CONTOH SURAT PERJANJIAN JUAL BELI TANAH

CONTOH SURAT PERJANJIAN JUAL BELI TANAH

CONTOH SURAT PERJANJIAN JUAL BELI TANAH

Bagi melakukan transaksi jual beli tanah. Anda perlu  membuat surat perjanjian jual beli tanah. Ia penting dan merupakan satu dokumen yang sah disisi undang-undang.Disini kami berkongsi kepada anda contoh surat perjanjian jual beli tanah.

Baca tentang Cara Beli Tanah Lot 

 

KEBAIKAN SURAT PERJANJAN JUAL BELI TANAH

  • Melindungi hak pembeli dan penjual
  • Mengelakan sebarang unsur penipuan
  • Mengelakan masalah ingkar janji
  • Memudahkan urusan tukar milik tanah
  • Bahan rujukan ke mahkamah sekiranya
  • Terma lebih lengkap dan cukup

 

BUTIRAN DI DALAM SURAT SURAT PERJANJAN JUAL BELI TANAH

  • Tarikh perjanjian jual beli
  • Pihak yang terlibat seperti pembeli dan penjual
  • Maklumat harta seperti nombor lot,keluasan tanah,kategori penggunaan tanah
  • Terma perjanjian yang dipersetujui seperti harga,cara pembayaran, tukar milik tanah
  • Maklumat dua orang saksi dan pesuhjaya sumpah

 

BERIKUT ADALAH CONTOH SURAT PERJANJIAN JUAL BELI TANAH :

PERJANJIAN JUAL BELI INI DIBUAT PADA HARI……..BULAN……..TAHUN……

DI ANTARA

 

PIHAK PERTAMA

 

Nama : —————————————————

No. K/P : ————————————————

Pekerjaan : ———————————————

Alamat : ————————————————

No. Tel : ————————————————

Dalam hal ini bertindak dan disebut sebagai (PIHAK PERTAMA)

 

DAN

PIHAK KEDUA

Nama : —————————————————

No. K/P : ————————————————

Pekerjaan : ———————————————

Alamat : ————————————————

No. Tel : ————————————————

Yang dalam hal ini bertindak dan disebut sebagai (PIHAK KEDUA)

 

PIHAK PERTAMA dengan ini berjanji untuk menjual kepada PIHAK KEDUA dan PIHAK KEDUA juga berjanji dengan menyatakan serta mengikatkan diri untuk membeli hartanah dari PIHAK PERTAMA yang berupa petak rumah bangunan hakmilik strata yang terletak di atasnya, dengan perincian sebagai berikut:

Luas keseluruhan rumah :-

Alamat rumah :-

Pemaju :-

Kedua belah pihak telah bersepakat untuk mengadakan surat ikatan perjanjian jual – beli dimana syarat dan ketentuannya diatur mengikut ‘10 perkara’ seperti di bawah ini:

 

Perkara 1 > HARGA

Jual beli rumah tersebut dilakukan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak dengan ketentuan harga sebanyak berikut:- RM25,000.00 (dalam perkataan :- Ringgit Malaysia Dua puluh lima ribu ringgit sahaja)

 

Perkara 2 > CARA PEMBAYARAN

PIHAK KEDUA akan membayar kepada PIHAK PERTAMA untuk petak rumah yang dibelinya secara tunai iaitu sebanyak RM5,000 (dalam perkataan:- Ringgit Malaysia Lima Ribu Ringgit sahaja) sebagai sejumlah bayaran untuk deposit setelah Surat Perjanjian ini ditandatangani.

 

Perkara 3 >  BAKI BAYARAN

PIHAK KEDUA akan menjelaskan baki bayaran sebanyak RM20,000 (dalam perkataan:- Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Ringgit sahaja) lagi sebaik borang Pindah Milik Tanah, (Borang 14A) ditandatangani.

 

Perkara 4 > JAMINAN DAN SAKSI

PIHAK PERTAMA menjamin sepenuhnya bahawa tanah dan bangunan rumah yang dijualnya adalah benar-benar milik atau hak PIHAK PERTAMA sendiri dan tidak ada orang atau pihak lain yang turut mempunyai hak, bebas dari sitaan, tidak tersangkut dalam suatu perkara atau sengketa, hak kepemilikannya tidak sedang dipindahkan atau sedang dijaminkan atau digadaikan kepada orang atau pihak lain dengan cara bagaimanapun juga, dan tidak sedang atau telah dijual kepada orang atau pihak lain. Jaminan dari PIHAK PERTAMA akan diperkuatkan oleh seorang saksi yang akan turut menandatangani Surat Perjanjian ini sebagai saksi bagi PIHAK PERTAMA.

 

Butiran saksi tersebut adalah seperti berikut :-

 

Nama Saksi :

No. K/P :

Pekerjaan :

Alamat lengkap :

Hubungan :

 

Perkara 5 > PENYERAHAN

PIHAK PERTAMA berjanji serta mengikatkan diri untuk menyerahkan petak rumah tersebut di atas dalam keadaan kosong beserta kunci-kuncinya kepada PIHAK KEDUA setelah PIHAK KEDUA melangsaikan keseluruhan bayaran.

 

Perkara 6 > STATUS KEPEMILIKAN

Mulai dari tarikh Surat Perjanjian ini ditandatangani maka tanah dan bangunan rumah tersebut di atas beserta segala keuntungan mahupun kerugiannya sepenuhnya menjadi hak milik PIHAK KEDUA.

 

Perkara 7 >  PROSES PINDAH MILIK

PIHAK PERTAMA wajib membantu PIHAK KEDUA dalam proses pindahmilik borang 14A dan atas kepemilikan hak tanah dan bangunan rumah tersebut dalam hal pengurusan yang bersangkutan dengan badan atau jabatan-jabatan yang terkait, memberikan keterangan-keterangan serta menandatangani surat-surat yang berkaitan tukar nama atau proses pindah milik tanah dari PIHAK PERTAMA kepada PIHAK KEDUA. Segala kos pembiayaan yang berhubungan dengan proses pindahmilik nama di atas geran rumah dari PIHAK PERTAMA kepada PIHAK KEDUA ditanggung sepenuhnya oleh PIHAK KEDUA.

 

Perkara 8 > PENGESAHAN PERJANJIAN

Perjanjian ini tidak akan berakhir walaupun PIHAK PERTAMA meninggal dunia, atau kerana sebab apapun juga. Dalam keadaan sedemikian maka para ahli waris atau pengganti PIHAK PERTAMA wajib mentaati ketentuan yang termaktub dalam perjanjian ini serta meneruskan perlaksanaan proses Pindah Milik Tanah bagi petak ini kepada PIHAK KEDUA.

 

Perkara 9 > HAL-HAL LAIN

Hal-hal lain yang belum termaktub di dalam perjanjian ini perlu dibicarakan serta diselesaikan secara kekeluargaan melalui perbincangan bersama oleh kedua belah pihak. Masing-masing perlu memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menyelesaikan sebarang masalah.

 

Perkaral 10 > PENUTUP

Demikian perjanjian ini dipersetujui dan dibuat serta ditanda tangani oleh kedua-dua belah pihak dengan dihadiri saksi-saksi yang dikenali oleh kedua-dua belah pihak dihadapan pesuruhjaya sumpah serta ditandatangani kedua belah pihak dalam keadaan sedar serta tanpa adanya paksaan atau tekanan dari mana – mana pihak.

 

PIHAK PERTAMA

( PENJUAL )

[ ———————————- ]

Nama:

No KP:

 

PIHAK KEDUA

( PEMBELI )

[ ———————————- ]

Nama:

No KP:

 

SAKSI PIHAK PERTAMA :

 

[ ———————————- ]

Nama:

No KP:

 

 

SAKSI PIHAK KEDUA :

 

 

[ ———————————- ]

Nama:

No KP:

 

 

 

 

Dihadapan Saya,

 

………………………………………….

PESURUHJAYA SUMPAH

Walaupun contoh surat perjanjian jual beli tanah ini nampak ringkas, namun ia sangat penting dan berguna kepada anda sebagai pembeli atau penjual. Lebih baik lagi jika anda melantik peguam hartanah untuk memastikan terma-terma yang disediakan lebih lengkap dan tepat untuk melindungi kedua-dua pihak.

Untuk pengetahuan lebih lanjut, layari : https://www.propertyguru.com.my/property-guides/kepentingan-surat-perjanjian-jual-beli-di-malaysia-22005

1 thought on “CONTOH SURAT PERJANJIAN JUAL BELI TANAH”

Leave a Comment