CARA KEMASKINI PADU(Update Maklumat)
Kepada warga penduduk Malaysia, bermula tahun 2024 sistem PADU akan dibuka kepada orang ramai. Pastikan anda yang berkelayakan daftar dan membuat pengemaskinian di sistem PADU supaya medapat bantuan seperti subsidi bersasar. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara kemaskini PADU, semoga membantu.
APA ITU PADU
Pangkalan Data Utama (PADU), mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.
OBJEKTIF PADU
Berikut adalah merupakan objektif PADU iaitu:
- Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.
- Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
- Membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.
MATLAMAT PADU
Berikut adalah merupakan matlamat sistem PADU iaitu:
- Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
- Mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad.
- Memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
- Merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.
SYARAT KELAYAKAN PADU
Semua warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Anda digalakkan mendaftar dan membuat pengemaskinian bagi memastikan anda tidak tercicir untuk mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan.
TARIKH KEMASKINI PADU
Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat individu dalam Sistem PADU akan bermula pada 2 Januari 2024
CARA KEMASKINI PADU
Kepada anda yang berkelayakkan, berikut adalah merupakan cara untuk mengemaskini maklumat dalam sistem PADU iaitu:
Kawasan Bandar & Akses Internet
- Pengemaskinian kendiri secara atas talian melalui peranti peribadi di portal PADU
- Log masuk akaun dan dan membuat semakan data di portal PADU
- Mengemaskini 39 maklumat yang diperlukan dengan lengkap
- Setelah lengkap, sahkah maklumat anda tersebut
Kawasan Luar Bandar & Tiada Akses Internet
- Pengemaskinian dan pendaftaran kendiri secara manual menggunakan borang
- Help Desk/Jelajah
LOKASI PENGEMASKINIAN PADU
Pengemaskinian kendiri secara manual boleh dilakukan di lokasi seperti berikut:
- Pejabat Daerah/Penghulu/MPKK/PBT
- Pusat Ekonomi Digital
- Pusat Internet Desa
- Premis Agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri
SOALAN LAZIM (FAQ) PADU
Apakah manfaat yang saya perolehi dengan mengemas kini maklumat PADU?
- Anda berpeluang untuk menerima bantuan atau perlindungan sosial yang sewajarnya
Bilakah saya boleh membuat pengemaskinian maklumat ?
- Anda boleh mengemaskini maklumat bermula 2 Januari 2024 dan seterusnya pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat semasa, maklumat pekerjaan dan pendapatan.
Adakah PADU sama dengan program ID Digital Nasional (IDN) ?
- PADU merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu manakala IDN merupakan pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu untuk melaksanakan urusan dalam talian. Buat masa kini, sistem PADU menggunakan pengesahan identiti individu melalui e-KYC sahaja. Pengintegrasian IDN dengan sistem PADU akan dilaksanakan kelak.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara daftar PADU, anda boleh melayari portal rasmi di pautan Pangkalan Data Utama
ARTIKEL LAIN: