BILA DUIT ELAUN MASUK PETUGAS SPR(Permohonan Pengalaman Cara Isi Claim)

BILA DUIT ELAUN MASUK PETUGAS SPR(Permohonan Pengalaman Cara Isi Claim)

PETUGAS SPR

Kepada individu atau mana-mana pihak yang ingin membuat permohonan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihanraya, semestinya anda ingin mengetahui cara permohonan dan kadar bayaran elaun diberikan. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah ditubuhkan pada 4 September 1957. Perkara 114 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberikan kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya umum ke atas dan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya kecil jika berlaku kekosongan.

 

CARA PELANTIKAN PETUGAS SPR

Pegawai Pengurus boleh melantik Petugas-petugas Pilihan Raya yang akan membantunya dalam melaksanakan sesuatu pilihan raya.

 

KATEGORI JAWATAN PETUGAS SPR

Berikut adalah merupakan antara jawwatan yang ditawarkan iaitu:

  • Pembantu Pilihan Raya (PPR)
  • Ketua Tempat Mengundi (KTM)
  • Kerani Pengundian/Kerani Mengira Undi (KP/KMU)
  • Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP)
  • Kerani Pengeluaran, Pembukaan dan Pengiraan Undi Pos (KUP)
  • Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM)

 

SYARAT KELAYAKAN PETUGAS SPR

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan asas bagi petugas iiatu:

  • Warganegara malaysia
  • Keutamaan diberikan kepada penjawat awam yang bertugas di Pusat Mengundi (Sekolah) berkenaan
  • Mereka yang tidak bertugas di Pusat Mengundi terlibat akan disenaraikan sebagai calon simpanan dan hanya akan dipanggil jika terdapat kekosongan
  • Tidak memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik
  • Bersikap berkecuali
  • Boleh Menghadiri taklimat apabila dipanggil
  • Tidak mempunyai masalah kesihatan

 

CIRI-CIRI PETUGAS SPR

Berikut adalah merupakan antara ciri-ciri perlu ada pada petugas iaitu:

  • Jujur dan Amanah
  • Adil
  • Bertanggungjawab
  • Cekap dan Telus

 

KADAR ELAUN  PETUGAS SPR

Berdasarkan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan surat KK/BP/DS(S)221/796/6(SK.1/2012)(18), Perbendaharaan telah bersetuju memberi imbuhan kepada petugas-petugas pilihan raya.

Berikut adalah merupakan kadar bayaran elaun petugas mengikut katagori jawatan iaitu:

JAWATANELAUN
Pembantu Pilihan Raya (PPR)RM645.00
Ketua Tempat Mengundi (KTM)RM585.00
Kerani Pengundian/Kerani Mengira Undi (KP/KMU)RM365.00
Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP)RM235.00
Kerani Pengeluaran, Pembukaan dan Pengiraan Undi Pos (KUP)RM235.00
Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM)RM235.00

Nota: Kadar elaun ini adalah pada PRU 15

 

BILA DUIT ELAUN MASUK PETUGAS SPR

Tempoh bayaran elaun petugas tidak boleh dijangka, kebiasaanya dalam 2 hingga  bulan. Kelewatan bayaran ini adalah disebabkan Pejabat Pilihanraya Negeri perlu memproses bayaran mengikut prosedur  kewangan yang ditetapkan oleh Perbendaharaan. Kelewatan boleh berlaku bilaman terdapat kesilapan maklumat nombor akaun dan nombor kad pengenalan atau anam petugas.

 

CARA TUNTUTAN ELAUN PERJALAN PETUGAS SPR

Untuk mengetahui cara tnututan, anda boleh merujuk pada pautan Senarai Semak Tuntutan Elaun Perjalanan

 

CARA PERMOHONAN PETUGAS SPR

Kepada nada yang ingin membuat permohoan petugas, anda boleh buat permohonan melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) anda berada  atas kapasiti PBT sebagai penyelaras. Ia juga adalah amalan biasa yang dilakukan SPR sebagai persiapan menghadapi sesuatu pilihan raya, baik pilihan raya negeri (PRN) mahupun pilihan raya umum. Pencarian petugas ini juga biasanya akan dibuat sebaik sahaja selesai setiap kali PRU diadakan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Unuk dapatkan maklumat lanjut mengenai patugas SPR, anda boleh layari portal rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment