REGISTER ONLINE CUEPACSCARE CUEPACSPA:CARA DAFTAR PROGRAM TAKAFUL PENJAWAT AWAM

REGISTER ONLINE CUEPACSCARE CUEPACSPA:CARA DAFTAR PROGRAM TAKAFUL PENJAWAT AWAM

REGISTER ONLINE CUEPACSCARE CUEPACSPA

Kepada yang berminat untuk register online Cuepacscare Cuepacspa,boleh rujuk artikel ini.

Pusat Khidmat Pemasaran MyCuepacsCare (MyCuepacsCare) melancarkan sistem permohonan secara online Program Takaful Penjawat Awam CuepacsCare dan CuepacsPA bagi memudahkan kakitangan kerajaan menyertai program perlindungan takaful tersebut.

Sistem ini boleh diakses melalui www.cuepacscare.my itu memudahkan penjawat awam memohon borang lengkap bagi menyertai kedua-dua program takaful tersebut.

 

APA ITU CUEPACSCARE?

Ianya merupakan pelan takaful / insurans untuk penjawat awam serendah RM32 sebulan untuk satu keluarga.

 

KELEBIHAN CUEPACSCARE

Antara keistimewaan CUEPACSCARE termasuklah:

 

PELAN PERLINDUNGAN CUEPACSCARE

Terdapat dua jenis pelan perlindungan di bawah CUEPACSCARE:

Pelan Individu – Pelan Individu memberi perlindungan kepada ahli daripada umur 18 tahun sehingga 60 tahun dan pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun.

Pelan Keluarga – Pelan Keluarga memberi perlindungan kepada ahli, pasangan dan semua anak (bilangan anak TIADA HAD). Had umur anak dari 30 hari sehingga 18 tahun dan perlindungan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun jika belum berkahwin dan masih belajar sepenuh masa.

bila duit BPR FASA 2 masuk?

 

SENARAI  RAWATAN YANG DILINDUNGI CUEPACSCARE

Antara rawatan yang dilundingi di bawah pelan insurans ini termasuklah:

  • Kemalangan
  • Pembedahan
  • Rawatan dialisis buah pinggang
  • Rawatan kanser
  • Penyakit

Had perlindungan pelan keluarga ialah RM80,000 setahun manakala pelan individu RM60,000 setahun.

Cuepacscare melindungi kos rawatan untuk tempoh 30 hari pra dan pasca penghospitalan.

Berikut adalah maklumat sebelum anda mendaftar:

  • Cuepacscare terbuka kepada semua penjawat awam berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun.
  • Anak pemohon akan dilindungi seawal umur 30 hari hingga 18 tahun dan perlindungan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun jika belum berkahwin dan masih belajar sepenuh masa di Malaysia.
  • Kadar bayaran bulanan berbeza mengikut pelan.
  • Bagi pemohon berumur 18 – 55 tahun (pelan keluarga) kadar sumbangan bulanan adalah sebanyak RM106. Manakala RM40 untuk pelan individu.
  • Bagi yang berumur 56 – 59 tahun pula, kadar sumbangan untuk pelan keluarga adalah RM174 sebulan dan RM69 untuk pelan individu.

 

CARA PERMOHONAN CUEPACSCARE CUEPACSPA ONLINE

  1. Sila layari laman web www.cuepacscare.my/registration.
  2. Buat permohonan online
  3. Setelah selesai memohon secara online, MyCuepacsCare akan menghantar borang lengkap kepada penjawat awam melalui perkhidmatan pos untuk diisi

 

CARA DAFTAR CUEPACSCARE CUEPACSPA  MANUAL

Untuk mendaftar,sila ikut step dibawah:

  1. Muat turun BORANG PERMOHONAN CUEPACSCARE, isikan dengan lengkap dan ditandatangani. http://cuepacscare.my/wp-content/uploads/2018/muatturun/borang/Borang%20Permohonan%20CuepacsCare.pdf
  2. Sertakan BORANG BIRO ANGKASA BPA 1/79 (**Borang Asal Sahaja) beserta pengesahan majikan.
  3. Sertakan salinan kad pengenalan pemohon.
  4. Sertakan salinan slip gaji terkini.
  5. Kemudian sila poskan kesemua dokumen tersebut ke alamat:

MEDICARE ASSISTANCE Sdn Bhd,A-1-8 Pusat Perdagangan Intania,Jalan Intan 1 KS/1, Persiaran Raja Muda Musa,41200 Klang Selangor

Tel: 03-33714248

Faks: 03-33714258

 

APA ITU CUEPACSPA?

Program Takaful Kemalangan Diri CUEPACSPA menyediakan skop perlindungan yang komprehensif seperti berikut:

MANFAAT 1

KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN SEBAGAI PENUMPANG DI DALAM PENGANGKUTAN AWAM BERLESEN

Kematian Akibat kemalangan akan dilindungi apabila peserta CuepacsPA terlibat sebagai penumpang di dalam Pengangkutan Awam Berlesen

MANFAAT 2

KEMATIAN AKIBAT PENGANGKUTAN SENDIRI

Kematian Akibat Kemalangan Di Jalan raya Dengan Pengangkutan Sendiri

MANFAAT 3

KEMATIAN AKIBAT LAIN-LAIN KEMALANGAN

  • Pembunuhan atau serangan
  • Mogok, rusuhan,kekacauan awam atau perampasan
  • Keracunan makanan secara kemalanagn
  • Lemas secara kemalangan
  • Panahan petir
  • Pendedahan dan kehilangan

MANFAAT 4

KELUMPUHAN MENYELURUH ATAU KETIDAKWARASAN AKIBAT KEMALANGAN

Perlindungan CuepacsPA bagi kelumpuhan menyeluruh dari leher kebawah atau ketidakwarasan menyeluruh dan tidak dapat diubati akibat kemalangan

MANFAAT 5

HILANG UPAYA KEKAL AKIBAT KEMALANGAN

CuepacsPA melindungi hilang upaya kekal ( sila rujuk skala manfaat ) atau kehilangan anggota badan akibat kemalangan yang menghalang sama sekali peserta daripada menjalankan perniagaan atau sebarang pekerjaan dalam tempoh sekurang-kurangnya selama 12 bulan dari tarikh kecederaan anggota badan dan tiada harapan untuk sembuh

MANFAAT 6

PERBELANJAAN PERUBATAN AKIBAT KEMALANGAN

Pembayaran balik bagi semua perbelanjaan perubatan akibat

kemalangan ditanggung oleh CuepacsPA semasa dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta

MANFAAT 7

ELAUN TUNAI HARIAN DI HOSPITAL KERAJAAN

Elaun tunai harian di Hospital Kerajaan sebanyak RM100 sehari diberi semasa penghospitalan akibat kemalangan kepada peserta CuepacsPA

MANFAAT 8

ELAUN PERJALANAN MINGGUAN

Elaun perjalanan mingguan diberi kepada ahli keluarga terdekat untuk melawat peserta semasa di hospital akibat kemalangan

MANFAAT 9

KHAIRAT KEMATIAN

Manfaat tambahan untuk digunakan sebagai belanja pengebumian, penguburan atau pembakaran jenazah (bagi bukan islam) dan upah haji (bagi beragama islam)

Berikut Merupakan Senarai Pengecualian Program Perlindungan Kemalangan Diri CuepacsPA:

  1. Perang atau keadaan seumpama perang.
  2. Penyertaan secara langsung atau aktif dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam.
  3. Ketidaksiuman, bunuh diri (siuman atau tidak siuman) atau apa-apa cubaan membunuh diri.
  4. Terbang sebagai salah seorang anak kapal.
  5. Kehamilan,kelahiran anak atau keguguran.
  6. Tentera, Polis atau sebarang tugas sebagai anggota berpakaian seragam bersenjata sewaktu bertugas.
  7. Menyelam skuba,akualung, memanjat/mendaki gunung, luncur tangan, sukan musim sejuk, sukan profesional atau perlumbaan selain perlumbaan jalan kaki.
  8. Dipengaruhi (sementara atau sebaliknya) oleh alkohol atau dadah.
  9. Sebarang tindakan jenayah.
  10. Apa-apa jenis hernia dan penyakit sedia ada sebelum sijil ini.
  11. FASAL PENGECUALIAN KEGANASAN (392)
  12. Tambahan – Upah Haji atau Khairat Kematian tidak akan dibayar sekiranya berlaku kematian biasa yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh :

Cubaan membunuh diri dalam masa 12 bulan dari tarikh kuatkuasa perlindungan perjanjian.

AIDS atau komplikasinya atau jangkitan HIV.

 

MUAT TURUN BORANG CUEPACSPA

Boleh muat turun borang-borang disini https://cuepacspa.my/muat-turun/

 

SOALAN LAZIM MyCUEPACSCARE  

Kenapa penjawat awam tidak menggunakan rawatan di hospital kerajaan sahaja?

Memang benar penjawat awam layak menerima rawatan yang komprehensif di rangkaian hospital kerajaan dengan mudah dan tanpa bayaran berbanding yang bukan berkhidmat dalam sektor awam.

Namun begitu, jumlah doktor pakar yang terhad di hospital kerajaan ada masanya menyebabkan pesakit terpaksa menunggu giliran yang lama.

Macam mana cara nak dapat kad medikal CuepacsCare?

Anda perlu daftar CuepacsCare terlebih dahulu,baru diberikan kad kad medikal CuepacsCare.

Di mana perkhidmatan kad medikal CuepacsCare boleh digunakan?

Program Takaful Penghospitalan Dan Pembedahan CuepacsCare mempunyai lebih daripada 70 hospital panel di seluruh Malaysia.

Untuk senarai penuh hospital – hospital tersebut, anda boleh melayari laman web CuepacsCare.

Adakah boleh claim jika terima rawatan di hospital bukan panel CuepacsCare?

Boleh,mereka yang mendapatkan rawatan di hospital bukan panel CuepacsCare boleh mendahulukan bayaran dan membuat tuntutan balik.

Adakah CuepacsCare  memberi kemudahan tuntut elaun di hospital kerajaan?

Bagi yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, mereka akan menerima elaun harian berjumlah RM50.

Bagaimanakah cara nak hubungi hotline?

Para pencarum juga tidak perlu bimbang kerana Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan ini memberi perlindungan 24 jam.

Anda boleh menghubungi talian khidmat tuntutan 24 jam di 03-33746268.

Macam mana nak sertai CuepacsCare dan CuepacsPA

CuepacsCare dan CuepacsPA amat mudah disertai oleh penjawat awam. Mereka boleh mendaftar secara online melalui laman web www.cuepacscare.my/registration. Terdapat lebih 300 wakil pemasaran di seluruh negara bagi memudahkan penjawat awam mendaftar.

Boleh ke bayaran caruman bulanan dibuat melalui potongan gaji Biro Angkasa?

Ya,bayaran bulanan pula adalah secara potongan gaji melalui Biro Angkasa. Peserta tidak perlu bersusah payah untuk membuat potongan secara manual.

Bagaimana cara nak dapatkan rawatan?

Cara penggunaan CuepacsCare pula amat mudah dengan hanya menunjukkan kad CuepacsCare semasa urusan kemasukan untuk mendapatkan surat jaminan.

Berapa kadar sumbangan bulanan CuepacsCare?

Sumbangan bulanan untuk CuepacsCare adalah pada kadar serendah RM32 untuk individu dan RM85 bagi pakej keluarga.

Berapa kadar sumbangan bulanan CuepacsPA?

Sumbangan bulanan untuk CuepacsPA pula adalah serendah RM6 dan RM12 sebulan bagi setiap pemohon dan pasangan.

CuepacsPA turut melindungi anak-anak pemohon dengan kadar caruman sekitar RM1.59 hingga RM6.36 bergantung kepada umur.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk maklumat lanjut tentang REGISTER ONLINE CUEPACSCARE CUEPACSPA:

sila layari portal CUEPACSCARE : http://cuepacscare.my/

sila layari portal CUEPACSPA:https://cuepacspa.my/

 

Leave a Comment