TUKAR ENJIN KERETA (Cara Booking Puspakom Borang JPJ & Pengalaman)

TUKAR ENJIN KERETA (Cara Booking Puspakom Borang JPJ & Pengalaman)

TUKAR ENJIN KERETA

Untuk makluman anda, sekiranya anda telah membuat pegubahsuaian bahagian tertentu kenderaan anda seperti tukar enjin kereta, anda seharusnya perlu menjalani pemeriksaan khas di Puspakom dan mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengelakkan daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Pemeriksaan khas Puspakom atau Pemeriksaan B2 Puspakom adalah wajib untuk anda lakukan. Disni kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.

 

 KATAGORI TUKAR ENJIN KERETA

Kategori permohonan tukar enjin kenderaan yang perlu mendapatkan kelulusan adalah seperti berikut :-

  1. Kenaikan Keupayaan Kapasiti (cc) Enjin Melebihi 30% Daripada Enjin Asal.
  2. Penukaran Enjin Berlainan Bahan Bakar.
  3. Penukaran Enjin Bagi Kenderaan Perdagangan & Perkhidmatan Awam.
  4. Penukaran Enjin Berlainan Buatan Enjin.
  5. Penukaran Enjin Motosikal.

 

SYARAT TUKAR ENJIN KERETA

Berikut adalah merupakan syarat penukaran bagi enjin kereta iaitu:

  1. Penukaran enjin bagi kategori (i) hanya melibatkan kenderaan jenis badan motokar sahaja.
  2. Penukaran enjin motosikal hanya dibenarkan bagi buatan dan kapasiti yang sama sahaja.
  3. Pemohon perlu mengemukakan Laporan Kastam K1 apabila melibatkan pembelian enjin import.
  4. Sekiranya enjin diperolehi daripada kenderaan lain, pemohon hendaklah mengemukakan surat rasmi pengesahan jual beli beserta Kad Perakuan Pendaftaran JPJK2 / Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).
  5. Surat Amanah Raya atau Perintah Mahkamah hendaklah disertakan bagi kes tuntutan harta pusaka.
  6. Bagi kenderaan yang melakukan penukaran enjin lebih daripada sekali, perbezaan keupayaan enjin hendaklah diambil kira daripada kapasiti enjin pada pendaftaran yang asal.
  7. Struktur keseluruhan pada rangka casis hendaklah berkeadaan baik.
  8. Tiada pengubahsuaian dan kimpalan dilakukan pada ‘front cross member’, ‘steering linkage’, ‘steering box’, ‘base engine mounting’ dan ‘engine mounting’.
  9. Perlepasan asap kenderaan tersebut mestilah tidak melebihi 50% opacity. (bagi kenderaan enjin diesel sahaja).
  10. Tahap kecekapan brek kenderaan tersebut hendaklah ditingkatkan kepada 60% mengikut piawaian ujian brek dan had kestabilan sistem gantungan bagi penukaran enjin yang berkeupayaan kapasiti melebihi 30% dari enjin asal sahaja.
  11. Status enjin diesel hijau akan terbatal bila enjin telah ditukar.
  12. Tukar hak milik tidak dibenarkan bagi kategori tukar enjin yang melibatkan buatan yang berbeza dari enjin asal.

 

CARA PEMERIKSAAN B2 PUSPAKOM TUKAR ENJIN KERETA

Sebagai langkah permulaan, anda perlulah hadir ke Puspakom terlebih dahulu.  Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Hadir Pemeriksaan di Puspakom
    • Anda boleh hadir secara walk-in atau booking secara online
  2. Pastikan anda membawa dokumen seperti berikut:
    • Kad Pendaftaran Kenderaan (Asal)/ Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
    • Borang Kastam Eksais K1 (Jika melibatkan urusan transaksi pembelian antara ahli keluarga, rakan atau kenalan terdekat, surat akuan sumpah diperlukan bagi menggantikan Borang Kastam 1)
  3. Untuk penukaran enjin, anda perlu melalui 2 peringkat pemeriksaan. Sebagai contoh, bagi kereta, anda perlu melalui dua ujian iaitu:
    • Ujian Brek
      • Memeriksa prestasi brek termasuk kecekapan brek dan ketidakseimbangan brek. Pemilik akan menerima laporan VR1 selepas pemeriksaan
      • Bayaran sebanyak RM35 akan dikenakan.
    • Ujian Keseluruhan
      • Pemeriksaan keseluruhan melibatkan pengenalpastian nombor pendaftaran, casis dan enjin dan sebagainya. Pemilik akan menerima laporan B2
      • Bayaran sebanyak RM25 akan dikenakan.
  4.  Pemilik perlu memastikan kenderaan lulus kedua-dua ujian pemeriksaan ini. Sekiranya tidak, pemilik perlu menjalani pemeriksaan ulangan dan bayaran tambahan akan dikenakan
  5. Setelah lulus ujian pemeriksaan Puspakom, pemilik boleh hadirkan diri di JPJ berdekatan untuk urusan selanjutnya

 

DOKUMEN DIPERLUKAN TUKAR ENJIN KERETA DI JPJ

Pemohon perlu membuat permohonan melalui portal JPJ / kaunter di Bahagian Kejuruteraan Automotif

JPJ Negeri dengan mengemukakan salinan dokumen seperti berikut :-

  1. Borang Permohonan Tukar Enjin (JPJTE)
  2. Laporan Pemeriksaan Khas B2 Puspakom;
  3. Kad Perakuan Pendaftaran JPJK2 / Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).
  4. Laporan Kastam K1 yang tercatit nombor enjin baru.
  5. Surat pengesahan jual beli antara pemilik berserta JPJK2 / VOC enjin yang dibeli. ( jika berkaitan )
  6. Surat Amanah Raya / Perintah Mahkamah. ( jika berkaitan )

 

CARA TUKAR ENJIN KERETA DI JPJ

Setelah proses puspakom telah lulus, berikut adalah merupakan cara untuk meminda maklumat kenderaan (info pertukaran enjin lama kepada maklumat enjin baharu) di JPJ iaitu:

  1. Hadir ke cawangan JPJ berdekatan anda
  2. Pastikan anda membawa semua dokumen yang diperlukan bagi melancarkan urusan anda
  3. Anda perlu mengisi dan melengkapkan borang K8 di Pejabat JPJ untuk pinda maklumat enjin lama pada enjin baru.
  4. Pindaan maklumat adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

NOTA: Jika anda ingin mendapatkan VOC yang baru, maka bayaran RM50 dikenakan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara penukaran enjin kereta, anda boleh melayari portal Panduan Tukar Enjin Kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment