BANTUAN KHAS OKU PENJANA
APA ITU BANTUAN KHAS OKU PENJANA
Bantuan one-off RM300 bagi 190,000 golongan OKU yang menerima Bantuan OKU JKM.
Ini adalah bantuan tambahan untuk penerima Elaun Pekerja Cacat (EPC), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja(BTB) dan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Terlantar(BPT).
Baca tentang CARA PERMOHONAN STIKER/PELEKAT OKU
CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS OKU PENJANA
Bantuan Khas ini tidak memerlukan permohonan kerana Bantuan Khas OKU ini adalah bantuan bersasar yang diberikan kepada penerima bantuan sedia ada iaitu penerima di bawah skim Elaun Pekerja Cacat, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar.
Senarai nama penerima bantuan direkodkan melalui sistem eBantuanJKM.
Baca tentang CARA PENDAFTARAN,RAYUAN & BORANG PERMOHONAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Apa itu Elaun Pekerja Cacat (EPC)
Sebagai penyenggaraan pendapatan (income maintenance) untuk memenuhi keperluan asas kehidupan Orang KurangUpaya (OKU)
Sebagai insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif; dan
Untuk meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat.
Kelayakan :
- Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai orang kurang upaya;
- Bekerja sendiri atau dengan majikan;
- Pendapatan bulanan pemohon di bawah RM1,200 sebulan tidak termasuk pendapatan keluarga;
- Berumur 16 tahun ke atas; dan
- Tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan/minum dan pakaian percuma.
Kadar
RM350.00 sebulan
Anda kategori mana, boleh buat SEMAKAN BSH BUJANG,OKU & ISI RUMAH 2020 sekarang untuk semak jumlah bayaran bakal diterima
Apa itu Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja(BTB)
Untuk membantu menyara kehidupan golongan OKU yang tidak berupaya untuk bekerja;
Untuk mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan OKU;
Mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan
Kelayakan :
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
- Sumber pendapatan individu tidak melebihi PGK semasa.Sumber pendapatan adalah merujuk kepada semua pendapatan yang diterima oleh individu termasuk pencen Ilat, pencen bulanan, PERKESO, bantuan bulanan, insurans dan lain- lain;
- OKU berdaftar dengan JKM;
- Disahklan oleh pegawai perubatan bagi kes –kes yang meragukan;
- Berumur antara 18 – 59 tahun;
- Bukan penerima skim bantuan bulanan JKM sedia ada;
- Bukan peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kelolaan JKM dan program penjagan / pemulihan kelolaan agensi Kerajaan dan NGO Kebajikan; dan
- Bagi keluarga yang menerima bantuan bulanan termasuk Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) yang berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan, bantuan ini boleh dipertimbangkan kepada pemohon.
Kadar
RM200 sebulan dan tempoh kaji semula adalah selama 12 bulan
Apa itu Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Terlantar(BPT)
- Membantu meringankan bebanan perbelanjaan penjagaan yang dihadapi oleh keluarga penjaga;
- Menggalakkan penjagaan yang lebih sempurna kepada kumpulan sasar OKU dan pesakit Kronik terlantar;
- Mempertingkatkan kualiti hidup kumpulan sasar yang terlibat;
- Mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan; dan kesejahteraan keluarga.
Kelayakan
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
- Pemohon adalah penjaga sepenuh masa yang merupakan ahli keluarga OKU / pesakit Kronik Terlantar;
- OKU terlantar / pesakit kronik terlantar bergantung sepenuhnya kepada penjaga untuk kehidupan harian;
- Pendapatan keluarga OKU di bawah RM 3,000 sebulan;
Kadar
RM300 sebulan dengan tempoh kaji semula selama 12 bulan
TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS RM300 OKU
Bantuan khas RM300 ini akan diterima oleh penerima yang layak di bawah skim Elaun Pekerja Cacat, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar atau Pesakit Kronik Terlantar selewat-lewatnya sebelum 15 Julai 2020.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS RM300 OKU
Bantuan Khas ini hanya diberikan kepada penerima bantuan bulanan JKM di bawah skim Elaun Pekerja Cacat, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dan Bantuan Penjagaan Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar berdasarkan kepada senarai penerima bagi bayaran bantuan bulan Mei 2020.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN KHAS RM300 OKU
Bantuan Khas ini akan dibayar melalui kaedah pindahan wang secara elektronik (EFT) kepada akaun penerima. Setiap penerima bantuan khas ini akan menerima RM300 secara one-off.
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN KHAS RM300 OKU
Pemohon boleh membuat semakan dengan menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/ Daerah yang berdekatan. Direktori Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah boleh didapati di laman sesawang www.jkm.gov.my atau Bilik Gerakan JKM di talian 03-8323 1996 atau Talian Kasih 15999 atau Whatsapp Talian Kasih 019-2615999.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk keterangan lanjut, sila menghubungi pegawai-pegawai berikut :
- En. Mohd Razuki Bin Sibi (Ketua Penolong Pengarah Kanan)
03 – 8323 2362
- En. Mohd Zamry Bin Abulis (Penolong Pengarah Kanan)
03 – 8323 2371
- Seow Pui Ying (Penolong Pengarah)
03 – 8323 2359
Anda juga boleh hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/ Daerah yang berdekatan, atau menghubungi Bilik Gerakan JKM di talian 03-8323 1996 atau Talian Kasih 15999 atau Whatsapp Talian Kasih 019-2615999.
Tags: #APA ITU BANTUAN KHAS OKU PENJANA #BANTUAN KHAS OKU PENJANA #Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja(BTB) #Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Terlantar(BPT) #CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS OKU PENJANA #Elaun Pekerja Cacat (EPC) #SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN KHAS RM300 OKU #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS RM300 OKU #TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS RM300 OKU
Nasib bin shabli3 tahun ago
Membantu sara adik oku
William anak seran3 tahun ago
Minta bantuan oku bulanan
Sebab saya oku tak dapat bekerja
PETA ANDERSON ANAK REGEM2 tahun ago
BANTUAN KHAS OKU PENJANA
Gurumurothy a/l muniandy2 tahun ago
Tuan ,Minta bantuan oku.
Norjannah bt Pisol2 tahun ago
Saya perlukn elaun pekerja cacat
Illinadrah2 tahun ago
Ingin dptkan bantuan alat pendengaran…atau sy mahu buat kad oku..mohon sgt
Karimah Binti Saedi2 tahun ago
Mohon bantuan kewangan atau makanan (oku)
MOHD FADLY BIN ABDUL RASHID2 tahun ago
Membantu mohd fadly oku