PERMOHONAN BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)

PERMOHONAN BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)

ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)

Kepaa ibubapa yang mempunyai anak istimewa,boleh buat permohonan bantuan one-off dengan had maksima sehingga RM5,000 bagi satu keluarga bagu bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS)

Terdapat 4 jenis bantuan bagi program ANIS iatu bantuan makanan dan keperluan tambahan, pembelian atau pembaikian peralatan , ubat ubatan dan juga pendidikan iatu terapi atau kelas khas bagi anak OKU.

 

APA ITU BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)?

Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU untuk kegunaan mereka sewaktu kecemasan atau bagi tujuan mengurangkan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga.

YAWAS mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksima sehingga RM 5,000.00 setahun bagi satu isi keluarga.

 

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR(ANIS)

Permohonan akan dibuka mulai 15 Mei 2023 sehingga 26 Mei 2023.

 

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR(ANIS)

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan ANIS:

  • Warganegara Malaysia.
  • Ibu/Bapa/Penjaga pemohon hendaklah pengundi Negeri Selangor.
  • Penerima bantuan hendaklah berumur dibawah 18 tahun (mengikut tahun semasa).
  • Anak mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat; atau
  • Pengesahan Diagnosis daripada doktor yang berdaftar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia SAHAJA (Jika tidak mempunyai Kad OKU).
  • Keutaaman kelulusan permohonan adalah diberikan kepada permohonan pertama kali.
  • Keutamaan kelulusan permohonan adalah diberikan kepada pemohon yang berpendapatan B40 dan M40.
  • Borang permohonan diproses berdasarkan kuota yang telah ditetapkan dan mengikut tarikh penghantaran borang yang lengkap.

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan bantuan ini iaitu:

  1. Layari pautan https://www.anisselangor.com/ ketika tarikh permohonan telah dibuka.
  2. Borang permohonan perlulah dicetak dan dihantar bersama dokumen yang diperlukan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dibuat.
  3. Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar secara fizikal di alamat berikut:
    • Pusat ANIS, East Entrance, Lot G26-28,
      Tingkat G Bangunan IDCC,
      Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15,
      40200 Shah Alam, Selangor.
  4. Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap dalam tempoh tersebut akan menyebabkan permohonan ditolak.

 

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR(ANIS)

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon (Ibu/Bapa/Penjaga).
  • Salinan Sijil Kelahiran Anak.
  • Salinan Kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, atau Surat Pengesahan Doktor berkaitan dengan masalah anak (Jika tiada kad OKU).
  • Kategori Peralatan/Barangan/Makanan- Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Keterangan untuk makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
  • Kategori Pendidikan Khas/Sesi Terapi- Salinan surat pengesahan pusat terapi, sebut harga yuran bulanan, dan penyata bank pusat terapi. Hanya Pusat Terapi (EIP) SAHAJA yang dibenarkan untuk permohonan, pemohon yang menghantar anak ke Pusat Terapi yang tidak memenuhi syarat Pusat EIP, permohonan akan ditolak.
  • Salinan Semakan daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my

 

SOALAN LAZIM BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR(ANIS)

Saya mempunyai 2 orang anak OKU, bolehkah saya memohon untuk kedua-dua anak saya?

  • Boleh. Permohonan hendaklah dibuat secara berasingan. Namun jumlah bantuan yang diperuntukkan untuk satu keluarga adalah sehingga RM5,000.00 sahaja setahun.

Anak saya menghidap autism tetapi tiada Kad OKU daripada JKM, bolehkah saya memohon?

  • Boleh. Lampirkan bersama salinan surat pengesahan doktor yang menyatakan anak puan mempunyai simtom tersebut sewaktu permohonan dibuat.

Anak saya OKU dan berusia 19 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini?

  • Tidak boleh. Permohonan hanya dibuka untuk anak di bawah usia 18 tahun sahaja.

Dimanakah saya boleh memohon bantuan ini?

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja di www.anis.yawas.my. Adalah diingatkan selepas permohonan dibuat, borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen yang diperlukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan. Dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan bantuan tidak akan diproses

Anak OKU saya memerlukan bantuan peralatan sokongan seperti yang disarankan oleh doktor, bolehkan saya beli di luar dan lampirkan resit untuk menampung kos bayaran tersebut?

  • Tidak boleh. Pembelian peralatan hanya boleh dibuat melalui panel lantikan di bawah YAWAS sahaja. Barang akan terus dihantar kepada penerima setelah proses kelayakan diluluskan dan tempahan kepada panel selesai.

Rumah saya jauh daripada Shah Alam. Dimanakah pejabat terdekat boleh saya hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan?

  • Permohonan boleh dihantar ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN yang berhampiran dengan rumah tuan/puan atau boleh diemelkan ke [email protected].

Saya dan isteri bukan kelahiran Selangor dan telah menetap di Selangor tidak sampai 10 tahun, bolehkah saya memohon bantuan ini untuk anak OKU saya?

  • Tidak boleh. Minimum tempoh pemastautin adalah selama 10 tahun.

Saya dan isteri lahir di Selangor tetapi menetap di Perak, bolehkah saya memohon bantuan untuk anak OKU saya?

  • Tidak boleh. Pemohon hendaklah sedang menetap di Selangor sahaja

Saya lahir di Perak, isteri lahir di Selangor, anak saya OKU dan kami sedang menetap di Selangor. Layakkah kami memohon bantuan ini untuk anak saya?

  • Boleh

Saya dan isteri bukan kelahiran Selangor, anak OKU berumur 9 tahun, dan kami sedang menetap di Selangor sudah lebih 10 tahun. Bolehkah saya memohon?

  • Boleh, namun tuan/puan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin di ruangan pada borang permohonan. Sila rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan.

Anak saya OKU dan memerlukan bantuan makanan khusus seperti yang disarankan oleh doktor dan juga sesi terapi khas di pusat terapi tertentu. Bolehkah saya memohon untuk 2 jenis bantuan tersebut?

  • Boleh. Sila rujuk senarai dokumen yang diperlukan dan lampirkan bersama sewaktu permohonan dibuat kelak. Adalah diingatkan jumlah maksima bantuan adalah sehingga RM 5,000.00 sahaja. YAWAS tidak bertanggungjawab membayar lebihan kos sekiranya ia melebihi jumlah yang ditetapkan.

Adakah permohonan saya akan diproses sekiranya dokumen yang saya lampirkan tidak lengkap?

  • TIDAK. Kerana semua pemohonan tanpa melampirkan dokumen yang mencukupi akan ditolak.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Maklumat lanjut mengenai bantuan ANIS ini, anda boleh melayari laman website rasmi ANIS iaitu https://www.anisselangor.com/

 

ARTIKEL LAIN

Baca tentang SKIM BANTUAN ASUHAN ANAKKU PINTAR:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN

Leave a Comment