BORANG PEMBATALAN PERMOHONAN BKM (Muat Turun & Download)
Sekiranya ada individu yang ada perubahan status perkahwinan, jumlah pendapatan melebihi dan ingin menolak bantuan/tidak memerlukan Bantuan Keluarga Malaysia(BKM) boleh mengisi BORANGPEMBATALAN PERMOHONAN BKM dan mengemukakan permohonan baharu.
Bagaimana cara untuk muat turun borang pembatalan BKM? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
TARIKH PERMOHONAN BKM 2022
Pendaftaran dan permohonan baharu BKM 2022 bermula pada 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (tertakluk kepada perubahan).
TARIKH BAYARAN BKM 2022
Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa:
- Fasa 1 : Bulan Mac 2022
- Fasa 2 : Bulan Jun 2022
- Fasa 3 : Bulan September 2022
- Fasa 4 : Bulan Disember 2022
PERMOHONAN BKM 2022
Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my; atau dengan menghantar borang permohonan BKM secara persendirian ke cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM.
MUAT TURUN BORANG PEMBATALAN PERMOHONAN BKM
Untuk pembatalan permohonan BKM, anda seharusnya muat turun borang terlebih dahulu disini:
TUKAR STATUS PERKAHWINAN BKM
Terdapat 2 jenis situasi yang berkaitan dengan tukar status perkahwinan :
- Bujang Kepada Kahwin( bujang > berkahwin)
- Kahwin Kepada Bujang( berkahwin > janda/duda/ibu tunggal)
TUKAR STATUS BUJANG KEPADA BERKAHWIN BKM
Bagi mereka yang bertukar status daripada bujang kepada berkahwin dan ingin membuat permohonan baharu, langkah adalah seperti berikut:
- Muat turun BorangPembatalan Permohonan BKM
- Isikan dan bawa bersama sijil nikah ke cawangan LHDNM untuk dihantar (pemohon & pasangan)
- Buat semula Permohonan Baharu secara atas talian. (Ketua keluarga sahaja)
CONTOH CARA TOLAK BKM
Saya ingin menolak BKM . Bagaimanakah cara untuk memulangkan bayaran BKM yang diterima?
Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
- Anda dinasihatkan mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad dan sebab pemulangan;
- Lampirkan draf bank / cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan
- Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut: Pejabat Belanjawan Negara,Kementerian Kewangan Malaysia,Presint 2, 62592 Putrajaya.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai borang pembatalan permohonan BKM, anda boleh layari pautan rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/
ARTIKEL LAIN
TARIKH BAYARAN BKM FASA 1 2022 (Check Bila Duit Masuk Bank)
Tags: #BORANG PEMBATALAN PERMOHONAN BKM (Muat Turun & Download) #CONTOH CARA TOLAK BKM #maklumat lanjut mengenai borang pembatalan permohonan BKM #MUAT TURUN BORANG PEMBATALAN PERMOHONAN BKM #PERMOHONAN BKM 2022 #TARIKH BAYARAN BKM 2022 #TARIKH PERMOHONAN BKM 2022 #TUKAR STATUS BUJANG KEPADA BERKAHWIN BKM #TUKAR STATUS PERKAHWINAN BKM
Jackreen Jupirin @ Lipah2 tahun ago
ingin menukar status bujang ke sudah berkahwin
syifa shahirah2 tahun ago
Borang pembatalan permohonan bpn 2.0
Maswari bin mukhtar2 tahun ago
Mohon pembatalan bpn
Juan2 tahun ago
Saya nak mohon pembatalan bpn
Rocket Gaduh Anak Bawi2 tahun ago
Sy ingin membatalkan permohonan BPN 2.0
DAYANG NORHIDAYAH2 tahun ago
BORANG PEMBATALAN PERMOHONAN BPN 2.0″
Mohd Syamrin2 tahun ago
Saya tidak mahu memohon bpr lagi
Nor anak semon2 tahun ago
Saya ingin bata permohonan bpr 2021 atas sebab tidak duduk sebumbung dengan ex suami (bercerai).surat cerai belum batal lagi..
Chia siew Thai2 bulan ago
Saya bernama Chia siew Thai.no kpt : 86090413548.beralamat Kampung Sg Pak Kenowit ingin menhentikan bayaran BKM kepada saya memandangkan income pendapatan 5000 sebulan.dengan ini mohon pihak tuan batalkan bayaran itu.kerana saya tidak mermerlu lagi.tq