CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN)

CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN)

CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPBPPN)

Jika anda ada keperluan untuk  masuk ke Sarawak atau Sabah pada Pelan Pemulihan Negara, kini  Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah menggariskan langkah berikut untuk diikuti.Berikut adalag cara masuk atau keluar negeri Sarawak & Sabah yang terkini & semasa PKPB/PPN.

 

CARA KEMASUKAN NEGERI SARAWAK SEMASA PPN

Berikut adalah merupakan Tatacara untuk masuk ke Negeri Sarawak:

Kemasukan ke Sarawak dari Negeri lain (dalam Malaysia)

  1. Individu yang lengkap vaksinasi COVID-19 dan ingin memasuki Sarawak:
    • Tidak perlu membuat permohonan melalui EnterSarawak (bagi Sarawakian)
    • Perlu mengisi e-Health Declaration Form (eHDF)
    • Tidak diwajibkan menjalani saringan COVID-19 sebelum memasuki Sarawak.
    • Wajib memiliki bukti status ‘Lengkap Vaksinasi’
    • Wajib memiliki status ‘Risiko Rendah’ atau ‘Kontak Kasual Tidak Bergejala’ sahaja dalam aplikasi MySejahtera
    • Pemeriksaan MySejahtera, akan dibuat sebelum individu dibenarkan menaiki pesawat/bot penumpang atau di ICQS
  2. Semua bukan warganegara dan warganegara Malaysia yang bukan berasal dari Sarawak (non Sarawakian) perlu membuat permohonan melalui EnterSarawak sebelum memasuki Sarawak, kecuali mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut:
    • Penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di Sarawak (Federal Officers Serving in Sarawak)
      • Perlu tunjuk Surat Pengesahan dari Ketua Jabatan Dan Permit Kerja yang sah (jika berkenaan) sebelum dibenarkan menaiki pesawat/bot penumpang/di ICQS
    • Pekerja di sektor swasta (private sector employees)
      • Perlu tunjuk surat Pengesahan dari Majikan masing-masing DAN Permit Kerja yang sah sebelum dibenarkan menaiki pesawat/bot penumpang/di ICQS
    • “Non Sarawakian” yang berkahwin dengan pasangan berasal dari Sarawak
      • Perlu tunjuk Sijil Perkahwinan yang sah sebelum dibenarkan menaiki pesawat/bot penumpang/di ICQS
    • Anak pasangan yang berasal dari Sarawak yang dilahirkan di luar Sarawak (negeri-negeri lain dalam Malaysia)
      • Perlu tunjuk dokumen dokumen sebagai bukti (sijil Lahir) sebelum dibenarkan menaiki pesawat/bot penumpang /di ICQS
    • Pemegang visa Sarawak-MM2H
      • Perlu tunjuk dokumen dokumen sebagai bukti (pas visa) sebelum dibenarkan menaiki pesawat/bot penumpang/di ICQS
    • Individu yang tiada / tidak lengkap divaksin dan ingin memasuki Sarawak:
      • Wajib membuat permohonan melalui EnterSarawak
      • Perlu mengisi borang e-Health Declaration Form (eHDF)
      • Wajib membuat saringan ujian rt-PCR atau RTK Antigen (swab) dalam tempoh 3 hari sebelum memasuki Sarawak (keputusan ujian self-test kit tidak diterima)
      • Wajib memiliki status ‘Risiko Rendah’ atau ‘Kontak Kasual Tidak Bergejala’ sahaja dalam aplikasi MySejahtera
      • Pemeriksaan MySejahtera dan EnterSarawak akan dibuat sebelum individu dibenarkan menaiki pesawat/bot penumpang atau di ICQS
      • Menjalani kuarantin di rumah/stesen kuarantin selama 10 hari (Tertakluk kepada penilaian risiko oleh Pegawai Kesihatan)

Nota: Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun perlu membuat saringan COVID-19 sekiranya memasuki Sarawak Bersama (A2) ibubapa atau penjaga yang tiada/ tidak lengkap vaksinasi.

 

Kemasukan ke Sarawak dari Luar Negara

Pengembara dari luar negara yang memasuki Sarawak:

  1. Wajib membuat permohonan dalam EnterSarawak
  2. Perlu mengisi e-Health Declaration Form (eHDF)
  3. Membuat saringan ujian rt-PCR dalam tempoh 3 hari sebelum memasuki Malaysia
  4. Hanya pengembara dari luar negara yang memiliki status ‘lengkap vaksinasi’ dibenarkan untuk ‘transit’ ke Sarawak dalam tempoh 24 jam
  5. Tempoh kuarantin adalah 7 hari (dari tarikh kemasukan ke Malaysia) bagi pengembara yang lengkap divaksin.
  6. Tempoh kuarantin adalah 10 hari (dari tarikh kemasukan ke Malaysia) bagi pengembara yang tiada atau tidak lengkap divaksin.
  7. Tempat kuarantin adalah di stesen kuarantin yang ditetapkan
  8. Pengembara dari luar negara wajib melaporkan sejarah perjalanan kepada petugas di lapangan terbang. Kegagalan berbuat demikian boleh diambil tindakan undang-undang.
  9. Keputusan ini berkuatkuasa mulai 18 Oktober 2021

Nota: Untuk maklumat lengkap berkenaan dengan proses kemasukan, sila rujuk SOP Kemasukan ke Negeri Sarawak.

 

CARA KEMASUKAN NEGERI SABAH SEMASA PPN

Berikut adalah merupakan Tatacara untuk masuk ke Negeri Sabah meliputi lawatan sosial dan pelancongan adalah dengan syarat:

  1. Individu telah lengkap divaksin
  2. Perlu menjalani ujian Covid-19 RT-PCR atau RTK-Ag (Swab//Saliva) dalam tempoh 3 hari sebelum perjalanan
  3. Remaja umur 12 tahun hinggan 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin
  4. Kanak-kanak dibawah 12 tahun ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin

 

ARTIKEL LAIN

BANTUAN BAITULMAL KAMEK : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN TABUNG BAITULMAL SARAWAK

CHECK BKSS 8.0(Semak Senarai Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022)

2 thoughts on “CARA MASUK ATAU KELUAR NEGERI SARAWAK & SABAH (TERKINI & SEMASA PKPB/PPN)”

  1. Asalamulaikum Tuan, saya seorang anggota polis dan bertugas di Balai Polis Dato Keramat, IPD Timur Laut Pulau Pinang dan telah menerima Sapina untuk menghadiri perbicaraan sebagai Pegawai Penyiasat kes pada 14/4/2021 hingga 15/4/2021 di mahkamah Majistret Miri, Soalan saya :-
    1. Apa perlu saya buat untuk kebenaran masuk Sarawak?
    2. Setelah saya datang ke Miri Sarawak adakah saya perlu di Kuantin selama 14 hari semasa saya datang di Sarawak.
    Kerjasama dan jawapan segera perlu saya perolehi untuk membuat pengesahan kehadiran saya di mahkamah Majistret Miri.

    Balas

Leave a Comment