DISKAUN SAMAN JPJ / AES / SPAD SEHINGGA 70%

DISKAUN SAMAN JPJ / AES / SPAD SEHINGGA 70%

DISKAUN SAMAN JPJ / AES / SPAD SEHINGGA 70%

Bagi anda yang masih mempunyai saman tertunggak, anda boleh menikmati diskaun 70% saman JPJ / AES / SPAD bermula 1 Ogos ini.

TERBARU,DISKAUN SAMAN JPJ 70% 2021

APA ITU SAMAN JPJ

JPJ – Rekod notis/saman akan diwujudkan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.

APA ITU SAMAN AES

AES – Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video)

CARA DAPATKAN DISKAUN SAMAN JPJ / AES / SPAD SEHINGGA 70%

TAWARAN DISKAUN SAMAN BULAN KEMERDEKAAN NEGARA

Diskaun saman ini bersempena bulan Kemerdekaan Negara untuk semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

DISKAUN SAMAN JPJ / AES / SPAD SEHINGGA 70%

SENARAI SAMAN YANG DIBERIKAN DISKAUN

Tawaran yang bermula 1 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020 ini diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

DISKAUN SAMAN JPJ / AES / SPAD SEHINGGA 70%

KADAR DISKAUN SAMAN JPJ / AES / SPAD

Sebanyak 70% pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah Akta yang tersebut.

TEMPAT BAYARAN DISKAUN SAMAN

Pengurangan saman ini akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ (Negeri, cawangan dan UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

BAGAIMANA DENGAN KESALAHAN SENARAI HITAM?

Bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, orang ramai dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ cawangan ataupun negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan.

Diskaun saman ini diumumkan secara rasmi oleh Menteri Pengangkutan melalui Facebook rasmi JPJ petang tadi.

BAGAIMANA CARA SEMAKAN SAMAN JPJ/AES?

Bagi anda yang nak semak saman JPJ / AES, anda boleh layari portal rasmi JPJ di https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman

Baca tentang SEMAKAN & BAYAR SAMAN PDRM,JPJ & AES ONLINE

Semakan saman boleh dibuat menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor plat kenderaan.

Tags: #BAGAIMANA CARA SEMAKAN SAMAN JPJ/AES? #BAGAIMANA DENGAN KESALAHAN SENARAI HITAM? #CARA DAPATKAN DISKAUN SAMAN JPJ / AES / SPAD SEHINGGA 70% #DISKAUN SAMAN JPJ / AES / SPAD SEHINGGA 70% #SENARAI SAMAN YANG DIBERIKAN DISKAUN #TAWARAN DISKAUN SAMAN BULAN KEMERDEKAAN NEGARA

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP
    ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP   APA ITU ePenyata Gaji ANM? ePenyata
    MySPR SEMAK 2022:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)
    MySPR SEMAK 2022:SEMAKAN MAKLUMAT PENGUNDIAN (Check Tempat Mengundi & Saluran)   APA ITU
    MySPR DAFTAR 2022:CARA DAFTAR MENGUNDI &TUKAR ALAMAT MENGUNDI ONLINE
    MySPR DAFTAR 2022:CARA DAFTAR MENGUNDI &TUKAR ALAMAT MENGUNDI ONLINE     Permohonan sebagai
    PERMOHONAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG 2022 (BYDPA)
    PERMOHONAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG 2022 (BYDPA)   BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG diperkenalkan
    1. author

      Milley1 year ago

      Cara bayar or application for bayar saman??

      Reply

    Leave a reply "DISKAUN SAMAN JPJ / AES / SPAD SEHINGGA 70%"