BANTUAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TAPEM

BANTUAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TAPEM

BANTUAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TAPEM

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka TAPEM telah melancarkan BANTUAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TAPEM kepada yang layak boleh membuat permohonan. Berikut adalah tentang maklumat bantuan.

KADAR BANTUAN (ONE OFF)

Peringkat Pengajian dan Amaun

  • DIPLOMA RM 300.00
  • IJAZAH RM 400.00
  • SARJANA RM 400.00
  • PHD RM 400.00

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN   

  • Pemohon lahir di negeri Melaka dan
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka dan
  • Bermastautin di Negeri Melaka dan
  • Pengundi di Negeri Melaka.
  • Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  • Permohonan boleh dibuat bagi kemasukan kali pertama untuk setiap satu tahap pengajian sahaja.
  • Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh pendaftaran di IPT.
  • Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa (BUKAN LAHIR DI MELAKA) merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform telah berkhidmat  dan telah  bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka serta disahkan oleh Majikan  dan Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas) /Pengerusi JAPERUN / Penghulu /Sidang.
  • Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak dipertimbangkan.
  • Permohonan Yang Tidak Lengkap Dan Tidak Mengikut Syarat, Permohonan Tidak Di Pertimbangkan.

 MAKLUMAN KEPADA PEMOHON

Sekiranya pembayaran tidak diterima melebihi tempoh dua bulan permohonan maka dianggap tidak berjaya.

Baca tentang KEMASKINI PERMOHONAN BARU BSH 2020

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

Sila lampirkan salinan dokumen berikut yang telah disahkan oleh Wakil Rakyat/Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas)/Pengerusi JAPERUN/Penghulu/Sidang :

  • 1 Salinan Kad Pengenalan/MyKad pemohon.
  • 1 Salinan Sijil Lahir pemohon.
  • 1 Salinan Kad Pengenalan ibu bapa pemohon.
  • 1 Salinan Sijil sekiranya Ibubapa yang bercerai, meninggal dunia dan Ibu atau Bapa tiri (1 Salinan Sijil Nikah)
  • 1 Salinan Surat Tawaran Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta mempunyai tarikh pendaftaran ke masukan IPT
  • 1 Salinan Buku Akaun/Penyata Bank/Surat Pengesahan Pembukaan Akaun pemohon.
  • Bank yang aktif sahaja
  • Akaun Bersama tidak dibenarkan.
  • Pastikan nama dan nombor akaun jelas.
  • 1 Salinan sijil berhenti sekolah rendah dan 1 salinan sijil berhenti sekolah menengah pemohon.
  • 1 Salinan bidang pengajianyang mempunyai PENDAFTARAN MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY (MQA),

CARA PERMOHONAN BANTUAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TAPEM

Borang boleh didapati di pejabat TAPEM pada waktu pejabat. Sila bawa bersama surat tawaran IPT untuk rujukan.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TAPEM

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada  Pengurus Besar, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka,No.34-4 Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka. (No. Telefon : 06-333 3333 sambungan 7550/7554)

 

Tags: #BORANG PERMOHONAN BANTUAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TAPEM #CARA PERMOHONAN BANTUAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TAPEM

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP
    ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP   APA ITU ePenyata Gaji ANM? ePenyata
    MySPR SEMAK 2022:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)
    MySPR SEMAK 2022:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)   APA ITU
    MySPR DAFTAR 2022:CARA DAFTAR MENGUNDI &TUKAR ALAMAT MENGUNDI ONLINE
    MySPR DAFTAR 2022:CARA DAFTAR MENGUNDI &TUKAR ALAMAT MENGUNDI ONLINE     Permohonan sebagai
    PERMOHONAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG 2022 (BYDPA)
    PERMOHONAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG 2022 (BYDPA)   BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG diperkenalkan

    Leave a reply "BANTUAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TAPEM"