Isi Kandungan
BATU KARANG OPERATION (Kos Pembedahan & Pengalaman)
Sekiranya anda perlu menjalani pembedahan bagi penyakit Batu Karang, semestinya anda ingin mengetahui prosedur dan juga kos yang terlibat.ini kerana kos rawatan bagi hospital kerajaan atau hospital swasta adalah berbeza. Disini kami akan kongsikan kepada anda untuk membuat pemilihan hospital untuk mendapatkan rawatan, semoga membantu.
APA ITU PENYAKIT BATU KARANG
Penyakit batu karangg atau turut dikenali sebagai renal calculi adalah kondisi di mana wujud jisim pepejal berupa seperti kristal. Jisim ini kebiasaannya berasal daripada buah pinggang namun boleh berkembang dan terjadi pada mana-mana tempat sepanjang saluran air kencing anda.
BAHAGIAN DIJANGKITI BATU KARANG
Antara bahagian yang kerap membentuk penyakit ini adalah:
- Organ buah pinggang
- Pundi kencing
- Ureter
- Uretra
JENIS PENYAKIT BATU KARANG
Berikut adalah merupakan jenis penyakit ini iaitu:
- Batu kalsium
- Batu struvite
- Batu cystine
- Batu asid urik
TANDA SIMPTOM PENYAKIT BATU KARANG
Berikut adalah merupakan tanda-tanda penyakit ini iaitu:
- Demam
- Sakit belakang secara tiba-tiba
- Kencing berdarah atau bernanah
- Sukar membuang air kecil
- Loya, Muntah dan badan berpeluh tidak normal
- Sakit pinggan berdenyut-denyut seakan nak bersalin
KOS PEMBEDAHAN BATU KARANG
Berikut adalah merupakan anggaran kos yang terlibat bagi pembedahan ini iaitu:
- Hospital Kerajaan: RM3,000 sehingga RM10,000
- Hospital Swasta: RM9,000 sehingga RM40,000
Walaubagaimanapun, terdapat juga tambahan kos-kos lain yang anda perlu jelaskan apabila mendapat rawatan di hospital iaitu:
KOS-KOS LAIN | HOSPITAL KERAJAAN | HOSPITAL SWASTA |
Yuran konsultasi | Yuran nominal RM1 | RM30 sehingga RM250 |
Yuran kemasukan hospital | RM50 sehingga RM100 | Mengenakan caj antara enam sehingga 10 peratus daripada keseluruhan kos pembedahan atau rawatan anda sebagai deposit atau yuran kemasukan. |
Caj bilik (sehari) | RM3 sehingga RM80 | RM80 sehingga RM300 |
Imbasan X-ray | RM10 | RM35 ke atas |
Pemeriksaan ultrasound | RM10 sehingga RM100 | RM100 sehingga RM300 |
Angiogram | RM75 | RM2,500 ke atas |
Ujian darah | RM1 | RM50 ke atas |
Imbasan CT | RM450 | RM900 ke atas |
Imbasan MRI | RM650 ke atas | RM1,200 ke atas |
Bius anestesia | Percuma | RM1,000 ke atas |
Ambulans | RM50 ke atas | RM200 ke atas |
PROSUDER PEMBEDAHAN BATUKARANG
Berikut adalah merupakan antara prosedur yang akan anda harus ketahui dalam melaksanakan pembedahan ini iaitu:
- Pemeriksaan
- Sebelum melakukan sebarang rawatan, doktor akan melakukan beberapa pemeriksaan seperti ujian darah, ujian air kencing, pengimejan menggunakan X-ray dan CT scan, serta analisis batu karang untuk membantu diagnosis.
- Selepas mengenal pasti jenis batu karangg, doktor boleh mencadangkan langkah intervensi yang sesuai seperti perubahan dari segi diet dan sebagainya untuk menjadi penawar penyakit ini dan mengelakkan penyakit ini daripada berulang semula pada masa hadapan.
- Diagnosis batu karang. Terdapat beberapa cara iaitu:
- Menggunakan CT scan
- Imbasan ultrasound (Ultrasonography)
- Imbasan X-ray
- Excretory urography
- Ujian air kencing
- Analisis yang bersesuaian untuk mengetahui penawar batu karang
- Doktor juga akan melakukan analisis terhadap air kencing untuk mengesan sel darah merah, sel darah putih atau nitrit di dalam urin pesakit.
- Rawatan batu karangg dengan pemberian ubat tahan sakit
- Setelah didiagnosis dengan batu karang, doktor mungkin akan memberikan preskripsi ubat tahan sakit untuk kegunaan pesakit lebih-lebih lagi jika mereka menghidap kolik renal.
- Merangka strategi untuk mengeluarkan batu karang
- Jika batu karangg boleh dikeluarkan dengan sendirinya, pesakit mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan. Rawatan yang digunakan untuk mengeluarkan adalah seperti:
- Prosedur stone-bypass
- Shock wave lithotripsy (SWL)
- Jika batu karangg boleh dikeluarkan dengan sendirinya, pesakit mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan. Rawatan yang digunakan untuk mengeluarkan adalah seperti:
- Pembedahan batu karang
- Ada batu karangg yang mempunyai saiz yang besar dan sukar untuk dikumuhkan secara semula jadi perlu dilakukan dengan cara pembedahan.
- Ureteroscopy merupakan salah satu prosedur yang boleh digunakan untuk membuang batu karangg. Doktor akan menggunakan skop yang halus dan nipis untuk mencari dan mengeluarkan batu tersebut.
- Semasa prosedur ini dilakukan, pesakit akan berada di bawah anastesia. Skop tersebut akan dimasukkan melalui pundi kencing dan ureter hingga ke bahagian buah pinggang.
- Selain itu, untuk pesakit yang menghidap hipertiroidsme pula, mereka mungkin perlu melakukan pembedahan untuk membuang kelenjar paratiroid.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai penyakit batu karanr ini, anda boleh melayari portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia
ARTIKEL BERKAITAN:
- CARA GUNA MEDICAL CARD INSURANS @ TAKAFUL (Bila Layak Masuk Hospital Swasta)
- CONTOH SURAT PEMBATALAN INSURANS/TAKAFUL (Surat Rasmi Cancel)
- CHECK MySALAM (Cara Semak Kelayakan & Status Bayaran)