HARGA LESEN MEMANDU KERETA & MOTOSIKAL TERKINI 2023
Anda ingin mengambil lesen memandu pada tahun 2023? Nak cari info berkaitan harga lesen memandu kereta & motisikal yang terkini.Berikut dikongsikan maklumat berkaitan lesen memandu untuk anda.
HARGA LESEN MEMANDU
Penentuan bagi pakej harga dan kos ambil lesen memandu kereta atau motor termasuk kereta auto sama ada anda di semua negeri adalah berdasarkan yuran lesen belajar memandu yang ditetapkan kerajaan Malaysia
Kerajaan Malaysia telah membantu menetapkan julat harga bagi mendapatkan lesen memandu.
- Lesen Motosikal B2 (tidak lebih 250 cc) – RM350 hingga RM450
- Lesen Motorsikal B FULL (lebih 500 cc) – RM900 hingga RM1100
- Lesen Kereta Manual D – RM1150 hingga RM1300
- Lesen Kereta Automatik DA – RM1250 hingga RM1500
CHECK HARGA LESEN MEMANDU TERKINI
Berikut adalah cara check hargalesen memandu:
- Sila check kadar harga yang anda pilih dan ambil tidak melebihi julat harga maksimum yang. Jika harga yang ditawarkan terlalu mahal, anda boleh pilih institut memandu di Malaysia yang lain.
- Untuk lebih jimat, boleh pilih pakej untuk motor dan kereta sekaligus di institut latihan memandu
- Sesi ujian pada sebelah petang mempunyai kebarangkalian yang lulus Ujian Praktikal JPJ sangat tinggi. Hal ini kerana pada ketika itu anggota jabatan pengangkutan jalan jpj sudah mula keletihan
SISTEM UJIAN PRAKTIKAL LESEN MEMANDU
- Kehadiran pegawai JPJ mungkin tidak lagi diperlukan dalam kenderaan sebaliknya sebuah kamera akan dipasang dalam kenderaan dan calon boleh dipantau melalui video secara langsung.
- Kaedah ini boleh menjamin ketelusan dan mengelakkan pegawai JPJ yang mungkin mengambil kesempatan terhadap calon atau pun mengelakkan calon cuba untuk merasuah pegawai JPJ.
- Penggunaan kamera ini juga membolehkan lebih ramai calon mengambil ujian pada satu-satu masa kerana pihak JPJ tidak perlu memperuntukkan sejumlah anggota yang ramai untuk menguji calon ketika ujian praktikal.
HARGA LESEN INSTITUT MEMANDU SHAH ALAM SELANGOR
Rujuk DISINI
HARGA LESEN HARMONY DRIVING ACADEMY(PETALING JAYA & SUBANG,SELANGOR)
Rujuk DISINI
HARGA LESEN AZHAN LP ENTERPRISE BATU CAVE(GOMBAK,SELANGOR)
Rujuk DISINI
HARGA LESEN INSTITUT MEMANDU KECEMERLANGAN LATIHAN(IMKL) KUALA LUMPUR
Rujuk DISINI
HARGA LESEN PUSAT LATIHAN MEMANDU INTENSIF KG MELAYU JOHOR BAHRU
Rujuk DISINI
HARGA LESEN PUSAT MEMANDU ZAPCITY SDH BHD,ALOR GAJAH
Rujuk DISINI
HARGA LESEN PUSAT LATIHAN MEMANDU REMBAU,NEGERI SEMBILAN
Rujuk DISINI
HARGA LESEN AKADEMI MEMANDU BERA,PAHANG
Rujuk DISINI
SENARAI PERATURAN BARU LESEN MEMANDU
- Setiap sekolah memandu wajib paparkan kadar bayaran harga baru lesen motor dan kereta untuk tahun 2022 samada belajar memandu di semua negeri di Malaysia
- Setiap kenderaan akan dipasang kamera, bagi mengelakkan penguji ambil kesempatan termasuk mengagalkan ujian tanpa sebab yang munasabah
- Selepas ini, tiada lagi ujian praktikal bersama kakitangan JPJ. Ini kerana ujian tanpa penguji akan dilaksanakan tidak lama lagi
- Ujian komputer juga selepas ini akan dipantau sepenuhnya sistem video di dalam bilik ujian
CARA DAFTAR LESEN MEMANDU KALI PERTAMA
Berikut adalah cara daftar lesen kali pertama:
PENDAFTARAN LESEN MEMANDU
Pendaftaran – Daftar di Kaunter Pendaftaran Akademi Memandu berhampiran.Pengawai pemasaran akan hubungi anda. Diwajibkan membuat pembayaran pertama untuk ke Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).
KURSUS KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU(KPP)
Kursus KPP – Kursus KPP di akademi memandu diadakan selama 6 jam. Calon digalakkan berpakaian kemas dan sopan yang diluluskan oleh JPJ.
UJIAN KOMPUTER LESEN MEMANDU
Ujian Komputer – Setelah menghadiri kursus KPP calon perlu menduduki ujian teori undang-undang komputer selama 45 minit pada setiap hari kecuali hari ujian praktikal JPJ. Markah lulus 42/50 dan akan diberikan ganjaran RM50 untuk markah penuh 50/50. Jika gagal dalam ujian komputer ini, calon diberi 3 kali percubaan secara percuma dengan pakej sampai lulus.
LESEN L
Lesen L – Calon akan perolehi lesen L (Learner Driving License) dalam tempoh seminggu.
KPP 02 – Calon diwajibkan membuat bayaran kedua untuk menjalani latihan memandu KPP 02 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) selama 16 jam. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk belajar di dalam litar. Untuk motorsikal, calon akan belajar membuat pusingan 8, titi, halangan kon, dan brek kecemasan. Untuk lesen kereta pula, calon akan diajar menaiki bukit, side parking, dan 3 penjuru.
KPP 03 – Setelah membuat latihan memandu di dalam kawasan litar, calon perlu menjalani latihan KPP 03 (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) pula iaitu latihan di jalanraya. Calon diwajibkan membuat bayaran ketiga. Masa yang diberi adalah 8 jam untuk sesi latihan di jalanraya. Borang belajar memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani latihan KPP 02
UJIAN QTI LESEN MEMANDU
Ujian QTI – Calon perlu menduduki Pra-Ujian (Pre-Test) sebelum bersedia untuk ke Ujian Praktikal JPJ. Ujian ini dijalankan sendiri oleh jurulatih yang bertauliah di institut memandu. Calon yang telah lulus ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal.
UJIAN PRAKTIKAL JPJ
Ujian Praktikal JPJ – Setelah itu, calon perlu menduduki Ujian Praktikal JPJ. Calon yang lulus Ujian Praktikal JPJ boleh mendapatkan lesen memandu P. Dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu calon akan mendapat lesen P tersebut. Bagi yang gagal ujian JPJ, calon diberi Percuma Ulangan Ujian JPJ Tanpa Had dan 2x Ulangan Latihan Praktikal.
SOALAN LAZIM
Umur berapa boleh ambil lesen motor?
- Jikalau anda berumur 16 tahun dan ke atas, anda layak untuk mengambil kategori motor samada B full ataupun untuk lesen B2.
Umur berapa boleh ambil lesen kereta?
- Manakala apabila anda melepasi umur 17 tahun pula ketika anda habis SPM, anda layak untuk daftar lesen kereta pula.
Boleh ker bayaran secara ansuran lesen memandu?
- Bergantung kepada institut memandu yang anda pilih.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Anda boleh rujuk senarai institusi memandu di Malaysia mengikut negeri:
- Kedah
- Perlis
- Pulau Pinang
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Selangor
- Perak
- Kelantan
- Terengganu
- Pahang
- Johor
- Sabah
- Sarawak
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
1 thought on “HARGA LESEN MEMANDU KERETA & MOTOSIKAL TERKINI 2023”