:

  • Isnin – Khamis (8.30pagi – 4.30petang)
  • Jumaat (8.30pagi – 12.30) Tengahari (2.45petang-4.30petang)
  • Sabtu (9.00pagi – 3petang – Minggu pertama di Kaunter HQ-Bandar Perda sahaja)
  • Ahad Tutup

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan atau mana-mana bantuan Zakat Pulau Pinang, anda boleh merujuk

 

ARTIKEL LAIN

iSEJAHTERA(CARA DAFTAR,KEMASKINI & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN)

3 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN ZAKAT PULAU PINANG (ZPP)”

Leave a Comment