Isi Kandungan
TESP MARA(Permohonan & Semakan Status Tajaan)
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa peringkat Ijazah Pertama di Institut Pengajian Tinggi (IPT) terpilih untuk memohon Program Penajaan Pengajian Tertiari atau Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP) bagi tahun 2022. Disini kami akan kongsikan cara permohonan, semoga membantu.
APA ITU TESP?
TESP adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah MARA yang mana jumlah keseluruhan pembayaran balik pembiayaan boleh diubah suai mengikut syarat-syarat yang ditetapkan pihak MARA.
Namun, permohonan TESP tertakluk kepada bidang yang terpilih sahaja seperti:
- Engineering and Environment
- Build Professionals
- Accounting and Finance
- Medical Science
- Food Security
- Transport
- IT and Computer Science
- Creative Design
- Marketing, Business, and Management
TARIKH BUKA PERMOHONAN TESP
Permohonan bagi TESP telah dibuka bemula (akan dikemaskini)
SYARAT UMUM TESP MARA
Pelajat yang ingin memohon TESP perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan iaitu:
- Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan warganegara
Malaysia. - Had umur pelajar tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan. Memenuhi kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) yang ditetapkan. Pengecualian syarat SES bagi pengajian dalam bidang Perubatan dan Pergigian sahaja
- Ibu,bapa dan penjaga serta pemohon tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
- Tidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.
- Bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan, pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian
SYARAT AKADEMIK TESP MARA
Berikut adalah syarat akademik TEST MARA yang perlu pelajar penuhi:
- Bagi pelajar baharu, perlu memperolehi keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK
(CGPA) 3.00 dan ke atas bagi peringkat pengajian Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM /
Diploma dan yang setaraf dengannya. Pelajar juga telah mendapat tawaran dan mendaftar pengajian di IPT bermula Januari 2022. - Bagi pelajar sedia ada, keputusan akademik yang terkini sekurang-kurangnya mendapat
PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas serta mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang 1
(satu) tahun. - Pelajar juga perlu lulus dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu semasa di peringkat
SPM. Manakala, bagi pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, pelajar
perlu memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan oleh Badan-Badan
Profesional yang berkaitan
SENARAI IPT YANG LAYAK MEMOHON TESP MARA
Pelajar-pelajar di IPT berkenaan layak memohon pembiayaan TESP iaitu:
Universiti Awam (UA)
Institut-Institut Pendidikan MARA (IPMa)
- UniKL
- KUPTM
- GMI
- KPTM
Government Linked University (GLU)
- Universiti Teknologi Petronas
- Universiti Tenaga Nasional
- Universiti Multimedia
Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
- Asia Pacific University of Technology & Innovation
- Asian Institute of Medicine, Science and Technology
- Berjaya University
- City University
- Help University
- Infrastructure University Kuala Lumpur
- International Medical University
- Inti International University
- KDU University College
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
- Lincoln University College
- Mahsa University
- Management & Science University
- Nilai University
- Perdana University
- Segi University College
- Sunway University
- Tati University College
- Taylors University
- Twintech International University College of Technology
- UCSI University
- Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
- Universiti Tunku Abdul Rahman
- University of Cyberjaya
- Curtin University Sarawak Malaysia
- Monash University Malaysia
- Newcastle University Medicine Malaysia
- Swinburne University of Technology Sarawak Campus
- University of Nottingham Malaysia
- Universiti Tun Abdul Razak
CARA PERMOHONAN TESP MARA
Pelajar yang ingin memohon TESP boleh memohon menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login
- Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
- Isi butiran yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
- Log in kembali dengan memasukkan no kad. pengenalan dan kata laluan.
- Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
- Klik butang hantar permohonan.
- Permohonan dengan dokumen yang lengkap sahaja akan diproses
Nota: Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila
masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.
SEMAKAN STATUS TESP MARA 2023
Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di portal MARA; http://www.mara.gov.my dan emel masing-masing dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini.
NOTA: Sekiranya dalam tempoh 3 (tiga) bulan daripada tarikh tutup, permohonan pelajar tidak menerima sebarang maklum balas daripada MARA, maka permohonan tersebut dianggap Tidak Berjaya dan keputusan adalah muktamad.
SOALAN LAZIM TESP MARA
Saya sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma, adakah saya layak memohon TESP?
- Tidak boleh. Program ini dibuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama sahaja.
Saya berada di tahun kedua dan sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan, adakah saya layak memohon?
- Pelajar layak memohon Program TESP ini sekiranya Institusi Pengajian Tinggi anda berada di dalam senarai IPT yang dipilih oleh MARA.
Adakah Program TESP 2022 ini adalah Biasiswa yang ditawarkan oleh MARA?
- Ini adalah pinjaman bolehubah. Pelajar digalakkan membuat permohonan pengurangan bayaran balik setelah tamat pengajian nanti. Selain itu, pinjaman ini tidak dikenakan sebarang kadar faedah.
Bolehkah saya memohon Program TESP 2022 sekiranya Ibu/bapa saya telah disenarai hitam MARA?
- Tidak boleh. Ibu, ayah, penjaga, penjamin dan pelajar dari senarai hitam MARA. Pemohon dinasihatkan menyemak status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit MARA sebelum memohon Program TESP 2022.
Saya mendapat PNGK 3.0 di peringkat asasi tahun 2018. Bolehkah saya memohon?
- Ya, boleh. Permohonan hanya dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan asasi dan setaraf yang telah tamat pengajian pada 2019 sahaja.
Adakah saya perlu menghantar apa-apa dokumen selepas membuat permohonan secara atas talian?
- Tidak. Pelajar hanya perlu mengisi dan melengkapkan permohonan secara atas talian. Penghantaran dokumen hanya perlu dibuat setelah pihak MARA meminta pemohon berbuat demikian.
Bilakah saya boleh membuat semakan keputusan?
- Pelajar adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di emel masing-masing dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pinjaman Pelajaran MARA iaitu 03-2613 2051/2024/2518/2059/2100/2069/2070 atau menghantar email seperti di abwah:
- [email protected] (bagi permohonan di IPTA)
- [email protected] (bagi permohonan di IPTS)
- [email protected] (bagi permohonan di GLU dan GMI)
- [email protected] (bagi permohonan di UniKL)
- [email protected] (bagi permohonan di KUPTM/KPTM)
ARTIKEL LAIN
GrEP MARA (Permohonan & Semakan Program Graduan Cemerlang)
BILAKAH TARIKH PERMOHONAN BARU AKAN DIBUKA???
Ingin bertanya mengenai tarikh buka semula untuk Permohonan Pinjaman MARA 2023 DEGREE.