LANGKAH PERMOHONAN ONLINE CBRM TEKUN NASIONAL
APA ITU SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN SEKTOR MIKRO TEKUN NASIONAL
Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM) ialah skim pembiayaan mikro bagi usahawan yang terjejas kesan daripada wabak COVID-19 untuk memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada.
TERBARU ! Baca tentang SKIM PEMULIHAN PERNIAGAAN TEKUN (TBRS) : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN KELULUSAN (kemaskini 15/07/2020)
SEMAK SYARAT KELAYAKAN CBRM
Usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah :
1.Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
2.Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
3.Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
4.Mempunyai tempat perniagaan yang khusus
5.Mempunyai pendaftaran SSM atau Permit PBT (Lesen Penjaja)
6.Tidak disenarai hitam dengan institusi kewangan lain
7.Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan
8.Mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan sedia ada)
TEKUN juga menawarkan SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR
JUMLAH PEMBIAYAAN/PINJAMAN YANG CBRM
RM10,000
TEMPOH PEMBIAYAAN/PINJAMAN DAN KADAR KEUNTUNGAN/FAEDAH YANG DITAWARKAN CBRM
Sehingga tempoh maksima 3 tahun dan tempoh penangguhan 6 bulan.Kadar faedah adalah 0 %.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah :
1.Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
2.Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
3.Salinan Penyata Akaun Bank untuk 1 bulan terkini
4.Salinan salah satu Bil Utiliti terkini (elektrik /air / telefon)
LANGKAH PERMOHONAN ONLINE CBRM TEKUN NASIONAL
SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN SEKTOR MIKRO/ COVID BUSINESS RECOVERY-MICRO ( CBRM )
LANGKAH PERMOHONAN ONLINE CBRM
LANGKAH 1 :LAYARI PORTAL https://fas.tekun.gov.my/cbrm/
LANGKAH 2 :LOG MASUK AKAUN Masukkan alamat emel & kata laluan
LANGKAH 3 :VERIFIKASI AKAUN
Sebelum meneruskan permohonan,sila semak dan klik pautan verifikasi di dalam emel anda
LANGKAH 4: PILIH SKIM PERMOHONAN
Klik link SKIM COVID BUSINESS RECOVERY-MIKRO (CBRM)
LANGKAH 5 : PERMOHONAN BARU
Sila lengkapkan maklumat yang diminta
LANGKAH 6 :MAKLUMAT PERIBADI
Sila lengkapkan maklumat yang diminta
LANGKAH 7 : MAKLUMAT PERNIAGAAN
Pastikan maklumat yang diberikan adalah benar
LANGKAH 8 : MAKLUMAT PEMBIAYAAN
Sila lengkapkan maklumat bersama dokumen sokongan yang diperlukan ( Pastikan setiap fail tidak melebihi 2mb dan berformat PDF )
MUAT TURUN Borang Penzahiran Kebenaran Maklumat Individu (JPP/BORANG/17)
LANGKAH 9 : HANTAR PERMOHONAN
Sila pastikan maklumat yang disi adalah tepat dan muktamad. Maklumat tidak dapat ditukar selepas permohonan dihantar.
klik Selesai sebagai langkah terakhir permohonan
PERMOHONAN ANDA TELAH BERJAYA DI HANTAR
BACA : INISIATIF TEKUN EKORAN PENULARAN COVID-19
MAKULMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertayaan tentang permohonan pinjaman atau pembiayaan Tekun COVID ini, sila hubungi rujuk berikut:
Nombor telefon 03-9059 888
Waktu operasi
Isnin – Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang
Anda juga boleh layari www.tekun.gov.my untuk maklumat lanjut.
Tags: #CBRM #LANGKAH PERMOHONAN ONLINE CBRM TEKUN NASIONAL #MUAT TURUN Borang Penzahiran Kebenaran Maklumat Individu (JPP/BORANG/17) #SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN SEKTOR MIKRO TEKUN NASIONAL
Dayang relawati bt abang abdul salim3 tahun ago
Permohonan online cbrm tekun nasional
Salinah bt Mokhtar3 tahun ago
hendak overlep pinjaman tekun
Muhamad hanizan bin muhamad2 tahun ago
Memohon pinjaman perniagaan saya kebelakangan ini perniagaan saya teruk sekali.hampir nak habis wang akaun saya semenjak PKP di laksanakan..saya terpaksa tidak sekolahkn anak saya kerana kekurangan wang.setiap hari saya stres memikirkn masa depan anak n diri saya…saya memohon pada pihak yang mahu membantu saya,dapat memulihkan kembali perniagaan saya..saya buntu kerana kekurangan wang. Saya tidak dapat bergerak jauh.terpaksa duduk di rumah,makan maggi setiap hari.rumah sewa yang saya tinggal sekarang dah 5 bulan tak bayar.tempoh hampir tamat sekiranya saya tidak menjelaskan bayaran sewa rumah…
muhammad fakhzan2 tahun ago
bantu sy cara memohon.
CHEAH TJENG HUAT1 tahun ago
Saya sebagai B40 Dan salon owner,terjejas teruk akibat COVID19.Saya harap dapat bantuan dengan memohoni CBRM.Terimakasih.