HPIPT(PERMOHONAN HADIAH PENGAJIAN IPT SELANGOR RM1000)

HPIPT(PERMOHONAN HADIAH PENGAJIAN IPT SELANGOR RM1000)

HPIPT

Kepada Mahasiswa anak Negeri Selangor tahun pertama yang sedang melanjutkan pengajian di Insitut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada di Institut Pegajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pegajian Tinggi Swasta (IPTS) boleh memohon Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) Selangor Tahun 2024. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU HPIPT

Hadiah Pengajian Insitut Pengajian Tinggi (HPIPT) diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada mana-mana mahasiswa anak Negeri Selangor yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau B40. Ianya adalah untuk menggalakkan lebih ramai pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah atau B40 untuk melanjutkan pelajaran ke IPT sama ada IPTA atau IPTS. Selain ini ia juga bakal melahirkan lebih ramai pelajar yang berpendidikan tinggi yang terdiri daripada anak-anak Negeri Selangor pada masa akan datang.

 

TARIKH PERMOHONAN HPIPT TAHUN  

Permohonan HPIPT bagi tahun 2023 kini dibuka pada 15 Mac 2024 hingga 15 April 2024 secara atas talian

.

SEMAKAN KELAYAKAN Hadiah Pengajian Insitut Pengajian Tinggi TAHUN  

Berikut adalah syarat kelayakan bagi pelajar yang berminat untuk memohon HPIPT :

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin melebihi 11 tahun di Negeri Selangor.
    • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor;
    • Ibu atau bapa lahir dan menetap di Selangor
    • Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor;
    • Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
  2. Pemohon telah mendapat tawaran untuk memasuki semester pertama.
  3. Pemohon sudah ditawarkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda, Diploma, atau Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja.
  4. emohon telah mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
  5. Permohonan hanya untuk tahun pertama sahaja.
  6. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  7. Pendapatan isi rumah ibu,bapa atau penjaga berjumlah 5000 dan kebawah.
  8. Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai Permohonan Gagal.

 

CARA PERMOHONAN Hadiah Pengajian Insitut Pengajian Tinggi TAHUN  

Berikut adalah cara untuk memohon:

  1. Layari laman web Permohonan HPIPT
  2. Klik bahagian ‘Permohonan HIPT.’
  3. Klik butang ‘Daftar Baharu.’
  4. Isi semua maklumat yang diperlukan dan tandakan syarat-syarat kelayakan di kotak yang disediakan.
  5. Setelah selesai mengisi maklumat dan menanda kesemua syarat-syarat kelayakan serta bersetuju dengan syarat, terma, dan polisi sistem tersebut, klik butang ‘Daftar Akaun Baharu.’
  6. Kemudian, log in dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  7. Setelah berjaya log in, isi maklumat dengan lengkap.
  8. Klik butang ‘Hantar Kepada Urusetia.’
  9. Kemudian, klik bahagian ‘Cetak Permohonan’ untuk mencetak borang permohonan.
  10. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat:
    • Urus Setia Hadiah Pengajian IPT,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3,Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40503 Shah Alam, Selangor.

 

SEMAKAN DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang perlu dihantar bersama borang permohonan:

  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa pemohon.
  • Salinan Sijil Kematian (sekiranya telah meninggal dunia).
  • Salinan Surat Perakuan Cerai (sekiranya berkaitan).
  • Surat Akuan Sumpah (sekiranya berkaitan).
  • Surat Pengesahan Mastautin Pemohon daripada ADUN/Penghulu/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja).
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT.
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah 1-6 dan Menengah 1-5).
  • Salinan Penyata Pendapatan/Slip Gaji Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika masih bekerja).
  • Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri/tidak bekerja/bersara) dengan pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT.
  • Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan Bapa/Penjaga pemohon (jika pesara kerajaan).
  • Salinan Penyata Akaun Bank pemohon.

 

CARA PEMBAYARAN HPIPT TAHUN  

Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima bayaran hadiah sebanyak RM1000 akan dikreditkan ke dalam nombor akaun bank yang telah dinyatakan di dalam permohonan. Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja. Setiap permohonan hanya layak diberi sekali sepanjang pengajian, sama ada diperingkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja.

 

SEMAKAN STATUS HPIPT 

Pemohon dikehendaki menyemak status pembayaran 1 bulan daripada tarikh hantar borang permohonan kepada pihak Urus Setia HPIPT.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) HPIPT

Adakah layak memohon HPIPT jika ibu atau bapa yang bukan warganegara Malaysia?

  • Tidak layak. Syarat utama HPIPT mestilah warganegara Malaysia.

Adakah layak memohon HPIPT jika  ibu atau bapa yang bukan terdiri daripada rakyat Selangor?

  • Layak dengan syarat pemohon, ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun dan pemohon juga telah bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun.

Apa maksud pelajar tahun pertama ?

  • Pelajar tahun pertama bermaksud telah cukup tempoh satu tahun pengajian. Sebagai contoh, jika pemohon telah mendaftar diri pada sesi Oktober 2022, pemohon hanya layak membuat permohonan HPIPT sehingga Oktober 2023 sahaja dalam tempoh permohonan HPIPT dibuka.

Adakah pelajar yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 boleh memohon HPIPT?

  • Tidak. Pemohon yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 bagi peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (SPM) adalah tidak layak memohon.

Jika saya mendapat tawaran ke Institut Pendidikan Guru (IPG), adakah saya layak untuk memohon HPIPT?

  • Untuk pengetahuan, pemohon yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi kerajaan yang mendapat elaun bulanan seperti IPG dan Kolej Kejururawatan adalah tidak layak memohon.

Adakah pendapatan isi rumah berjumlah RM5,000 dan ke bawah itu di kira berdasarkan gaji pokok, gaji kasar atau gaji bersih?

  • Adakah pendapatan isi rumah berjumlah RM5,000 dan ke bawah itu di kira berdasarkan gaji pokok, gaji kasar atau gaji bersih.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda ingin maklumat lanjut dan pertayaan HPIPT , sila hubungi Urusetia HPIPT di talian 03-5544 7385/03-5521 2306

 

ARTIKEL BERKAITAN

Leave a Comment