BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS) 2022:PERMOHONAN INSENTIF RM5,000 ONE-OFF

BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS) 2022:PERMOHONAN INSENTIF RM5,000 ONE-OFF

BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)

 

Kepada ibubapa yang mempunyai anak istimewa,boleh buat permohonan bantuan one-off dengan had maksima sehingga RM5,000 bagi satu keluarga.

Terdapat 4 jenis bantuan bagi program ANIS iatu bantuan makanan dan keperluan tambahan, pembelian atau pembaikian peralatan , ubat ubatan dan juga pendidikan iatu terapi atau kelas khas bagi anak OKU.

 

APA ITU BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)?

Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU untuk kegunaan mereka sewaktu kecemasan atau bagi tujuan mengurangkan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga.

YAWAS mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.

 

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR(ANIS)

Pendaftaran akan dibuka bermula pada 17 Mei 2022 sehingga 31 Mei 2022 secara atas talian.

 

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR(ANIS)

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan ANIS:

  • Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor ATAU bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan)
  • Dihadkan kepada anak OKU berumur 18 tahun ke bawah
  • Mempunyai Kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU)
  • Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)

  1. Pemohon boleh memohon secara atas talian www.anis.yawas.my.
  2. Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
  3. Permohonan beserta dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses
  4. Permohonan boleh dihantar kepada :
  5. Emel [email protected]
  6. Pusat Khidmat Masyarakat DUN berhampiran

iii. Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor

 

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR(ANIS)

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan pasangan.
  • Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU
  • Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan anak istimewa
  • Salinan Kad OKU dari JKM atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
  • Cop pengesahan mastautin yang disahkan bagi ibu/bapa/penjaga yang bukan kelahiran selangor
  • Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
  • Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)

 

PERMOHONAN BANTUAN DIDIK ANIS FASA 2

Kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdaftar yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor kini boleh membuat permohonan bantuan Didik Anis fasa 2.

Tarikh Permohonan

  • Permohonan boleh dibuat mulai sekarang sehingga 12 Ogos 2022.

Cara Permohonan

  1. Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://www.anisselangor.com/didikanis.
  2. Pemohon hendaklah muat turun (download) borang yang telah lengkap diisi untuk dilampirkan bersama dokumen sokongan.
  3. Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar secara fizikal di alamat berikut:
    • Pusat ANIS, East Entrance, Lot G26-28,
      Tingkat G Bangunan IDCC,
      Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15,
      40200 Shah Alam, Selangor.
  4. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.

Dokumen Sokongan

  1. Borang Profil lengkap Institusi Pendidikan Anak Istimewa (borang yang diisi di website)
  2. Salinan sijil pendaftaran pertubuhan/sijil pendaftaran dengan undang-undang tubuh yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan/Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  3. Senarai nama dan sijil petugas Institusi.
  4. Senarai nama pelatih/kanak-kanak beserta umur, nombor kad pengenalan dan jenis kecacatan/kurang upaya/permasalahan.

 

SOALAN LAZIM BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR(ANIS)

Saya mempunyai 2 orang anak OKU, bolehkah saya memohon untuk kedua-dua anak saya?

  • Boleh. Permohonan hendaklah dibuat secara berasingan. Namun jumlah bantuan yang diperuntukkan untuk satu keluarga adalah sehingga RM5,000.00 sahaja setahun.

Anak saya menghidap autism tetapi tiada Kad OKU daripada JKM, bolehkah saya memohon?

  • Boleh. Lampirkan bersama salinan surat pengesahan doktor yang menyatakan anak puan mempunyai simtom tersebut sewaktu permohonan dibuat.

Anak saya OKU dan berusia 19 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini?

  • Tidak boleh. Permohonan hanya dibuka untuk anak di bawah usia 18 tahun sahaja.

Dimanakah saya boleh memohon bantuan ini?

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja di www.anis.yawas.my. Adalah diingatkan selepas permohonan dibuat, borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen yang diperlukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan. Dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan bantuan tidak akan diproses

Anak OKU saya memerlukan bantuan peralatan sokongan seperti yang disarankan oleh doktor, bolehkan saya beli di luar dan lampirkan resit untuk menampung kos bayaran tersebut?

  • Tidak boleh. Pembelian peralatan hanya boleh dibuat melalui panel lantikan di bawah YAWAS sahaja. Barang akan terus dihantar kepada penerima setelah proses kelayakan diluluskan dan tempahan kepada panel selesai.

Rumah saya jauh daripada Shah Alam. Dimanakah pejabat terdekat boleh saya hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan?

  • Permohonan boleh dihantar ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN yang berhampiran dengan rumah tuan/puan atau boleh diemelkan ke [email protected]

Saya dan isteri bukan kelahiran Selangor dan telah menetap di Selangor tidak sampai 10 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini untuk anak OKU saya?

  • Tidak boleh. Minimum tempoh pemastautin adalah selama 10 tahun.

Saya dan isteri lahir di Selangor tetapi menetap di Perak, bolehkah saya memohon bantuan untuk anak OKU saya?

  • Tidak boleh. Pemohon hendaklah sedang menetap di Selangor sahaja

Saya lahir di Perak, isteri lahir di Selangor, anak saya OKU dan kami sedang menetap di Selangor. Layakkah kami memohon bantuan ini untuk anak saya?

  • Boleh

Saya dan isteri bukan kelahiran Selangor, anak OKU berumur 9 tahun, dan kami sedang menetap di Selangor sudah lebih 10 tahun. Bolehkah saya memohon?

  • Boleh, namun tuan/puan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin di ruangan pada borang permohonan. Sila rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan.

Anak saya OKU dan memerlukan bantuan makanan khusus seperti yang disarankan oleh doktor dan juga sesi terapi khas di pusat terapi tertentu. Bolehkah saya memohon untuk 2 jenis bantuan tersebut?

  • Boleh. Sila rujuk senarai dokumen yang diperlukan dan lampirkan bersama sewaktu permohonan dibuat kelak. Adalah diingatkan jumlah maksima bantuan adalah sehingga RM 5,000.00 sahaja. YAWAS tidak bertanggungjawab membayar lebihan kos sekiranya ia melebihi jumlah yang ditetapkan.

Adakah permohonan saya akan diproses sekiranya dokumen yang saya lampirkan tidak lengkap?

  • TIDAK. Kerana semua pemohonan tanpa melampirkan dokumen yang mencukupi akan ditolak.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila layari laman web YAWAS .

 

ARTIKEL LAIN

Baca tentang SKIM BANTUAN ASUHAN ANAKKU PINTAR:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN

Tags: #APA ITU BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)? #apply anis.yawas.my #BANTUAN ANIS #BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR(ANIS) #BANTUAN KHAS ANIS #BANTUAN KHAS ANIS YAWAS #CARA PERMOHONAN BANTUAN DIDIK ANIS #CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS) #check anis.yawas.my #daftar anis.yawas.my #DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PERMOHONAN BANTUAN DIDIK ANIS #permohonan anis.yawas.my #register anis.yawas.my #semakan status anis.yawas.my #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR(ANIS) #SOALAN LAZIM BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR(ANIS) #TARIKH PERMOHONAN BANTUAN DIDIK ANIS #TARIKH PERMOHONAN BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR(ANIS)

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!
    1. PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR 2022/2023 - KekandaMemey2 bulan ago

      […] BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS) 2022:PERMOHONAN INSENTIF RM5,000 ONE-OFF […]

      Reply
    2. SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) SEMAKAN & PERMOHONAN - KekandaMemey2 bulan ago

      […] BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS):PERMOHONAN INSENTIF RM5,000 ONE-OFF […]

      Reply

    Leave a reply "BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS) 2022:PERMOHONAN INSENTIF RM5,000 ONE-OFF"