LESEN MEMANDU 2021:HARGA,CARA MENGAMBIL LESEN & PERATURAN BAHARU SEKOLAH MEMANDU

LESEN MEMANDU  2021: HARGA, CARA MENGAMBIL LESEN & PERATURAN BAHARU SEKOLAH MEMANDU

LESEN MEMANDU 2021

 

Untuk makluman, terdapat beberapa peraturan baharu lesen memandu yang diperkenalkan.

Antaranya setiap institut memandu wajib menyenaraikan harga lesen memandu terkini bagi tahun 2021 — termasuk kereta dan motosikal.

Selain itu, ujian tanpa penguji akan mula dilaksanakan sebelum hujung tahun ini.

Institut memandu juga diarah memasang kamera di dashboard kereta bagi mengelakkan kejadian penguji sengaja gagalkan pelajar.

Selepas ini juga, semua ujian dibuat secara berkomputer dan dipantau melalui video di bilik kawalan.

Baca tentang SEMAKAN & BAYAR SAMAN PDRM,JPJ & AES ONLINE

HARGA LESEN MEMANDU 2021

Berikut adalah senarai harga lesen memandu mengikut kategori:

Motosikal (B2) – RM350

Kereta Manual (D) – RM1,150

Kereta Automatik (DA) – RM1,250

Anda boleh buat pengesahan harga di institut memandu berhampiran (klik link di bawah untuk lihat senarai penuh institut memandu mengikut negeri).

  • Kuala Lumpur
  • Johor
  • Pahang
  • Selangor
  • Pulau Pinang
  • Kedah
  • Perlis
  • Perak
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Terengganu
  • Kelantan
  • Sabah
  • Sarawak

Nak tahu harga lesen memandu terkini mengikut negeri,  rujuk HARGA LESEN MEMANDU 2021

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk portal rasmi JPJ di www.jpj.gov.my

CARA MENGAMBIL LESEN MEMANDU

Berikut dikongsikan cara-cara mengambil lesen memandu 2020.

Adik-adik lepasan PT3 yang genap umur 16 tahun sudah layak untuk mengambil lesen memandu motosikal B2 dan superbike BFull 500cc.

Lesen memandu kereta hanya boleh diambil bila anda genap berumur 17 tahun.

Sekiranya berminat untuk mengambil lesen E (bas / lori) sila tunggu umur anda genap 21 tahun dahulu.

PROSES MENGAMBIL LESEN MEMANDU KALI PERTAMA

Di bawah adalah langkah-langkah untuk mengambil lesen memandu kali pertama:

Pendaftaran – Daftar di Kaunter Pendaftaran Akademi Memandu berhampiran.Pengawai pemasaran akan hubungi anda. Diwajibkan membuat pembayaran pertama untuk ke Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).

Kursus KPP – Kursus KPP di akademi memandu diadakan selama 6 jam. Calon digalakkan berpakaian kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.

Ujian Komputer – Setelah menghadiri kursus KPP calon perlu menduduki ujian teori undang-undang komputer selama 45 minit pada setiap hari kecuali hari ujian praktikal JPJ. Markah lulus 42/50 dan akan diberikan ganjaran RM50 untuk markah penuh 50/50.  Jika gagal dalam ujian komputer ini, calon diberi 3 kali percubaan secara percuma dengan pakej sampai lulus.

Lesen L – Calon akan perolehi lesen L (Learner Driving License) dalam tempoh seminggu.

KPP 02 – Calon diwajibkan membuat bayaran kedua untuk menjalani latihan memandu KPP 02 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) selama 16 jam. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk belajar di dalam litar. Untuk motorsikal, calon akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, dan brek kecemasan. Untuk lesen kereta pula, calon akan diajar menaiki bukit, side parking, dan 3 penjuru.

KPP 03 – Setelah membuat latihan memandu di dalam kawasan litar, calon perlu menjalani latihan KPP 03 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) pula iaitu latihan di jalanraya. Calon diwajibkan membuat bayaran ketiga. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk sesi latihan di jalanraya. Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02

Ujian QTI – Calon perlu menduduki Pra-Ujian (Pre-Test) sebelum bersedia untuk ke Ujian Praktikal JPJ. Ujian ini dijalankan sendiri oleh jurulatih yang bertauliah di institut memandu. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal.

Ujian Praktikal JPJ – Setelah itu, calon perlu menduduki Ujian Praktikal JPJ. Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ boleh mendapatkan lesen memandu P. Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu calon akan mendapat lesen P tersebut. Bagi yang gagal ujian JPJ, calon diberi Percuma Ulangan Ujian JPJ Tanpa Had dan 2x Ulangan Latihan Praktikal.

 

Tags: #CARA MENGAMBIL LESEN MEMANDU #HARGA LESEN MEMANDU 2020 #HARGA LESEN MEMANDU 2021 #Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) #Lesen L #LESEN MEMANDU 2021 #PROSES MENGAMBIL LESEN MEMANDU KALI PERTAMA #Ujian QTI

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500
    BANTUAN ZAKAT KECEMASAN MAIWP 3.0:CARA PERMOHONAN BANTUAN RM500 APA ITU BANTUAN ZAKAT KECEMASAN
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN
    SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0:CARA MOHON ONLINE & BORANG PERMOHONAN Sebelum ini terdapat
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)
    CARA TERMINATE ASB LOAN(MAYBANK,CIMB,RHB)     Jika anda ingin membuat penstrukturan semula kewangan
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021
    DAFTAR, PERMOHONAN & SEMAKAN KEPUTUSAN RMMT 2021   Kerajaan negeri Terengganu telah mengumumkan
    1. author

      Mohd hafiezie bin ahmad1 year ago

      Sy hafiezie ahmad umur dah 35 tahun, sy menetap di seksyen 8 kota Damansara, sy berminat nak buat lesen memandu ni tapi saman sy ada belum di je la kan lagi, layak kah sy memohan..

      Reply
    2. author

      summer1 year ago

      where do I get the driving instructor at for auto at RM1250?

      Reply
    3. author

      Nur Syamiq Bon Shahar11 months ago

      Saya tinggal.di Kota Damansara, ingin mengambil lesen memandu lereta Auto. Belum ada L. Dimanakah boleh sy berhubung dgn sekolah memandu yg terdekat dan berapa bayaran yg sewajarnya untuk menghadhiri sekolah mandu hingga berjaya mendapat lesen.

      Reply

    Leave a reply "LESEN MEMANDU 2021:HARGA,CARA MENGAMBIL LESEN & PERATURAN BAHARU SEKOLAH MEMANDU"