DAFTAR BPR: CARA DAFTAR BANTUAN PRIHATIN RAKYAT
Seperti biasa,apabila kerajaan menyalurkan bantuan kewangan, maka kerajaan akan melancarkan sebuar portal untuk memudahkan urusan pendaftaran.
Contohnya portal BPN,GKP dan akan datang adalah portal BPR.
Kita sedia makluman bahawa Bantuan Sara Hidup (BSH) akan digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat bermula Januari 2021, dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik.
Rujuk CARA LOGIN BPR 2021
Maka,penerima yang layak BPR berdasarkan syarat kelayakan seperti pendapatan bulanan, bilangan anak dalam sesebuah keluarga dan status perkahwinan.
Siapakah yang layak menerima BPR? Sila rujuk SEMAKAN KELAYAKAN BPR 2021
ADAKAH PEMOHON PERLU BUAT PENDAFTARAN/PERMOHONAN BPR 2021?
Kita sedia maklum bahawa,pihak LHDNM telah mempunyai data pemohon melalui portal BSH dan BPN,ia boleh diserap dan dirujuk berdasarkan data portal tersebut.
Siapa yang perlu membuat PERMOHONAN BARU BPR?
Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah : Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
Siapa yang perlu membuat KEMASKINI maklumat?
Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah : Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus
Nak buat PERMOHONAN BPR 2021?
CARA DAFTAR BPR 2021
Setakat ini, belum dilancarkan lagi portal BPR.Berikut adalah persediaan dari segi maklumat untuk membantu anda membuat pendaftaran dan permohon baru BPR 2021.
Kepada BAYARAN BPN 2.0 GAGAL KREDIT,berikut adalah TARIKH PEMBAYARAN TUNAI DI BSN
Berikut adalah maklumat yang diperlukan:
- Nama
- Nombor Kad Pengenalan
- Status perkahwinan
- Bilangan anak
- Nama dan nombor akaun bank
Pastikan maklumat yang dilengkapkan tepat dan betul.
Rujuk CARA KEMASKINI BPR 2021
SENARAI KATEGORI BPR 2021
Berikut adalah senarai kategori BPR 2021:
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH
Isi rumah berpendapatan bulanan kurang 2,500 ringgit dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200, manakala isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800.
Jika anda Pemandu teksi/ e-hailing,Pengawal keselamatan,Peniaga-peniaga kecil,Hilang pekerjaan akibat COVID-19,Lain-lain golongan yang terkesan akibat COVID-19.
Anda layak mohon BANTUAN RM500 ZAKAT KECEMASAN MAIWP
ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM2,501 HINGGA RM4,000
Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM800 akan disalurkan, manakala isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200.
Kepada golongan B40,boleh mohon BAUCAR RM50 untuk membeli PERLINDUNGAN TENANG sebagai perlindungan kepada keluarga.
ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM4,001 HINGGA RM5,000
Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000 ringgit. Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM750 kepada isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih.
BUJANG BERPENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH
Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah pula, akan menerima bantuan RM350.
Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.
Kepada peminjam dari kalangan B40 dan perusahaan mikro yang layak menerima Bantuan Bayaran Balik Pinjaman (TRA),sila rujuk LANJUTAN MORATORIUM BERSASAR.
SOALAN LAZIM BANTUAN PRIHATIN RAKYAT
Apakah itu BPR?
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah bantuan kewangan yang menggantikan BSH.
Bilakah BPR diperkenalkan?
Semasa pembentangan bajet 2021
Adakah perlu membuat permohonan baharu?
Dirujuk menggunakan databse BSH sebelum ini.
Apa yang perlu saya lakukan untuk mendaftar BPR?
Bersabar dan tunggu tarikh buka pendaftaran BPR
Apakah nama portal untuk daftar BPR?
Akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Bila tarikh boleh apply BPR?
Rujuk TARIKH PERMOHONAN BAHARU BPR 2021
Bila tarikh bayaran BPR?
Rujuk TARIKH BAYARAN BPR 2021
Saya sangat la bersetuju dengan apa yang kerajaan buat untuk membantu rakyat mengurang kan beban hidup rakyat dengan masalah sekarang ni….
Saya sangat setuju dengan pembentangan bajet 2021 ini berkenaan dengan BPR yg di perkenalkan ini.saya harap saya yang dari kstegori B40 tidak akan tercicir lagi.
Saya sangat bersetuju dgn kerjaan 2021 kerana kerjaan ada ambil berat untuk ketegori rakyat B40 selama ini saya dgn anak bini hidup susah .kita 1 malaysia rakyat B40 harap 2021 hidup baik2 dgn kerjaan 2021
Permohonan bantuan prihatin rakyat
Bantuan prihatin rakyat
Nak Tanya, kalau pasangan yang tiada anak?
Pendapat terjejas kerana pemberhentian kerja di sebuah syarikat kotak jaya sdn bhd
Di jln 108 c no 10/11 tmn sg besi KL..
“DAFTAR BPR CARA DAFTAR BANTUAN PRIHATIN RAKYAT”
Saya tak tau kenapa ramai tak setuju…dgn Budget 2021.. Saya sgt setuju dgn ini. Negara buat apa yang patut untuk rakyat. Jumlah orang Indai sangat kurang di Malaysia. So kerajaan beri berapa yang patut untuk jumlah komuniti India. dan memang komuniti melayu ramai di malaysia, so percentage dia tinggi.. apa salahnya. Bagi saya kerajaan sangat wajar .. Kami sokong kerajaan.
bantuan bpr
Assalamualikum..Saya ingin tahu Saya kematian suami (balu) Masa suami ada arwah ada dapat BRIM tapi selepas suami tiada saya telah hantar borang sebagai balu..pihak LHDN ada reply alasan tidak lulu’s sebab pendapatan melebihi RM2000 sedangkan documents slip gaji+ Sunil kematian suami Saya telah serahkan ke LHDN dan basic Saya dlm Rm 1500 jika ada OT+ Comisyen barulah dapat Rm2k tapi bukan selalu.. pertanyaan Saya mengapa Saya tidak dapat bantuan??.. sedangkan rakan Saya pun ibu tunggal seperti Saya tapi kenapa dia dapat bantuan dan Saya tidak..
BANTUAN PRIHATIN RAKYAT
Daftar BPR
macam mana nak daftar permohanan baru utk 2021 ..saya bru nak daftar utl 2021 ..
Kalau warga emas yang tiada punca pendapatan dan ada 3 orang anak tetapi umur ketiga-tiga orang anak beliau melebihi 30 tahun. Adakah warga emas ini masih boleh menerima BPR, dan berapakah yang warga emas ini boleh dapat? Warga emas ini pernah dapat bantuan menerusi BSH 2020.
Boleh tanya,bpn dan BPR tak sama ke.mesti buat pendaftaran baru borang BPR 2021.
Good
Permohonan BPR
Permohonan bpr
“DAFTAR BPR:CARA DAFTAR BANTUAN PRIHATIN RAKYAT”
“DAFTAR BPR:CARA DAFTAR BANTUAN PRIHATIN RAKYAT”
Permohonan bpr bujang 2021:cara mohon bantuan prihatin rakyat
Assalamualaikum..saya ada buat pendaftaran bpr secara online beberapa hari lepas..semasa taip kata kunci keselamatan tiba-tiba typo..nak tanya macam mana cara nak isi semula kata kunci keselamatan bpr yang saya dah daftarkan tu?
Saya penerima bpn 1.0 dan 2.0 dan saya jugak dah daftar bpn..adakah saya tak perlu mendaftar bpr lagi..cukup dengan mendaftar bpn sahaja?
Banyak tanggungan