SEMAKAN & BAYAR SAMAN PDRM,JPJ & AES ONLINE

SEMAKAN & BAYAR SAMAN PDRM,JPJ & AES ONLINE

SEMAKAN & BAYAR SAMAN PDRM,JPJ & AES ONLINE

 

 

Bagaimana cara untuk membuat semakan/check sama online & bagaimana pula hendak bayar saman trafik online? Ini antara persoalan warga Malaysia pada hari ini.

JENIS SAMAN YANG BOLEH  DISEMAK ONLINE

  • saman PDRM (Polis Diraja Malaysia),
  • saman JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan)
  • saman Automated Enforcement System (AES)

APA ITU SAMAN JPJ

JPJ – Rekod notis/saman akan diwujudkan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.

APA ITU SAMAN AES

AES – Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video)

BACA : DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN MYTV 2020

CARA SEMAK/CHECK SAMAN ONLINE

PERKHIDMATAN MYEG

MyEG menawarkan servis untuk menyemak saman trafik PDRM, JPJ, AES dengan mudah. Anda juga boleh menggunakan servis MyEG untuk menghantar notifikasi pada alamat email anda sekiranya anda mempunyai saman baru.

Tak payah nak pergi check lagi, notifikasi pemberitahuan automatik akan dihantar kepada anda. Mudah dan cepat.

SEMAKAN SAMAN MYEG

Berikut adalah cara menyemak saman menggunakan servis MyEG:

  • Layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/
  • Kemudian login menggunakan butiran yang telah anda daftarkan sebelum ini (untuk pendaftaran buat kali pertama anda perlu klik butang ‘CREATE ACCOUNT’ untuk menggunakan servis di MyEG)
  • Pergi ke pautan e-Services dan pilih anda ingin semak saman PDRM, JPJ, atau AES
  • Kemudian anda akan dibawa ke paparan saman yang ingin disemak
  • Jika ingin membuat pembayaran anda boleh teruskan kepada pembayaran online

PORTAL JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)

Anda tidak perlu mendaftar untuk menyemak saman di laman portal rasmi JPJ, isikan no kad pengenalan dan no kenderaan sahaja.

Berikut adalah cara menyemak saman di portal rasmi JPJ:

  • Di bahagian ‘Senarai Perkhidmatan’ klik pada pautan ‘Semakan Saman JPJ dan AES’
  • Kemudian pilih sama ada ingin memasukkan nombor ID sahaja atau nombor ID dan nombor kenderaan
  • Klik butang ‘Semak’
  • Sistem akan memaparkan laporan saman sekiranya anda mempunyai saman JPJ / AES

PERKHIDMATAN SISTEM ‘RILEK’

Berikut adalah cara menyemak saman menggunakan servis ‘RILEK’:

  • Layari laman sesawang RILEK – https://www.rilek.com.my/
  • Anda perlu membuat pendaftaran baru untuk pertama kali dan login menggunakan nama serta kata laluan
  • Klik pada menu dropdown ‘Search By’ dan pilih kaedah semakan
  • Seterusnya masukkan maklumat yang diperlukan dan tekab butang ‘Next’
  • Pembayaran saman boleh dibuat tapi hanya untuk perbankan internet Maybank, RHB dan CIMB

SISTEM SEMAKAN ONLINE (SSO) PDRM

Berikut adalah cara semak saman menggunakan sistem SSO:

  • Pergi ke laman rasmi SSO
  • Sila buat pendaftaran untuk pengguna baru atau log masuk untuk pengguna sedia ada
  • Setelah log masuk, klik pada ikon ‘Status Saman’
  • Semakan saman boleh dibuat dengan menggunakan no kad pengenalan atau no kenderaan

Kepada orang ramai yang ada kompaun atau saman trafik yang masih belum dijelaskan, anda kini berpeluang untuk membayar saman dengan diskaun 50% melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman.

SEMAKAN SAMAN SECARA SMS

Cara semak saman polis SMS

POLIS SMS

Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan

Hantar ke 15888

Contoh: POLIS SAMAN ABC1234

ATAU

Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan

Hantar ke 15888

Contoh: POLIS SAMAN 654321870912

Cara semak saman JPJ SMS

JPJ SMS

Taip JPJ Saman<jarak>No. KP

Hantar ke 15888

Contoh: JPJ Saman 654321870912

ATAU

Taip JPJ Saman<jarak>No. Kenderaan

Hantar ke 15888

Contoh: JPJ Saman DEF5678

Saman JPJ boleh dibayar di tempat berikut:

  • Di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ.
  • Melalui perkhidmatan e-Services.

SOAL JAWAB SEMAKAN SAMAN & BAYAR SAMAN

Bagaimana kes kenderaan disita?

Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke Pejabat JPJ berkenaan (dimana kenderaan tersebut disita) untuk menuntut kenderaan dengan membawa bersama-sama dokumen berikut:

Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan salinan saman JPJ (P) 22 dengan jumlah bayaran.

Bagaimana dengan saman yang ada Notis PG1?

Bagi saman yang ada Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan bersama saman JPJ (P) 22 dan jumlah bayaran.

Kaedah bayaran saman?

  • Bayaran boleh dibuat secara tunai.
  • Bayaran boleh juga dibuat melalui Wang Pos/Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.
  • Bayaran saman boleh dibuat melalui perkhidmatan e-services.

DISKAUN BAYARAN SAMAN TERKINI
*Akan dikemaskini.

7 thoughts on “SEMAKAN & BAYAR SAMAN PDRM,JPJ & AES ONLINE”

  1. 32728 dan 15888 Makan duit aku dari 6rm hingga 3rm apa pun tak ada duit makan laporan apa pun tak ada….takkan sampai tahap tu nak duit yng 32728 potong 20sec yang 15888 potong 50sec..potong ada perkhimatan nya tiada…perkhimatan potong kredit sma jer

    Balas

Leave a Comment