PERMOHONAN PROGRAM RODA DARUL EHSAN RiDE (Inisiatif P-Hailing)

PERMOHONAN PROGRAM RODA DARUL EHSAN RiDE (Inisiatif P-Hailing) 

RODA DARUL EHSAN RiDE

Kepada warga remaja yang menetap atau bermastautin di Selangor yang belum mempunyai lesen motosikal, anda boleh membuat permohonan program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) untuk dapatkan subsidi.  Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU RiDE

Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) dilancarkan sejak tahun 2020 kini diteruskan lagi khusus kepada anak muda di Selangor. Inisiatif RiDE ini diperkenalkan bagi meringankan beban dan menggalakkan golongan belia yang terlibat secara sepenuh masa dengan industri penghantar makanan/barangan bermotor (P-Hailing) yang sah.

 

SYARAT KELAYAKAN RiDE

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1. Pemohon merupakan anak jati Negeri Selangor atau telah bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun.
  2. Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 40 tahun sahaja.
  3. Mempunyai lesen memandu B2 yang sah.
  4. Bekerja sepenuh masa sebagai Rider p-Hailing yang sah.
  5. Belum pernah menerima inisiatif RiDE pada tahun-tahun sebelumnya.

 

KADAR BANTUAN RiDE

Berikut adalah merupakan kadar bantuan yang akan diberikan kepada pemohonan yang layak iaitu:

  • Tunai: RM500
  • KWSP: RM50

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan untuk dimuatnaik semasa permohonan seperti berikut:

  1. Tangkapan skrin atau cetakan daftar pemilih.
  2. Salinan Kad Pengenalan (MyKad)
  3. Salinan Lesen Memandu B2
  4. Salinan Bil Utiliti (Bil AIr/Elektrik)
  5. Salinan ID Rider e-Hailing
  6. Salinan penyata bank yang mempunyai nama dan no. akaun pemohon

 

CARA PERMOHONAN RiDE

Kepada individu yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari laman web https://ride.msnselangor.gov.my/.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Pastikan semua maklumat diisi.
  5. Klik butang ‘Hantar Permohonan’ untuk menghantar permohonan tersebut.

 

PROSES PERMOHONAN RiDE

Berikut adalah merupakan proses permohonan RiDE untuk rujukan anda:

  • Borang permohonan yang telah lengkap akan diproses oleh pihak urusetia dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Setiap permohonan yang dihantar melalui proses semakan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  • Selepas proses permohonan diluluskan, pihak Urusetia akan menghubungi pemohon bagi memaklumkan status permohonan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE), sila merujuk kepada Majlis Sukan Negeri Selangor dengan cara berikut:

ARTIKEL LAIN

HPIPT 2023 (PERMOHONAN HADIAH PENGAJIAN IPT SELANGOR RM1000): Pinjaman Mudah SJKP

2 thoughts on “PERMOHONAN PROGRAM RODA DARUL EHSAN RiDE (Inisiatif P-Hailing)”

Leave a Comment