MAKSUD STATUS PERMOHONAN DALAM PROSES BPN
Timbul persoalan dan jadi bahan tanda tanya kepada pemohon Bantuan Prihatin Nasional(BPN) tentang status permohonan BPN yang memaparkan “DALAM PROSES” selepas status ‘PERMOHONAN DITERIMA’ dipaparkan. Bagaimanakah untuk melihat status yang dipaparkan tersebut. Anda perlu login di laman web Portal Bantuan Prihatin Nasional(BPN). Masukan nombor kad pengenalan dan semak.
Baca tentang MAKSUD STATUS PERMOHONAN BSH 2020
APA MAKSUD STATUS DALAM PROSES BPN?
Jika permohonan anda sedang diproses dan disemak pada laman portal Bantuan Prihatin Nasional(BPN), maka status ini akan dipaparkan. Bermakna permohonan anda sedang dalam proses semakan kelayakan oleh LHDN sama ada LULUS atau GAGAL.
BACA : TARIKH & JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI TAHUN 2020
CONTOH SITUASI
Ahmad melayari laman portal Bantuan Prihatin Nasional(BPN) pada 1 April 2020. Dia telah menyemak status kelulusan Bantuan Prihatin Nasional(BPN) namun tiada rekod dipaparkan. Maka beliau telah mendaftar permohonan baru dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan permohonan tersebut diterima oleh LHDN selepas beberapa hari. Pihak LHDN pula menerimapermohonan tadi dan memberi paparan permohonan diterima. Selepas beberapa hari Ahmad mendapati status telah bertukar kepada ‘DALAM PROSES ‘. Ahmad hanya perlu bertenang dan menunggu makluman tentang semakan kelulusan permohonan baru BPN dan jika lulus permohonan,maka Ahmad akan mendapat BPN pada bulan Mei 2020.
BACA : TARIKH TUTUP PERMOHONAN i-LESTARI KWSP
SEMAKAN KELULUSAN PERMOHONAN BARU BANTUAN PRIHATIN NASIONAL(BPN)
Bagi kategori permohonan baru yang berstatus permohonan diterima, anda boleh menyemak status kelulusan permohonan Bantuan Prihatin Nasional(BPN) pada bulan MEI 2020.
SILA SEMAKAN BPN FASA 2
PERMOHONAN BARU/RAYUAN BPN
Jika anda layak menerima BPN tetapi masih belum membuat permohonan baru.Anda boleh membuat permohonan baru / rayuan boleh dibuat di portal rasmi BPN bermula 1 April 2020 hingga 30 April 2020.
BACA : TARIKH PEMBAYARAN PERMOHONAN BARU & RAYUAN BPN
Berdasarkan siaran media Kementerian Kewangan, pemohon perlu mengemukakan maklumat yang berkaitan ketika proses permohonan baru / rayuan dibuat. Kesemua maklumat dan data akan disemak berdasarkan data agensi ditetapkan iaitu data BSH dan data percukaian LHDNM.
SILA MUAT BORANG PERMOHONAN RAYUAN BPN ONLINE
MAKLUMAT DAN PERTANYAAN LANJUT
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Kementerian Kewangan atau LHDNM di talian berikut:
Kementerian Kewangan
03-8882 9089/ 03-8882 9087 /03-8882 9191/03-8882 4565/03-8882 4566
LHDNM
1-800 882 747 / 03-8911 1000
Waktu operasi dari jam 9 pagi – 5 petang (Ahad – Jumaat).
Tags: #APA MAKSUD STATUS DALAM PROSES BPN? #Bantuan Prihatin Nasional(BPN) #MAKSUD STATUS PERMOHONAN DALAM PROSES BPN
Aiman12 months ago
If proses tersebut gagal , boleh buat ke rayuan ? Or masih sempat ke nak buat rayuan sebelom tarikh tutup tersebut.
Cheah Eng Chuan12 months ago
PERMOHONAN DALAM PROSES BPN
jimmy12 months ago
sya punya lulus tapi dia belum bayar bpn
Anuradha Retanamanee12 months ago
Status saya Dalam proses,tolong advice,tq
Pak Lah Bulat12 months ago
kata akan dapat RM1000 bulan April… tapai sekarang dah nak masuk Mei.. RM1000 x dapat ker? jgn la cakap mcm buah buruk. luar cantik dalam buruk.
Zarul zahrin12 months ago
Sy punya sepatutnya dapat rm1000.. check status jumla keseluruhan lulus rm500.. sy nk update dh xboleh.. tolong bagi pencerahan.
Thiyyagarajan selvarajah12 months ago
Dalam proses tolong advanced thanks
Stefanus Andrew12 months ago
Status saya dalam proses advanced thanks
ROMZIE BIN JULASI12 months ago
Status permohonan “DALAM PROSES”bila boleh tau lulus tau gagal
Eddy Ong12 months ago
Status permohonan “DALAM PROSES”bila boleh tau lulus tau gagal
Sis Lyna12 months ago
Permohonan masih DALAM PROSES…if gagal mne sempat nk buat rayuan hari da suntuk ni
ahmad12 months ago
bg kategori m40 akan dapat penuh rm1000 ker kat bulan mei bg yang masih dalam proses bpn
Nur shela12 months ago
Sy bt permohonan Baru awal bulan 4 sampai skrg status”masih dlm proses”bila ble tahu lulus ke tidak sbb hari ni hari last.
hada12 months ago
sama dengan. dah call lhdnm tp x berjawab
Lau Mei Kuan12 months ago
Saya membuat permohonan pada 4 April 2020. Status saya masih DALAM PROSES,dan bagaimana cara saya boleh menyemak keputusan yang lulus . Sekian, terima kasih.
Joe12 months ago
Nak tanya..kt mna ada jual rokok gudang garam 16..kt kl susah dpt skrg..
Geethanjali12 months ago
Saya Punya pun sama juga dalam proses org tak ada Kerja ada anak lagi susah la tak bagi duit lagi kata april dapat 1000 belum dapat lagi dah mei dah org pun tak ada kerja dan tak ada duit kesian la anak anak tak ada makan susu Semua tolong la janji janji bagi duit
fed12 months ago
rasa nya sembang je ni. call LHDN tak berjawab. malas nak berharap dah.
shaharudin mokhtar12 months ago
saya dah apply hampir 2 bulan, tak kan tak lulus-lulus lagi! kencing ke apa ni
Siva12 months ago
Orang ade duit semua dah dtp
ang ah ngoh12 months ago
Kemarin saya nak check status, dia suruh saya daftar lagi?berapa kali saya kena daftar?Saya sudah daftar pada 11.4.2020.
Hazim12 months ago
Dari bulan 4 daftar kemudian Status dalam proses tapi sudah masuk Fasa Kedua masih dalam proses juga. Jelaskan..
atenn12 months ago
emmm asyik dalam proses jee …dri bln4 daftar…tak jugak lulus…bilaa ehh dpt duit ni…???
Wong Lai yen12 months ago
Awal bulan april sdh apply , sampai hari ini bulan Mei masih DALAM PROSES . Mmg tk tahu ia adalah lulus atau tk lulus. Pening kpl
Zulkifli11 months ago
Tarikh pembayaran BPN Fasa 2
Jangan bimbang dengan status BPN Dalam Proses. Lihat dulu jadual pembayaran. Setidak-tidaknya, jika lulus, kita tahu bila akan terima pembayaran.
Bayaran BPN Fasa 2 akan bermula secara berperingkat bermula dengan BSN dan seterusnya ke bank-bank yang lain
Untuk Fasa 2 ini:
Tarikh Pembayaran B40 : 4 – 13 Mei 2020
Tarikh Pembayaran M40 : 13 – 15 Mei 2020
Tarikh Pembayaran Permohonan Baru dan Rayuan : 15 – 20 Mei 2020
Untuk makluman anda, pembayaran BPN bagi Permohonan Baru dan Rayuan akan dibayar sekaligus mulai 15 hingga 20 Mei 2020 seperti yang ditunjukkan pada jadual pembayaran di atas.
marina11 months ago
Status permohonan “DALAM PROSES”bila boleh tau lulus tau gagal
Ono Entalang11 months ago
Apa maksud status “permohonan kelulusan akan dimaklumkan”..susah mahu tahu ini keputusan sebab saya cuma update akaun bank sahaja dulu.
abu bakar ali11 months ago
dalam proses smpi sekarang… rsa pakai xda dah.. hurmmm… tp dok harap2 gak.. kot2…
Mohd Tarmimi bin Rahman11 months ago
???
Nurshafarizan bin Shaari10 months ago
Berkenaan status kemaskini Bsh dan Bpn 2019 saya berstatus berkahwin sedangkan saya status duda ..saya telah buat kemaskini sbelum ni utk bpn tidak diterima kepada status bujang..saya check status kemaskini baru ini utk bayaran pertama utk bpn LULUS.masalahnya duit bantuan bsh dan bpn masuk ke akaun bekas isteri saya.sedangkan bekas isteri saya telah berkhwin lain dan saya masih duda dan blum berkhwiin saya jugak tangung atas jagaan anak 4 orang.memandang saya tiada kerja atas sebab pkp mcana saya nk menangung beban waktu ini..belanja harian ,dan bayar bil telepon dan roadtax dgn insuran kenderaan dan sbagainya..tolong bagi penjelasan macamna nk dpt hak bantuan saya dah letih saya dan buang duit saya sekejap kesana sekejap kesini tapi masalah tak selesai jgak.
Hema2 months ago
Ape maksud 09 Salam status
Siti Aishah Ahmad Sohaimi2 months ago
Macam mana nak kemaskini bhs