LPPSA MyFinancing : DAFTAR, SEMAKAN STATUS PERMOHONAN & BAKI PEMBIAYAAN

LPPSA MyFinancing : DAFTAR, SEMAKAN STATUS PERMOHONAN & BAKI PEMBIAYAAN

LPPSA MyFinancing

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) kini boleh diakses melalui aplikasi mudah alih MyFinancing.

Penjawat Awam boleh muat turun aplikasi mudah alih ini melalui Google Play dan App Store.

CARA MUAT TURUN/ INSTALLASI  APLIKASI LPPSA MyFinancing

Cara Installasi Aplikasi Mudah Alih My Financing (Untuk Pengguna Android)

  1. Buka aplikasi Play Store (Android).
  2. Buat Carian “lppsa myfinancing” pada kotak carian.
  3. Pilih LPPSA MyFinancing.
  4. Tekan Butang “Install”.

Aplikasi Mudah Alih  MyFinancing hanya menyokong versi Android 7 (Nougat) sehingga yang terkini sahaja.

  1. Ikon MyFinancing akan terpapar di skrin hadapan pengguna bagi capaian ke aplikasi mudah alih  MyFinancing.
  2. Klik ikon MyFinancing untuk membuka aplikasi mudah alih LPPSA MyFinancing.
  3. Paparan Log Masuk akan dipaparkan.
  4. Pengguna boleh memilih untuk:
  5. Log Masuk.
  6. Daftar Pengguna (Bagi Pengguna Kali Pertama).

iii. Lupa Kata Laluan.

  1. Kalkulator.

CARA DAFTAR APLIKASI LPPSA MyFinancing

Paparan Log Masuk Pengguna baru pertama kali menggunakan Aplikasi Mudah Alih perlu untuk mendaftar pengguna terlebih dahulu.

  1. Tekan pada menu “Daftar Pengguna” atau Tekan perkataan “Daftar di sini”.

Bagi pengguna yang telah mendaftar pada Aplikasi Mudah Alih boleh terus log masuk.

  1. Masukkan ID Pengguna iaitu No Kad Pengenalan Pengguna.
  2. Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan pada pendaftaran pengguna Aplikasi Mudahalih.
  3. Tekan butang “LOG MASUK”

Paparan Daftar Pengguna Mesej Makluman dan Penafian akan dipaparkan dan pengguna disarankan untuk membaca Terma dan Syarat sebelum mendaftar.

Pengguna boleh memilih untuk Bersetuju atau Tidak Setuju dengan Terma dan Syarat yang telah ditetapkan dengan:

  1. Tekan “Setuju” untuk setuju dan meneruskan proses pendaftaran pengguna; atau
  2. Tekan “Tidak Setuju” untuk kembali ke Paparan Log Masuk.

Paparan Terma dan Syarat

Pengguna disarankan untuk membaca Terma dan Syarat dan seterusnya pengguna boleh memilih untuk Bersetuju atau Tidak Setuju dengan Terma dan Syarat yang telah ditetapkan dengan:

  1. Tekan butang “Setuju” untuk setuju dan meneruskan proses pendaftaran pengguna; atau
  2. Tekan butang “Tidak Setuju” untuk kembali ke Paparan Log Masuk.

Paparan Daftar Pengguna

Pendaftaran pengguna hanya boleh dilakukan oleh pengguna yang telah mendaftar pada Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA.

Jika pengguna belum mendaftar:

  1. Tekan “Klik di sini jika anda belum mendaftar” bagi mendaftar pengguna pada Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA.

Jika pengguna telah mendaftar, pengguna perlu untuk memasukkan maklumat di bawah seperti yang telah didaftarkan pada Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA:

  1. Masukkan ID Pengguna iaitu No Kad Pengenalan Pengguna.
  2. Masukkan Kata Laluan.
  3. Masukkan No Telefon Bimbit.
  4. Masukkan Emel Peribadi.
  5. Tekan butang “DAFTAR

Ini pula CARA BUAT SEMAKAN CCRIS ONLINE

Dengan menggunakan APLIKASI LPPSA MyFinancing, anda boleh melihat :

  • Maklumat Permohonan
  • Maklumat Pembiayaan
  • Maklumat Ansuran Bulanan/ Tunggakan
  • Lain-lain berkaitan LPPSA

Tags: #CARA DAFTAR APLIKASI LPPSA MyFinancing #CARA MUAT TURUN/ INSTALLASI  APLIKASI LPPSA MyFinancing #LPPSA MyFinancing

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    KEMPEN E-DAGANG PENJANA : CARA DAFTAR & SENARAI MANFAAT UNTUK USAHAWAN PKS
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinKEMPEN E-DAGANG PENJANA : CARA DAFTAR & SENARAI MANFAAT UNTUK USAHAWAN PKS
    BANCI 2020/eCENSUS : CARA DAFTAR,LOG MASUK & JAWAB SOALAN SELIDIK ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinBANCI 2020/eCENSUS : CARA DAFTAR,LOG MASUK & JAWAB SOALAN SELIDIK ONLINE APA
    SKIM PEMBIAYAAN MUDAH JAYA SPiM PENJANA : CARA PERMOHONAN ONLINE
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinSKIM PEMBIAYAAN MUDAH JAYA SPiM PENJANA : CARA PERMOHONAN ONLINE APA ITU
    TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK 2020 : CARA & BORANG PERMOHONAN
    Share this...FacebookTwitterPinterestLinkedinTABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK 2020 : CARA & BORANG PERMOHONAN APA

    Leave a reply "LPPSA MyFinancing : DAFTAR, SEMAKAN STATUS PERMOHONAN & BAKI PEMBIAYAAN"