CARA DAFTAR VAKSIN COVID-19 (Aplikasi MySejahtera)

CARA DAFTAR VAKSIN COVID-19 (Aplikasi MySejahtera)

CARA DAFTAR VAKSIN COVID-19

Untuk makluman Vaksin Covid-19 iaitu Pfizer baru sahaja sampai ke Malaysia. Jika anda bersetuju untuk menerima vaksin ini, anda perlu membuat pendaftaran sebagai penerima vaksin terlebih dahulu.Bagaimanakah cara daftar vaksin Covid-19?

Berdasarkan Buku Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV),terdapa dua kaedah secara dalam talian adalah pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera atau laman sesawang khas di www.vaksincovid.gov.my.

Bagi pendaftaran secara manual pula, terdapat tiga kaedah yang membolehkan orang ramai mendaftar iaitu dengan menghubungi talian hotline (akan dimaklumkan kemudian), hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Maklumat janji temu seperti tarikh dan tempat vaksinasi akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS.

PROSES VAKSINASI COVID-19

Proses vaksinasi bagi mereka yang mendaftar secara dalam talian mahupun manual adalah sama merangkumi 18 langkah.

Bagaimanapun, bagi individu yang menerima vaksin jenis satu dos, langkah vaksinasi tamat pada Langkah 9 dan Sijil Imunisasi Vaksin Covid-19 Digital akan diberikan manakala penerima vaksin jenis dua dos proses tamat di Langkah 18.

Berikut adalah proses vaksinasi COVID-19:

Langkah 1 : Pendaftaran secara dalam talian (MySejahtera dan di www.vaksincovid.gov.my) atau secara manual (talian hotline, fasiliti klinik kesihatan dan program bantuan)

Langkah 2 : Terima tarikh janji temu

Langkah 3 : Hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

Langkah 4 : Saringan suhu dan gejala

Langkah 5 : Daftar kod QR dan semakan identiti

Langkah 6 : Konsultasi dan mengisi borang kebenaran

Langkah 7 : Terima suntikan dan sahkan penerimaan vaksin (Dos 1)

Langkah 8 : Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan.

Langkah 9 : Terima kad vaksin dan Sijil Imunisasi Vaksin Covid-19 (bagi penerima jenis vaksin satu dos)

Langkah 10 : Pemantauan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) Covid-19

Langkah 11 : Terima tarikh janji temu (suntikan dos kedua)

Langkah 12 : Hadir ke PPV

Langkah 13 : Saringan suhu dan gejala

Langkah 14 : Daftar kod QR dan semakan identiti

Langkah 15 : Terima suntikan dan sahkan penerimaan vaksin (Dos 2)

Langkah 16 : Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan

Langkah 17 : Terima Sijil Imunisasi Vaksin COVID-19 Digital dan kemas kini kad vaksin (bagi daftar manual)

Langkah 18 : Pemerhatian kesihatan diri untuk sebarang kesan sampingan

Sebelum daftar sebagai penerima vaksin Covid-19,anda perlu kemaskini aplikasi MySejahtera terlebih dahulu.

CARA KEMASKINI APLIKASI MySejahtera

Bagaimanakah cara  mengemaskini / update aplikasi pada PlayStore ataupun AppStore?

Terdapat beberapa fungsi kemaskini aplikasi MySejahtera:

KEMASKINI APLIKASI MySejahtera(Status Lokasi Semasa)

  1. Masuk ke dalam aplikasi Mysejahtera yang telah anda update.
  2. Klik tutup dahulu jika paparan check in seperti gambar di atas ini terpapar.
  3. Kemudian, klik STATUS RISIKO
  4. Klik STATUS MULA
  5. Sila jawab semua soalan dan klik HANTAR
  6. Pastikan semua maklumat tepat,klik OK
  7. Kemudian klik ikon PROFIL
  8. Kini anda boleh tahu warna zon status lokasi mengikut daerah tempat tinggal anda.

KEMASKINI APLIKASI MySejahtera(Tambah Ahli Keluarga)

  1. Masuk ke dalam aplikasi Mysejahtera yang telah anda update.
  2. Klik tutup dahulu jika paparan check in seperti gambar di atas ini terpapar.
  3. Kemudian, klik MORE
  4. Seterusnya klik MANAGE DEPENDENTS
  5. Klik ADD DEPENDENTS
  6. Sila isi maklumat anak.Jika ada ramai klik ADD ANOTHER
  7. Semasa nak check in,sila tandakan anak jika bawa anak bersama

CARA DAFTAR PENERIMA VAKSIN COVID-19 (Aplikasi MySejahtera)

Berikut adalah cara daftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui Aplikasi MySejahtera:

  1. Masuk ke dalam aplikasi Mysejahtera yang telah anda update.
  2. Klik tutup dahulu jika paparan check in seperti gambar di atas ini terpapar.
  3. Kemudian, barulah klik menu yang tertera Vaksinasi Covid-19.
  4. Klik menu yang tertera seperti gambar di atas ini.
  5. Isikan maklumat peribadi anda seperti nama penuh dan no kad pengenalan.Dan setelah selesai, klik sahkan.
  6. Anda akan ditanya jika maklumat anda betul.Klik OK.
  7. Klik seterusnya bagi mengetahui sama ada anda berada dalam kategori fasa 1 penerima vaksin atau tidak.
  8. Untuk makluman, fasa 1 vaksinasi adalah untuk barisan hadapan (frontliner).

JADUAL PROGRAM VAKSINASI COVID-19

Jadual mengikut fasa adalah seperti di bawah:

  • fasa 1 (februari – April 2021) : Frontliner bahagian kesihatan dan bahagian pertahanan
  • Fasa 2 (April- Ogos 2021): Frontliner dan juga golongan berisiko 60 tahun ke atas.
  • Fasa 3 (May 2021 – Februari 2022): Golongan selebihnya.

SOALAN LAZIM

Bagaimanaka cara untuk laporkan kesan sampingan vaksin?

Individu yang mengalami kesan sampingan suntikan boleh membuat laporan di fasiliti kesihatan terdekat, aplikasi MySejahtera dan di portal laporan ConSERF NPRA di www.npra.gov.com

Berapa dos vaksin yang perlu diambil?

Vaksin dua dos merangkumi vaksin dari syarikat Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac) dan CanSinoBIO manakala vaksin satu dos daripada Sputnik V.

Siapa yang layak menerima vaksin Covid-19?

Semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun yang layak boleh menerima vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech.

Keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan, mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 seperti warga emas, pesakit dengan masalah perubatan seperti pesakit jantung, kencing manis, darah tinggi, asthma, kanser dan
sebagainya.

Bolehkah saya menolak untuk menerima suntikan vaksin Covid-19?

Anda boleh memilih untuk tidak menerima vaksin kerana penerimaan vaksin COVID-19 ini adalah secara sukarela.

Sekiranya anda adalah petugas barisan hadapan, mempunyai
penyakit kronik dan warga emas, penerimaan vaksin ini boleh mengurangkan risiko keterukan penyakit apabila anda dijangkiti.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN 

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang cara daftar vaksin Covid-19, sila bertanya kepada petugas kesihatan berhampiran

Anda juga melayari laman sesawang yang mengandungi maklumat yang lebih tepat dan dipercayai seperti:
• WHO: www.who.int
• CDC : https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/index.html.
• FDA : https://www.fda.gov/emergency-preparedness-andresponse/mcmlegal-regulatory-and-policy-framework/emergency-useauthorization

Tags: #CARA DAFTAR VAKSIN COVID-19 (Aplikasi MySejahtera) #CARA KEMASKINI APLIKASI MySEJAHTERA #KEMASKINI APLIKASI MySejahtera(Status Lokasi Semasa) #KEMASKINI APLIKASI MySejahtera(Tambah Ahli Keluarga) #PROSES VAKSINASI COVID-19

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    KEMASKINI MySEJAHTERA:CARA UPDATE STATUS KESIHATAN/IBU MENGANDUNG & MENYUSU BAYI
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinKEMASKINI MySEJAHTERA:CARA UPDATE STATUS KESIHATAN/IBU MENGANDUNG & MENYUSU BAYI Untuk makluman setiap
    SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN COVID19 MELALUI MySEJAHTERA
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN COVID19 MELALUI MySEJAHTERA   Sekarang ini, kerajaan sedang berusaha
    CARA MENGGUNAKAN APLIKASI MySEJAHTERA
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinCARA MENGGUNAKAN APLIKASI MySEJAHTERA PENGENALAN APLIKASI MySEJAHTERA Apakah aplikasi MySejahtera? MySejahtera merupakan
    KOD QR MYSEJAHTERA
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinKOD QR MYSEJAHTERA Kod QR MySejahtera ganti sistem bertulis untuk masuk ke
    1. author

      Che Norudin Che Alli5 months ago

      Daftar

      Reply

    Leave a reply "CARA DAFTAR VAKSIN COVID-19 (Aplikasi MySejahtera)"