ALLIANCE BANK BIZSMART LOGIN (Customer Service Contact Number)
Alliance Bank Malaysia Berhad adalah kumpulan perbankan yang menawarkan perkhidmatan perbankan online dan kewangan melalui perbankan pengguna, perbankan perniagaan, perbankan Islam, perbankan pelaburan perniagaan dan pembrokeran saham serta unit amanah dan pengurusan aset. Kepada para peniaga yang merupakan pelanggan kepada alliance Bank, disini kamu akan kongsikan kepada anda cara daftar dan login Alliance Bank BizSmart. Semoga membantu.
APA ITU ALLIANCE BANK BIZSMART
Alliance BizSmart merupakan portal dalam talian yang menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan untuk disesuaikan dengan keperluan perniagaan anda. Anda boleh mengakses suite lengkap perkhidmatan perbankan yang terjamin yang membolehkan anda menguruskan kewangan anda bila-bila masa, di mana sahaja.
SYARAT KELAYAKAN ALLIANCE BANK BIZSMART
Perkhidmatan Alliance BizSmart disediakan untuk:
- Syarikat pemilikan tunggal
- Syarikat Perkongsian
- Syarikat
- Persatuan
- Kelab
- Pertubuhan
Nota: Pastikan mempunyai akaun semasa yang aktif dengan bank
PERKHIDMATAN ALLIANCE BANK BIZSMART
Berikut adalah merupakan perkhidmatan tersedia menerusi portal ini iaitu:
PAKEJ PERTANYAAN |
|
PAKEJ TRANSAKSI |
NOTA: Pakej transaksi akan turut menyertakan semua jenis perkhidmatan yang terdapat dalam Pakej Pertanyaan |
CARA DAFTAR ALLIANCE BANK BIZSMART
Sebai pengguna portal ini kali pertama, seharusnya anda membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan Alliance Bank
- Pada menu utama klik pada Login dan pilih Alliance BizSmart
- Masukkan ID pengguna dan kata laluan sementara yang disediakan melalui PIN mailer atau pentadbir sistem untuk log masuk.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan di ruang tukar kata laluan dan tukar kata laluan anda dengan memasukkan kata laluan yang anda inginkan.
- Klik pada Permohonan TAC. Masukkan no TAC yang diterima melalui SMS pada ruangan yang disediakan dan klik hantar
- Anda akan menerima mesej pertukaran kata laluan anda telah Berjaya dan anda perlu log semula menggunakan kata laluan yang telah anda daftar allianz bank.
CARA AKTIFKAN TOKEN ALLIANCE BANK BIZSMART
Setelah berjayan mengaktifkan kata laluan dan ID pengguna BizSmart, anda perlu mengaktifkan token anda. Berikut adalah merupakan caranya:
- Token ini merupakan peranti keselamatan anda yang bertindak sebagai lapisan keselamatan untuk melindungi perbankan perniagaan anda.
- Log masuk ke akaun Alliance BizSmart
- Pada paparan utama klik pada pautan Tekan Sini Untuk Pengaktifan Token Anda.
- Masukkan 10 digit nombor siri yang dicetak di belakang peranti keselamatan dan juga nombor kad pengenalan anda.
- Tetapkan nombor pin pengesahan anda dan masukkan dua kali kemudian masukkan nombor maklumbalas token dan tekan hantar.
- Untuk mendapatkan nombor maklumbalas token anda, tekan dan tahan butang kuasa pada peranti anda.
- Selepas peranti keselamatan anda berjaya diaktifkan , anda akan menerima mesej pemberitahuan.
CARA LOGIN ALLIANCE BANK BIZSMART
Kepada anda pengguna kali pertama, berikut adalah merupakan cara login iaitu:
- Layar pautan Alliance BizSmart
- Masukkan User ID anda dan klik Login
- Pastikan Secure Phase anda yang tertera dan klik YES
- Seterusnya masukkan kata Laluan anda dan Klik Login
- Selesai, anda terlah Berjaya log masuk ke akaun anda
Nota: Anda juga boleh login menggunakan aplikasi mudah alih Alliance BizSmart login.
WAKTU OPERASI CUSTOMER SERVICE NUMBER ALLIANCE BANK BIZSMART
- Isnin – Jumaat: 9.00 pagi hingga 7.00 malam
- Sabtu: 9.00 pagi hingga 1.00 petang
- Tutup pada hari Ahad dan cuit umum.
CUSTOMER SERVICE NUMBER ALLIANCE BANK BIZSMART
Sekiranya anda terdapat sebarang permasalah berkaitan dengan Alliance BizSmart, anda boleh berhubung dengan khidmat pelanggan menerusi:
- Pusat khidmat pelanggan
- No Telefon: 03-5516 9988 (8.00 pagi hingga 10.00 malam)
- e-mel: [email protected]
- Perkhidmatan 24 jam laporan kehilangan atau kecurian kad dan bantuan kecemasan.
- 1-300-80-3388 (Malaysia)
- +603-5624 3888 (luar negara)
- E-mell: [email protected]
- Aduan & Pertanyaan
- Layari laman web ABMB dengan melengkap borang atas talian
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Alliance Bank BizSmart, anda boleh melayari portal Soalan Lazim (FAQ) Alliance BizSmart
ARTIKEL EBRKAITAN:
- MAYBANK PERSONAL LOAN 2023 (Syarat Pinjaman Peribadi Maybank)
- CAP JARI ROSAK IMIGRESEN BANK (Dapatkan Surat Pengesahan JPN)
- PERMOHONAN PENGESAHAN PERKAHWINAN LUAR NEGARA MAHKAMAH SYARIAH (Contoh Surat)
1 thought on “ALLIANCE BANK BIZSMART LOGIN (Customer Service Contact Number)”