CARA BELI BARANG DAPUR ONLINE (Guna Aplikasi Jaya Grocer Happy Fresh Tesco Online )

CARA BELI BARANG DAPUR ONLINE (Guna Aplikasi Jaya Grocer Happy Fresh Tesco Online )

BELI BARANG DAPUR ONLINE

Dalam keadaan kita nak kena minimakan keluar rumah dek penangan COVID-19, saya nak kongsikan bagaimana kita boleh beli barang dapur secara online yang akan terus dihantar sampai rumah anda.

Untuk kawasan bandar, memang ada perkhidmatan hantar barang keperluan harian sampai ke rumah. Kita semua tahu bahawa kawasan bandar memamg agak berisiko untuk keluar rumah dalam keadaan penularan wabak Covid-19.

 

1.HAPPY FRESH

CARA BELI BARANG KEPERLUAN HARIAN ONLINE

  • Happy Fresh merupakan laman beli-belah yang menghubungkan anda dengan semua pasar raya berdekatan anda. Happy Fresh menyediakan perkhidmatan membeli barang untuk anda di Cold Storage, Tesco atau Giant. Pilihan barangan yang pelbagai, dari produk tenusu, produk segar hinggalah ke barangan keperluan harian, boleh didapati di Happy Fresh pada harga yang berpatutan.
  • Layari Facebook Happy Fresh untuk melihat senarai barang yang disediakan
  • Muat turun aplikasi Happy Fresh (Android / IOS) bagi memudahkan pembelian secara online.
  • Cara pembayaran adalah secara tunai,kad debit atau kad kredit.

 

 2.GROCER HELPER MY

  • CARA BELI BARANG KEPERLUAN HARIAN ONLINEPerkhidmatan ini adalah untuk barang basah macam ikan, ayam dan daging. Mereka telah siap dipotong, dibasuh dan dipek dengan baik. Anda hanya perlu masukan ke dalam peti sejuk beku. Grocer Helper MY sangat penuhi kehendak anda. Contohnya ada pelanggan yang inginkan daging lembu tempatan jenis batang pinang. Mereka hantar barang yang dikehendaki mengikut kehendak pelanggan.
  • Grocer Helper dipercayai isi rumah kerana janji-janjinya yang sentiasa ditepati – SEGAR, HALAL dan semestinya BERKUALITI. Pemudah cara membuat hidangan yang ditunggu-tunggu telah tiba, Grocer Helper! Grocer Helper Enterprise didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor pendaftaran 002926191-W. Grocer Helper dikemudi oleh ketua yang berpengalaman dan dibantu oleh pekerja yang berkemahiran dalam pengurusan makanan lebih 10 tahun. Beroperasi 100% di atas talian, Grocer Helper adalah satu-satunya pemudah cara isi rumah untuk hidangan yang enak.
  • Layari Facebook Grocer Helper MY untuk melihat senarai barang yang disediakan
  • Muat turun aplikasi Grocer Helper MY (Android / IOS) bagi memudahkan pembelian secara online.

 

3. JAYA GROCER

JAYA GROCER

  • Pengguna di kawasan Lembah Klang boleh menggunakan Jaya Grocer apps untuk shopping pelbagai sayur-sayuran organik. Selain daripada buah-buahan dan sayur-sayuran bermusim tempatan, Jaya Grocer terkenal dengan buah-buahan yang mungkin kita susah nak cari dekat pasaraya biasa seperti aprikot, blueberi, strawberi dan raspberi.
  • Anda juga boleh dapatkan ikan tempatan, daging import sejuk beku dari Australia, dan makanan organik dan bebas gluten bagi yang health-concsious.
  • Muat turun aplikasi Jaya Grocer (Android / IOS) bagi memudahkan pembelian secara online.

 

4. TESCO ONLINE

TESCO ONLINE

  • Perkhidmatan Tesco Online menyediakan perkhidmatan pembelian barang segar contohnya sayur, ikan, ayam, roti, rempah ratus semuanya ada.
  • Tesco Online ni cover area Lembah Klang, Johor Bahru, Penang, Seremban, Ipoh dan Melaka. Kita boleh pilih slot penghantaran bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Kalau slot tu dah penuh, kita kenalah tunggu lama sikit.
  • Caj penghantaran bergantung pada kawasan rumah kita dan dan caj servis dikenakan bergantung kepada waktu slot penghantaran yang kita pilih. Biasanya kalau kita pilih waktu yang bukan peak-hour, cajnya lebih rendah berbanding waktu yang sibuk.
  • Muat turun aplikasi Tesco Online (Android / IOS) bagi memudahkan pembelian secara online.

 

5.HEALTHY FRUITS

CARA BELI BARANG KEPERLUAN HARIAN ONLINE

  • Ada pelanggan mereka yang membeli anggur hitam panjang. Pelanggan tersebut berkongsi buah yang dijual sangat sedap dan harga juga berpatutan walaupun buah-buahan tersebut diimport  daripada luar negara.Perkhidmatan HEALTHY FRUITS  sangat bagus dan cepat.
  • Anda boleh kunjungi facebook mereka untuk melihat senarai buah-buahan yang dijual : https://www.facebook.com/healthyfruitsisyourlife/

 

6.THE FISH CLUB

FISH CLUB

  • The Fish Club ini di kendalikan oleh beberapa individu yang berpusat di Pontian. Pontian terkenal dengan makanan laut segar & harga yang berpatutan. The Fish Club  menyediakan makanan laut yang terbaik. Mereka membantu anda memilih tangkapan harian yang terbaik dan segera di bungkus beku untuk menjamin kesegaran makanan laut.
  • The Fish Club menjamin tiada pengawet, antibiotik,  karsinogen atau semua yang membahayakan kesihatan anda. The Fish Club juga membantu anda menjimatkan masa untuk ke pasar basah kerana mereka menyediakan khidmat penghantaran ke rumah dengan cepat.
  • The Fish Club menyediakan perkhidmatan untuk makanan laut seperti ikan,udang, sotong dan ikan salmon. Cara mereka pek mereka memang terbaik.
  • Anda boleh kunjungi facebook mereka untuk melihat senarai makanan laut yang disediakan oleh THE FISH CLUB : https://www.facebook.com/fishclubmy/

 

CARA BELI BARANG KEPERLUAN HARIAN ONLINE. Diharap dengan perkhidmatan yang disediakan ini akan membantu anda untuk menghadkan anda daripada keluar rumah bagi mengelakkan berlaku penularan wabak Covid-19.

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR SAMA-SAMA LOKAL (Register Online & App Maybank QRPayBiz)

Leave a Comment