BORANG PEMBATALAN PERMOHONAN BKM (Muat Turun & Download)

BORANG PEMBATALAN PERMOHONAN BKM (Muat Turun & Download)

BORANG PEMBATALAN BKM

Sekiranya ada individu yang ada perubahan status perkahwinan, jumlah pendapatan melebihi dan ingin menolak bantuan/tidak memerlukan Bantuan Keluarga Malaysia(BKM) boleh mengisi BORANGPEMBATALAN PERMOHONAN BKM  dan mengemukakan permohonan baharu.

Bagaimana cara untuk muat turun borang pembatalan BKM? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

TARIKH PERMOHONAN BKM 2022

Pendaftaran dan permohonan baharu BKM 2022 bermula pada 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (tertakluk kepada perubahan).

 

TARIKH BAYARAN BKM 2022

Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa:

  • Fasa 1 : Bulan Mac 2022
  • Fasa 2 : Bulan Jun 2022
  • Fasa 3 : Bulan September 2022
  • Fasa 4 : Bulan Disember 2022

 

PERMOHONAN BKM 2022

Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my; atau dengan menghantar borang permohonan BKM secara persendirian ke cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM.

 

MUAT TURUN BORANG PEMBATALAN PERMOHONAN BKM

Untuk pembatalan permohonan BKM, anda seharusnya muat turun borang terlebih dahulu disini:

 

TUKAR STATUS PERKAHWINAN BKM

Terdapat 2 jenis situasi yang berkaitan dengan tukar status perkahwinan :

  • Bujang Kepada Kahwin( bujang > berkahwin)
  • Kahwin Kepada Bujang( berkahwin > janda/duda/ibu tunggal)

 

TUKAR STATUS BUJANG KEPADA BERKAHWIN BKM

Bagi mereka yang bertukar status daripada bujang kepada berkahwin dan ingin membuat permohonan baharu, langkah adalah seperti berikut:

  • Muat turun BorangPembatalan Permohonan BKM
  • Isikan dan bawa bersama sijil nikah ke cawangan LHDNM untuk dihantar (pemohon & pasangan)
  • Buat semula Permohonan Baharu secara atas talian. (Ketua keluarga sahaja)

 

CONTOH CARA TOLAK BKM

Saya ingin menolak BKM . Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran BKM  yang diterima?

Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

  • Anda dinasihatkan mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad dan sebab pemulangan;
  • Lampirkan draf bank / cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan
  • Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut: Pejabat Belanjawan Negara,Kementerian Kewangan Malaysia,Presint 2, 62592 Putrajaya.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai borang pembatalan permohonan BKM, anda boleh layari pautan rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN 

TARIKH BAYARAN BKM FASA 1 2022 (Check Bila Duit Masuk Bank)

9 thoughts on “BORANG PEMBATALAN PERMOHONAN BKM (Muat Turun & Download)”

  1. Saya bernama Chia siew Thai.no kpt : 86090413548.beralamat Kampung Sg Pak Kenowit ingin menhentikan bayaran BKM kepada saya memandangkan income pendapatan 5000 sebulan.dengan ini mohon pihak tuan batalkan bayaran itu.kerana saya tidak mermerlu lagi.tq

    Balas

Leave a Comment