LOT GERAN INDIVIDU(Pecah Lot Rumah Status Bangunan)

CARA PECAH TANAH LOT GERAN INDIVIDU (Lot Rumah Status Bangunan)

Jika anda mempunyai tanah yang dalam zon perumahan. Anda perlulah segera untuk melakukan pecah tanah  untuk mengeluarkan lot geran individu. Hal ini memudahkan anda membina rumah atau menjual tanah tersebut dengan nilai yang tinggi.

Berikut adalah panduan pecah tanah lot geran individu :

1. Pastikan lokasi tanah berada dalam zoning kawasan perumahan. Anda perlu menyemak dengan bahagian perancangan bandar Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran bagi memastikan tanah tersebut dalam zoning perumahan.

2. Bagi memudahkan anda, tanah tersebut tidak digadaikan kepada mana-mana bank atau ada kaveat ke atasnya.

3. Tanah yang hendak dibeli juga bukan dalam urusan pusaka.

4. Hanya seorang pemilik berdaftar dalam geran hak milik.

5. Pemilik berdaftar masih hidup. Jika pemilik tanah yang hendak dibeli telah mati. Maka urusan anda akan menjadi rumit.

6. Kawasan tanah tersebut mempunyai infastruktur seperti jalan masuk yang telah digazetkan,tiang elektrik berdekatan dan saliran.

7. Lantik peguam hartanah yang bertauliah untuk urusan semua urusan. Segala urusan jual beli dan pindah milik akan lebih mudah dan mengikut proses undang-undang.

8. Lantik juru ukur yang bertauliah untuk urusan pecah bahagi dan tukar syarat tanah pertanian kepada tanah lot bangunan.Selain itu, juru ukur akan membantu dalam memberi khidmat nasihat bagi layout yang sesuai untuk tanah anda.

9. Lantik seorang projek manager profesional yang berpengalaman dalam urusan pecah lot.

10. Tempoh masa untuk selesai. Urusan pecah tanah lot mengambil masa dalam satu tahun hingga satu tahun setengah . Namun ia mengambil masa juga untuk selesai memperolehi geran individu.

11. Sediakan kos yang mencukupi.   Antara kos yang perlu disediakan adalah seperti berikut :

JENIS FEES DAN BAYARANJUMLAH BAYARAN
Fees PerancangRM3000 per ekar
Fees Juru UkurRM3000 per ekar
Fees JuruteraRM3000 per ekar
Fess Peguam2.5% daripada harga jual beli
Permohonan Pecah Bahagi & Tukar Syarat di Pejabat TanahRM1000 per Lot
Bayaran PremiumRM2000 per Lot
Lembaga Juru Ukur TanahRM2500

12. Sabar dan Jangan Putus Asa. 

 
Kesimpulannya, urusan pecah tanah lot untuk mendapat geran individu dapat dilaksanakan dengan lancar sekiranya anda mengikut panduan yang telah diberikan. Semoga urusan anda lancar dan berjaya.

Boleh juga rujuk https://www.jkptg.gov.my/my/panduan/senarai-undang-undang/kanun-tanah-negara untuk panduan.

ARTIKEL LAIN

CONTOH SURAT PERJANJIAN JUAL BELI TANAH

CARA BELI TANAH SECARA TUNAI

CARA BELI TANAH LOT(Cara Pilih Lot Rumah)

CARA BACA  GERAN TANAH

1 thought on “LOT GERAN INDIVIDU(Pecah Lot Rumah Status Bangunan)”

Leave a Comment