CARA BELI BARANG KEPERLUAN HARIAN ONLINE

CARA BELI BARANG KEPERLUAN HARIAN ONLINE

Dalam keadaan kita nak kena minimakan keluar rumah dek penangan COVID-19, saya nak kongsikan bagaimana kita boleh beli barang keperluan harian yang terus hantar sampai rumah.

Untuk kawasan bandar, memang ada perkhidmatan hantar barang keperluan harian sampai ke rumah. Kita semua tahu bahawa kawasan bandar memamg agak berisiko untuk keluar rumah dalam keadaan penularan wabak Covid-19.

1.HAPPY FRESH

CARA BELI BARANG KEPERLUAN HARIAN ONLINE

Anda boleh kunjungi facebook mereka untuk melihat senarai barang yang disediakan : https://www.facebook.com/HappyFreshMY/

Happy Fresh menyediakan perkhidmatan membeli barang untuk anda di Cold Storage, Tesco atau Giant. Anda hanya perlu muat turun aplikasi Happy Fresh di appstore atay Playstore . Cara pembayaran adalah secara tunai,kad debit atau kad kredit.

Happy Fresh merupakan laman beli-belah yang menghubungkan anda dengan semua pasar raya berdekatan anda. Pilihan barangan yang pelbagai, dari produk tenusu, produk segar hinggalah ke barangan keperluan harian, boleh didapati di Happy Fresh pada harga yang berpatutan.

 2.GROCER HELPER MY

CARA BELI BARANG KEPERLUAN HARIAN ONLINE

Anda boleh kunjungi facebook mereka untuk melihat senarai barang yang disediakan : https://www.facebook.com/grocerhelper/

Perkhidmatan ini adalah untuk barang basah macam ikan, ayam dan daging. Mereka telah siap dipotong, dibasuh dan dipek dengan baik. Anda hanya perlu masukan ke dalam peti sejuk beku. Grocer Helper MY sangat penuhi kehendak anda. Contohnya ada pelanggan yang inginkan daging lembu tempatan jenis batang pinang. Mereka hantar barang yang dikehendaki mengikut kehendak pelanggan.

Sejak 2018, Grocer Helper telah menjadi teman lebih 2,000 ibu-ibu yang inginkan hidangan yang menakjubkan dari dapur sendiri kerana keenakan dan kebahagiaan tentunya dari air tangan ibu-ibu sendiri.

Grocer Helper dipercayai isi rumah kerana janji-janjinya yang sentiasa ditepati – SEGAR, HALAL dan semestinya BERKUALITI. Pemudah cara membuat hidangan yang ditunggu-tunggu telah tiba, Grocer Helper! Grocer Helper Enterprise didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor pendaftaran 002926191-W. Grocer Helper dikemudi oleh ketua yang berpengalaman dan dibantu oleh pekerja yang berkemahiran dalam pengurusan makanan lebih 10 tahun. Beroperasi 100% di atas talian, Grocer Helper adalah satu-satunya pemudah cara isi rumah untuk hidangan yang enak.

3.HEALTHY FRUITS

CARA BELI BARANG KEPERLUAN HARIAN ONLINE

Anda boleh kunjungi facebook mereka untuk melihat senarai buah-buahan yang dijual : https://www.facebook.com/healthyfruitsisyourlife/

Ada pelanggan mereka yang membeli anggur hitam panjang. Pelanggan tersebut berkongsi buah yang dijual sangat sedap dan harga juga berpatutan walaupun buah-buahan tersebut diimport  daripada luar negara.Perkhidmatan HEALTHY FRUITS  sangat bagus dan cepat.

4.THE FISH CLUB
Anda boleh kunjungi facebook mereka untuk melihat senarai makanan laut yang disediakan oleh THE FISH CLUB : https://www.facebook.com/fishclubmy/

The Fish Club menyediakan perkhidmatan untuk makanan laut seperti ikan,udang, sotong dan ikan salmon. Cara mereka pek mereka memang terbaik.

The Fish Club ini di kendalikan oleh beberapa individu yang berpusat di Pontian. Pontian terkenal dengan makanan laut segar & harga yang berpatutan. The Fish Club  menyediakan makanan laut yang terbaik. Mereka membantu anda memilih tangkapan harian yang terbaik dan segera di bungkus beku untuk menjamin kesegaran makanan laut.

The Fish Club menjamin tiada pengawet, antibiotik,  karsinogen atau semua yang membahayakan kesihatan anda. The Fish Club juga membantu anda menjimatkan masa untuk ke pasar basah kerana mereka menyediakan khidmat penghantaran ke rumah dengan cepat.

CARA BELI BARANG KEPERLUAN HARIAN ONLINE. Diharap dengan perkhidmatan yang disediakan ini akan membantu anda untuk menghadkan anda daripada keluar rumah bagi mengelakkan berlaku penularan wabak Covid-19.

 

 

Tags: #CARA BELI BARANG KEPERLUAN HARIAN ONLINE #CARA BELI BARANG KEPERLUAN HARIAN YANG TERUS HANTAR SAMPAI RUMAH #GROCER HELPER MY #HAPPY FRESH #HEALTHY FRUITS #THE FISH CLUB

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP
    ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP   APA ITU ePenyata Gaji ANM? ePenyata
    MySPR SEMAK 2022:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)
    MySPR SEMAK 2022:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)   APA ITU
    MySPR DAFTAR 2022:CARA DAFTAR MENGUNDI &TUKAR ALAMAT MENGUNDI ONLINE
    MySPR DAFTAR 2022:CARA DAFTAR MENGUNDI &TUKAR ALAMAT MENGUNDI ONLINE     Permohonan sebagai
    PERMOHONAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG 2022 (BYDPA)
    PERMOHONAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG 2022 (BYDPA)   BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG diperkenalkan

    Leave a reply "CARA BELI BARANG KEPERLUAN HARIAN ONLINE"