CARA RENEW BLESS 2.0 ONLINE (Sistem Pelesenan Perniagaan Malaysia)

CARA RENEW BLESS 2.0 ONLINE (Sistem Pelesenan Perniagaan Malaysia)

CARA RENEW BLESS ONLINE(Sistem Pelesenan Perniagaan Malaysia)

Kepada pengguna dan pendaftar Bless iaitu mendapatkan lesen pekerjaan supaya kerja yang berkaitan dalam bidang kita itu adalah valid. Tak kira apa saja pekerjaan yang memerlukan sijil seperti sektor perhotelan, pembinaan, perawatan dan lain-lain lagi perlu isi bless untuk mendapatkan lesen.

Bagaimana cara untuk memperbaharui Bless? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU BLESS

BLESS adalah singkatan daripada Business Licensing Electronic Support System atau dalam Bahasa Malaysia, Sistem Pelesenan Perniagaan Malaysia.  BLESS adalah portal perkhidmatan secara atas talian yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan para peniaga yang ingin memulakan atau menjalankan perniagaan di Malaysia.  BLESS menyediakan akses maklumat yang luas tentang Kerajaan dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perniagaan.  Ia juga menyediakan sistem penghantaran secara atas talian bagi permohonan lesen/kelulusan/permit, serta sistem pengesanan secara atas talian bagi mengesan status permohonan yang dibuat menerusi BLESS.

 

CARA DAFTAR BLESS

Berikut adalah panduan cara hendak mendaftar ID BLESS:

  1. Lawati Laman Web BLESS di pautan http://www.bless.gov.my/bless/
  2. Klik pada link Daftar masuk ke BLESS
  3. Klik pada pautan “To register with BLESS, click here” dan satu borang akan terpapar.
  4. Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang tersebut.
  5. Pastikan anda klik pada “kotak pengesahan” apabila selesai mengisi borang.
  6. Klik pada “Submit” untuk menghantar permohonan ini.
  7. Klik pada butang “Close” jika anda ingin membatalkan urusan.
  8. Kotak mesej akan dipaparkan selepas pendaftaran berjaya dihantar. Semak emel anda dalam masa 20 minit untuk verifikasi akaun.
  9. Klik ‘Ok’ untuk tutup paparan mesej. Selesai

 

CARA PERMOHONAN BLESS 2.0

Berikutadalah merupakan cara membuat permohonan lesen dan mendaftarkan syarikat melalui sistem ini secara online di portal https://bless2.bless.gov.my/bless2/login

Cara Permohonan Lesen Berkaitan Perniagaan Menggunakan Bless 2.0

  1. Daftar butiran peribadi dan syarikat anda bagi mewujudkan akaun pengguna BLESS
  2. Daftarkan perunding anda (jika perlu).
  3. Daftar masuk ke aplikasi utama BLESS untuk memohon lesen berkaitan perniagaan.
  4. Klik pada pautan “SUBMISSION” di laman utama dan pilih jenis lesen yang dipohon.
  5. Lengkapkan borang komposit dan hantar permohonan secara serentak.

Cara Mendaftarkan Syarikat Dengan Bless 2.0

  1. Klik pada imej “Mohon Lesen Perniagaan Di Sini” yang terdapat di bahagian bawah halaman utama Portal BLESS. Teruskan dengan pendaftaran individu.
  2. Dengan menggunakan kata laluan individu tersebut, sila masuk ke dalam aplikasi BLESS.
  3. Klik pada Update Profile > Company Profile
  4. Masukkan nombor pendaftaran syarikat anda dan klik Update
  5. Sahkan nama syarikat anda dan teruskan dengan membuat bayaran kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Bayaran bagi pendaftaran ini adalah sebanyak RM 15.90.
  6. Sahkan butiran terperinci syarikat anda sebelum meneruskan muat turun butiran maklumat syarikat anda ke dalam BLESS.
  7. Butiran syarikat anda akan dimaklumkan kepada agensi-agensi berkaitan yang memproses permohonan lesen anda. Anda tidak lagi perlu mengemukakan dokumen syarikat seperti Borang 24 dan Borang 49.
  8. Pemohon yang ingin memperbaharui Kebenaran PDA 1 dan Lesen CSA (runcit) bagi mengusahakan stesen minyak perlu membuat pembaharuan menerusi Permohonan Baharu dan memilih nama lesen – Kebenaran Menjalankan Aktiviti Di Bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 (CSA). Pemohon diminta memuatnaik (upload) kesemua dokumen sokongan yang berkaitan bagi tujuan pembaharuan dalam permohonan tersebut (sila rujuk senarai semak dalam Garis Panduan Kebenaran PDA 1).
  9. Semakan Notifikasi Emel BLESS – Notifikasi pemakluman akan dihantar melalui emel kepada pengguna BLESS. Sekiranya pengguna tidak menerima sebarang notifikasi emel, sila semak folder SPAM pada emel tuan/puan.

 

CARA SEMAKAN STATUS BLESS 2.0

Setelah proses pendaftaran syarikat anda selesai, anda boleh membuat semakan status dengan cara seperti berikut:

  1. Lawati pautan BLESS: https://www.bless.gov.my
  2. Klik pada Semak Status Permohonan
  3. Pilih cara carian anda samada:
    • Carian berdasarkan Jenis Organisasi, sila buat pilihan berdasarkan “dropdown list” yang disediakan. Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
    • Carian berdasarkan No.Pendaftaran, sila masukkan samada No. Pendaftaran Syarikat atau No. MyKad.
    • Carian berdasarkan No.Rujukan, sila masukkan nombor serahan BLESS. Contoh: BL2014050246.
  4. Selepas memasukkan maklumat berkaitan, klik Hantar. Status keputusan syarikat anda akan dipaparkan di bahagian bawah halaman.

 

CARA RENEW BLESS 2.0 ONLINE

Untuk membuat pembaharuan lesen Bless online, pastikan anada telah Log Masuk akaun Bless anda terlebih dahulu di pautan http://www.bless2.gov.my/. Berikut adalah cara untuk renew Bless secara online,:

STEP 1: Pemilihan Lesen (Pembaharuan) Di Dalam Bless:

  1. Klik menu ‘Submission’. Pilih dan isi maklumat berkaitan dan klik pada button ‘Search’ untuk mencari lesen yang ingin dipohon
  2. Masukkan Keyword bagi lesen yang ingin dipohon. Kemudian klik button Search
  3. Klik button Application Type “Renewal” untuk permohonan lesen
  4. Pemohon hendaklah ‘tick’ lesen dan klik ‘add to tray’, Tekan button “OK”
  5. Lesen yang telah dipilih akan dipaparkan didalam ‘My Tray’. Form Status Incomplete kerana belum melengkapkan borang permohonan.
  6. Fungsi-fungsi bagi setiap button
    • Ikon Pencil: digunakan untuk “Fill up form”
    • Ikon Dustbin: digunakan untuk “remove” lesen yang telah dipilih.
    • Ikon Kanta Lekap: digunakan untuk “preview form”.
    • Ikon Wang: digunakan untuk “Payment”.
    • Ikon Right: digunakan untuk melihat Garis panduan permohonan lesen.
  7. Tekan icon Pencil “Fill Up Form”

STEP 2: Permohonan Pembaharuan:

  1. Masukkan BLESS Submission No. (Rujuk Track & Monitoring)
  2. Tekan button Search
  3. Tekan button Proceed with Renewal
  4. Isi semua ruangan maklumat terutama di Bahagian Mandatory Field
  5. Tekan button “Save” dan “Ok”
  6. Tutup borang online
  7. Pastikan Form Status “Complete”
  8. Tekan tick dan tekan button “Submit Application”
  9. Tekan button “Ok”

STEP 3: Pembayaran:

  1. Klik pada icon Wang
  2. Ikuti arahan pembayaran selanjutnya sehingga proses pembayaran selesai:

STEP 4: Track & Monitoing

  1. Tekan submodul “Track & Monitoring”
  2. Anda boleh memantau status permohonanlesen

 

SOALAN LAZIM (FAQ) BLESS 2.0

 Lupa Kata Laluan & Bagaimana hendak menetapkan semula kata laluan?

  • Jika terlupa kata laluan, sila klik pada pautan “Click Here” pada bahagian “Forgot your password”.
  • Satu pop-up window akan dipaparkan dan sila isi maklumat yang diperlukan.
  • Kemudian klik butang “Submit” untuk memohon kata laluan yang baru atau klik “Close” jika anda ingin membatalkan urusan.
  • Kata laluan baru akan dihantar ke emel anda. Guna kata laluan baru itu untuk login ke dalam sistem BLESS.
  • Sila masuk ke skrin login BLESS. Login masuk dengan menggunakan kata laluan yang baru (contoh: 8KwUfVPL).
  • Anda dikehendaki menukar kata laluan semasa pertama kali berjaya login ke dalam sistem BLESS. Masukkan kata laluan sekali lagi (8KwUfVPL).
  • Masukkan “Kata Laluan Baru”. Ianya mestilah sekurang-kurangnya 8 atau maksima 20 alphanumeric.
  • Masukkan kata Laluan baru lagi sekali pada ruangan “Confirm Password” untuk mengesahkan kata laluan baru anda. Kemudian tekan butang “Submit”.
  • Anda telah berjaya login masuk di dalam sistem BLESS seperti di atas.

 Apakah ciri-ciri utama BLESS 2.0?

  • Portal BLESS merupakan ‘PUSAT SETEMPAT’ secara atas talian bagi memohon lesen/kelulusan/permit daripada agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan. Ia juga memberikan peluang kepada pemohon untuk mengesan tahap kemajuan sesuatu permohonan sehingga selesai. Platform BLESS menyediakan ciri-ciri komunikasi dan maklum balas bagi tujuan mendapatkan maklumbalas dan penjelasan.

 Adakah saya perlu membuat bayaran ketika mendaftar dengan BLESS, sekiranya saya mendaftar di bawah akaun individu?

  • BLESS tidak mengenakan sebarang bayaran pendaftaran. Walau bagaimana pun terdapat bayaran yang dikenakan sewaktu memohon lesen/ kelulusan/ permit tertentu.

 

MAKLUMAT LANJUT

 Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara renew Bless online, anda boleh

ARTIKEL LAIN

CARA JUAL & BELI KERETA DI CARSOME(Cara Buat Temujanji Pemeriksaan /Bidaan Kenderaan)

CARA RENEW ROADTAX PEJABAT POS (Cukai Jalan Kereta & Motor)

CARA RENEW ROADTAX DI PUSPAKOM(Buat Temujanji Pembaharuan LKM)

Leave a Comment