CARA LANGGAN TWITTER BLUE SUBSCRIPTION (Dapatkan Lencana Biru)

CARA LANGGAN TWITTER BLUE SUBSCRIPTION (Dapatkan Lencana Biru)

LANGGAN TWITTER BLUE SUBSCRIPTION

Kepada pengguna Twitter, semestinya anda ingin mendapatkan status verified di twitter dengan lencana biru kerana banyak kelebihan yang tersedia. Terkini anda boleh dapatkan status ini dengan langgan Twitter Blue Subscrition dan ianya terbuka kepada semua pengguna. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara langganan, semoga membantu.

 

KELEBIHAN LANGGAN TWITTER BLUE

Berikut adalah merupakan andata kelebihan jika anda langgan Twitter Blue Subscrition iaitu:

  • Boleh ‘edit tweet’ sehingga 5 kali dalam masa 30 minit.
  • Diberi akses tweet yang lebih panjang daripada biasa (280 patah perkataan) sehingga 10,000 aksara
  • Diberi keutamaan dalam perbualan dan carian
  • Kurang iklan yang dipaparkan berbanding pengguna biasa
  • Boleh edit text untuk bold atau italic
  • Upload video dengan durasi yang lebih panjang dalam format sehingga 1080p
  • Disediakan folder bookmark

 

HARGA LANGGAN TWITTER BLUE SUBSCRIPTION

Berikut adalah merupakan harga langganan mengikut pakej yang tersedia iaitu:

  • Harga bulanan : RM35.00/sebulan (RM420 setahun)
  • Harga tahunana : RM369/setahun (RM30.75 sebulan)

Nota: Anda akan dapat jimat 12% jika anda melanggan pakej tahunan berbanding pakej bulanan.

 

PANDUAN SEBELUM LANGGAN TWITTER BLUE SUBSCRIPTION

Bagi anda yang ingin melanggan pakej ini, pastikan anda mengetahui panduannya iaitu:

  • Pastikan nombor telefon anda sudah disambungkan dengan akaun twitter anda tersebut bagi memudahkan proses verifikasi.
  • Pastikan anda terlebih dahulu edit nama yang anda ingin gunakan sepanjang tempoh langganan. Jika anda sudah dapat ‘lencana biru’ tersebut dan ingin membuat perubahan kepada nama, lencana tersebut akan hilang dan akan melalui proses verifikasi sekali lagi dalam tempoh 3-5 hari.

 

CARA LANGGAN TWITTER BLUE SUBSCRIPTION

Kepada anda yang ingin melanggan pakej twitter Blue ini, berikut adalah merupakan caranya iaitu:

  1. Layari pautan rasmi Twitter: https://twitter.com/
  2. Log masuk ke dalam akaun anda
  3. Pada paparan utama di bahagian kiri, klik Twitter Blue
  4. Pilih pakej langganan sama ada tahunan atau bulanan.
  5. Kemudian akan dibawa kepada bahagian payment. Masukkan butiran kad debit atau kad kredit anda. Jika sudah, klik pada butang Subsribe
  6. Jika sudah selesai buat pembayaran, anda akan terima resit pembayaran di emel Twitter anda.
  7. Pihak Twitter akan mengambil masa 3-5 hari untuk proses verifikasi sebelum memberikan ‘blue checkmark’ kepada anda. Walaupun begitu, sepanjang tempoh menunggu, anda sudah pun boleh menggunakan ciri-ciri baru Twitter Blue tersebut

Nota: Anda hanya boleh melanggan Twitter Blue menerusi website rasmi Twitter sahaja iaitu kerana tiada lagi akses langganan untuk aplikasi

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Twitter Blue Subscription, anda boleh emlayari portal rasmi Twiter di pautan https://twitter.com/

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment