LESEN MEMANDU (Semak Harga Cara Ambil Lesen & Peraturan Baru Sekolah Memandu)
Untuk makluman, terdapat beberapa peraturan baharu lesen memandu yang diperkenalkan. Antaranya setiap institut memandu wajib menyenaraikan harga lesen memandu terkini bagi tahun 2022 — termasuk kereta dan motosikal. Selain itu, ujian tanpa penguji akan mula dilaksanakan sebelum hujung tahun ini. Institut memandu juga diarah memasang kamera di dashboard kereta bagi mengelakkan kejadian penguji sengaja gagalkan pelajar. Selepas ini juga, semua ujian dibuat secara berkomputer dan dipantau melalui video di bilik kawalan.
HARGA LESEN MEMANDU 2023
Berikut adalah senarai harga lesen memandu mengikut kategori:
- Lesen Motosikal B2 (tidak lebih 250 cc) – RM350 hingga RM450
- Lesen Motorsikal B FULL (lebih 500 cc) – RM900 hingga RM1100
- Lesen Kereta Manual D – RM1150 hingga RM1300
- Lesen Kereta Automatik DA – RM1250 hingga RM1500
NOTA: Sesetengah pusat latihan mungkin sedikit mahal kerana turut mengenakan caj-caj tambahan seperti sewa kenderaan, kos pengangkutan (sekiranya diperlukan oleh pelajar) dan sebagainya namun harga yang dikenakan perlulah munasabah.
Anda boleh buat pengesahan harga di institut memandu berhampiran (klik link di bawah untuk lihat senarai penuh institut memandu mengikut negeri).
- Kuala Lumpur
- Johor
- Pahang
- Selangor
- Pulau Pinang
- Kedah
- Perlis
- Perak
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Terengganu
- Kelantan
- Sabah
- Sarawak
Nak tahu harga lesen memandu terkini mengikut negeri, rujuk HARGA LESEN MEMANDU 2023
Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk portal rasmi JPJ di www.jpj.gov.my
CARA MENGAMBIL LESEN MEMANDU
Berikut dikongsikan cara-cara mengambil lesen memandu 2023 :
- Adik-adik lepasan PT3 yang genap umur 16 tahun sudah layak untuk mengambil lesen memandu motosikal B2 dan superbike BFull 500cc.
- Lesen memandu kereta hanya boleh diambil bila anda genap berumur 17 tahun.
- Sekiranya berminat untuk mengambil lesen E (bas / lori) sila tunggu umur anda genap 21 tahun dahulu.
PROSES MENGAMBIL LESEN MEMANDU KALI PERTAMA
Di bawah adalah langkah-langkah untuk mengambil lesenmemandu kali pertama:
Pendaftaran – Daftar di Kaunter Pendaftaran Akademi Memandu berhampiran.Pengawai pemasaran akan hubungi anda. Diwajibkan membuat pembayaran pertama untuk ke Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).
Kursus KPP – Kursus KPP di akademi memandu diadakan selama 6 jam. Calon digalakkan berpakaian kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.
Ujian Komputer – Setelah menghadiri kursus KPP calon perlu menduduki ujian teori undang-undang komputer selama 45 minit pada setiap hari kecuali hari ujian praktikal JPJ. Markah lulus 42/50 dan akan diberikan ganjaran RM50 untuk markah penuh 50/50. Jika gagal dalam ujian komputer ini, calon diberi 3 kali percubaan secara percuma dengan pakej sampai lulus.
Lesen L – Calon akan perolehi lesen L (Learner Driving License) dalam tempoh seminggu.
KPP 02 – Calon diwajibkan membuat bayaran kedua untuk menjalani latihan memandu KPP 02 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) selama 16 jam. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk belajar di dalam litar. Untuk motorsikal, calon akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, dan brek kecemasan. Untuk lesen kereta pula, calon akan diajar menaiki bukit, side parking, dan 3 penjuru.
KPP 03 – Setelah membuat latihan memandu di dalam kawasan litar, calon perlu menjalani latihan KPP 03 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) pula iaitu latihan di jalanraya. Calon diwajibkan membuat bayaran ketiga. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk sesi latihan di jalanraya. Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02
Ujian QTI – Calon perlu menduduki Pra-Ujian (Pre-Test) sebelum bersedia untuk ke Ujian Praktikal JPJ. Ujian ini dijalankan sendiri oleh jurulatih yang bertauliah di institut memandu. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal.
Ujian Praktikal JPJ – Setelah itu, calon perlu menduduki Ujian Praktikal JPJ. Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ boleh mendapatkan lesenmemandu P. Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu calon akan mendapat lesen P tersebut. Bagi yang gagal ujian JPJ, calon diberi Percuma Ulangan Ujian JPJ Tanpa Had dan 2x Ulangan Latihan Praktikal.
Sy hafiezie ahmad umur dah 35 tahun, sy menetap di seksyen 8 kota Damansara, sy berminat nak buat lesen memandu ni tapi saman sy ada belum di je la kan lagi, layak kah sy memohan..
where do I get the driving instructor at for auto at RM1250?
Saya tinggal.di Kota Damansara, ingin mengambil lesen memandu lereta Auto. Belum ada L. Dimanakah boleh sy berhubung dgn sekolah memandu yg terdekat dan berapa bayaran yg sewajarnya untuk menghadhiri sekolah mandu hingga berjaya mendapat lesen.
Lesen kereta d
saya tinggal di ampang nak bertanya pasal lesen . saya ambik lesen p kenderaan tapi ada masalah sikit, ia sy belajar kat litar dari frst sampai sekarang kat litar sahaja.. alasan tak berani naka bawa sy kat jalan raya,.. saya dah bayar habis.. boleh ker sy tukar sekolah lain untuk habis lesen sy nie
Saya nak ambil lesen DA .
LESEN TELAH DISENARAI HITAM JPJ.SEBAB GAGAL MEMBAYAR SAMAN.JIKA SAYA JELASKAN SAMAN , ADAKAH SAYA PERLU MENGAMBIL SEMULA LESEN BARU.? TEMPOH SENARAI HITAM SUDAH MENJANGKAU 13 TAHUN.