DAFTAR, LOGIN,PERMOHONAN & SEMAKAN GERAN KHAS PRIHATIN
CARA DAFTAR GERAN KHAS PRIHATIN
Sebelum mula memohon, anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu, untuk mendapatkan ID GKP. Selepas itu baru boleh buat permohonan baru. Berikut ialah langkah untuk mendaftar GKP.
- Layari laman web atau portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my
- Anda akan nampak dua pilihan iaitu Bantuan Prihatin Nasional yang berwarna biru tua, dan Geran Khas Prihatin yang berwarna ungu
- Klik butang Geran Khas Prihatin (GKP) seperti di paparan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan / MyKad 12 digit
- Jangan masukkan sempang (-), Masukkan nombor sahaja
- Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan ialah 800101-01-5555, masukkan 800101015555
- Klik butang Cari
- Jika perniagaan atas nama anda wujud, anda akan dibawa ke bahagian Soalan Pengesahan
- Jika tidak ada, akan keluar butang PERMOHONAN BARU. Sila rujuk panduan permohonan GKP seperti di bahagian seterusnya.
- Kami andaikan perniagaan anda wujud. Sila jawab semua Soalan Pengesahan yang diberikan.
- Klik butang Hantar selepas mengisi semua jawapan.
- Selepas itu, anda akan dikehendaki untuk mendaftar akaun untuk mendapatkan ID GKP.
- Ini bagi membolehkan anda Log Masuk dan membuat semakan permohonan.
- Sila semak Nama, Nombor Kad Pengenalan seperti yang terpapar.
- Sila isi Frasa Keselamatan. Anda hany boleh masukkan huruf dan nombor sahaja. Aksara khas dan simbol tidak dibenarkan.
- Pilih lima (5) soalan keselamatan berserta jawapan anda.
- Klik Teruskan atau Kembali untuk mengubah jawapan.
- Sila buat semakan jawapan kepada soalan keselamatan seperti yang terpapar.
- Sekiranya berpuashati, klik Teruskan
- Pilih Kata Laluan untuk Log Masuk
- Sila buat Pengesahan Kata Laluan dengan menaip sekali lagi
- Sila ambil maklum bahawa kekuatan Kata Laluan adalah ditentukan oleh warna. Kata Laluan yang bagus ialah yang berwarna hijau.
- Klik Daftar
- Pendaftaran akaun GKP anda kini sudah selesai
- Anda boleh klik butang Log Masuk sekarang
Kepada yang telah membuat permohona GKP 2.0 sebanyak RM3,000,anda boleh membuat SEMAKAN PERMOHONAN GKP 2.0 BERMULA 27 NOVEMBER
CARA LOGIN GERAN KHAS PRIHATIN
Berikut ialah cara untuk login Geran Khas Prihatin (GKP) selepas selesai pendaftaran.
Bagi yang berniat nak beli rumah, baca tentang SEMAKAN INSENTIF KEMPEN PEMILIKAN RUMAH(HOC) 2020 di bawah PENJANA,banyak insentif menarik
- Layari portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my
- Masukkan ID Pengguna
- ID Pengguna ialah Nombor Kad Pengenalan / MyKad
- Pastikan ID Pengguna ialah dalam 12 digit, tanpa sempang (-)
- Akan keluar paparan Frasa Keselamatan
- Jika paparan tersebut adalah sama seperti yang didaftarkan, klik Ya
- Jika paparan tersebut tidak sama, klik Tidak
- Jika anda terlupa Kata Laluan, klik Terlupa Kata Laluan
- Selepas itu, masukkan Kata Laluan
- Klik butang Log Masuk
- Selepas berjaya masuk, anda boleh mula daftar permohonan dengan klik butang Daftar GKP
CARA PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN
Berikut ialah cara untuk memohon Geran Khas Prihatin (GKP) secara online.
Baca tentang Skim Pembiayaan PKS PENJANA ini boleh dipohon mulai pertengahan Jun 2020 dengan had sehingga RM500 ribu bagi setiap PKS.
- Layari laman web atau portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my
- Jika anda belum daftar akaun, sila baca panduan pendaftaran di atas terlebih dahulu
- Sila Log Masuk seperti panduan di atas
- Klik Daftar GKP
- Anda kini berada di bahagian MAKLUMAT ENTITI PERNIAGAAN
- Sila semak Nama dan Nombor Kad Pengenalan
- Teruskan dengan mengisi Maklumat Diri, Maklumat Pasangan dan Maklumat Perniagaan dengan betul.
- Selepas selesai, klik tab Pengesahan di bahagian atas
- Sila buat pengesahan Captcha dengan mengisi paparan Captcha seperti yang terpapar
- Tekan butang Sahkan Captcha
- Kini anda berada di bahagian Akuan Pengesahan
- Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan sila tick ruangan berkenaan.
- Klik butang Hantar
- Mesej makluman penghantaran borang permohonan berjaya akan dipaparkan
Ini cara untuk buat rayuan GERAN KHAS PRIHATIN bersama senarai dokumen sokongan untuk memudahkan anda.
CARA SEMAKAN GERAN KHAS PRIHATIN
Berikut ialah cara untuk buat semakan Geran Khas Prihatin (GKP) :
- Layari portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my
- Jika anda belum daftar buat permohonan lagi, sila baca panduan untuk mohon di atas terlebih dahulu
- Selepas Log Masuk, anda akan nampak paparan Nama, Nombor MyKad dan Status Permohonan
- Klik butang Kemaskini sekiranya anda buat perubahan maklumat
- Sila beri perhatian pada Status Permohonan untuk mengetahui status terkini mengenai permohonan anda
- Jika Permohonan Diterima, ini bermaksud permohonan baharu anda yang sudah siap diisi sudah berjaya dihantar. Anda juga tidak perlu membuat permohonan semula. Sila tunggu sehingga keputusan permohonan dipaparkan.
- Jika Dalam Proses, ini bermakna permohonan anda yang telah diterima sedang dalam proses verifikasi atau semakan dari agensi yang terlibat. Semasa dalam status Dalam Proses, anda tidak boleh buat kemaskini.
- Jika Lulus, ini bermaksud anda layak menerima bantuan. Duit bantuan GKP akan dimasukkan ke dalam akaun yang anda daftarkan dalam borang permohonan. Tarikh duit GKP masuk anda dimaklumkan kemudian.
- Jika Tidak Lulus, ini bermakna anda tidak layak menerimba bantuan GKP.
Saya no ok 720712086590 Telah daftar untuk geran gkp tetapi Saya tidak dapat log ke gkp t kasih
daftar geran gkp mcm mana?
On
Amat memerlukan
Gobi harikrishnasamy mula 1 may daftar gran gkp tidak boleh apa perlu saya buat keliru ?
sampai sekarang saya masih tak boleh mendaftar macam mana nak buat…amat memerlukan nie….
saya hanya boleh masukkan no ic sahaja…
saya terlupa kata laluan dan soalan pegesahan macam mana cara saya nak lock masuk semula ye..mohon bantuan
saya hanya boleh masukkan no ic sahaja. untuk pengesahan poskod dan bandar telah didisi namun tetap tidak dapat log in
Sy banyak kali dah Cuba tapi X boleh
Tanya kata laluan
Mcm mn nak mohon
Sya lulus geran khas Prihatin ke?
HI If I forgot the soalan keselamatan ? any solution?
Sy sama juga macam mana lock masuk
Tuan, saya memang layak mendapatkan gkp RM 3000, tetapi tiada dalam rekod . Bilakah saya boleh memohon semula ?
Tarikh permohonan untuk GKP ( RM 3000) terlalu singkat. Saya berharap pihak berkuasa boleh memberi peluang dua minggu lagi bagi membantu perniagaan kecil yang layak memohon . Terima kasih
Assalamualaikum, saya nak buat rayuan GKP sebab saya tidak isi ruang pendapatan dan salah hantar/download dokumen. Saya terhantar surat SPAN pula. Permohonan ditolak, tapi button rayuan tidak ada tuan. Sila bagi peluang saya merayu… Terima kasih.
Johari @ Joehady Bin Yussof
Wilayah Persekutuan Labuan.
saya yg bernama disini ingin mngatakn yg saya salah isi ingat kan bilangan anak yg letak lah 5 rupanya bilangan pekerja..so bilangan pekerja sya ad 3 aje trmasok sya …sya niage bsma2 ank2 di psar mlm daerah ampang …skian tma ksh
Kalau saya terlupa kata laluan dan soalan keselamatan untuk login masuk account GKP, apa yang perlu saya buat?
Permohonan Baru Geran Khas Prihatin
aKAUN gkp SAYA TELAH DISEKAT … SAYA PERLU HUBUNGI HOTLINE TAPI APA NOMBORNYE ?
Saya lupa kata laluan. Macam mana buat.
Saya telah lupa semua 5 soalan keselamatan utk login GKP, apa perlu saya buat , utk kemas kini akuan bank , GKP 3.0 ini ,harap maklom
Ssm mati thn 2020 tp nk hdpkan pehabat ssm menyusahkan….ssm mati kelayakkan pun hlg ke?