STR TIADA REKOD? (Masukkan Nombor IC Tiada Maklumat)
Jika anda telah membuat semakan status kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan keputusan permohonan STR anda adalah tiada rekod walaupun anda sebenarnya pernah membuat permohonan BKM sebelum ini, semestinya anda ingin menegetahui apa yang harus dilakukan? Disini kami akan kongsikan kepada anda apa tindakan yang harus dilakukan, semoga membantu.
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 1
Bantuan Tunai Rakyat itu sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memberikan pada Januari tahun 2023 nanti.
Pemohon yang lulus permohonan akan mula dibayar secara berperingkat mulai 17 Januari 2023
SEMAKAN STATUS STR FASA 1
Kepada anda yang ingin mengetahui status kelayakan penerim STR Fasa 1, berikut adalah merupakan cara semakan atas talian:
- Layari pautan MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
- Sila masukkan No. MyKad dan klik butang Log Masuk.
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan tertera. Pemohon dikehendaki memasukkan kata laluan selepas mengesahkan frasa keselamatan.
- Setelah berjaya log masuk, sistem akan memaparkan Laman Menu Pengguna. Klik butang Semakan Pembayaran Fasa 1.
- Maklumat status permohon dan maklumat bayaran akan dipaparkan.
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Paparan maklumat Pembayaran Fasa
- Layak
- Tidak Layak
NOTA: Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.
.
MAKSUD TIADA REKOD STR FASA 1
Kepada anda yang bila membuat semakan status melalui portal MySTR melalui No Kad Pengenalan anda dan paparan menunjukkan Tiada Rekod, ini bermaksud sama ada:
- Permohonan BKM anda sebelum ini adalah berstatus TIDAK LULUS dan ini bermaksud anda bukan penerima BKM 2022.
- Status permohonan BKM anda adalah Tidak Layak iaitu tidak memenuhi syarat penerima BKM 2022
- Anda tidak pernah membuat permohonna BKM 2022.
NOTA: Data yang diambil bagi proses kelaykaan penerima STR Fasa 1 adalah menggunakan data BKM 2022sebelum ini.
TINDAKAN PERLU DIBUAT JIKA STR TIADA REKOD
Anda hanya perlu membuat permohonan baharu jika dibuka pada masa akan datang sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan penerima STR yang ditetapkan.
SOALAN LAZIM (FAQ) TIADA REKOD STR
Saya gagal/tidak lulus STR boleh ke buat rayuan?
- Ya boleh
Bilakah tarikh buka permohonan STR 2023 dibuka?
- Akan dikemaskini kemudian
Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan STR?
- Anda hanya perlu melengkapkan borang permohonan secara online
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini, anda boleh melayari portal rasminya di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
ARTIKEL LAIN
MySTR: STR Login Masuk bantuantunai.hasil.gov.my 2023
ketua isi rumah 2 anak 3 tahun 13 tahun tiada prkerjaan mcmna ..
Daftar Mybpr 2021
Bpn diluluskan 500
Kenapa bpr tidak diluluskan secara automatik..?
Account saya d sekat dan bila saya ikut semua langkah2 yang telah di pandukan tetapi email saya di katakan tidak di daftar dan buat kat frasa keselamatan katanya.so bagamana Caranya?adakah boleh kemaskini di permohonan baru dan buat email yang lain.sebelumney da memohon da dapat suda menerima bantuan fasa kedua.
020628100962
Assalamuaalikum
Saya waking ayah saya untuk buat rayuan Sumbangan Rahmah .
Adakah saya perlu buat surat rayuan .?
Saya sudah memohon secara manual di kaunter lembangan hasil Klang.Tapi tiada rekod sampai sekarang.Bagaimana?Can anyone help me in this matter?.Tq