MyBPR BUJANG:SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BPR BUJANG RM350(21 Tahun Ke Atas)

MyBPR BUJANG:SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BPR BUJANG RM350(21 Tahun Ke Atas)

MyBPR BUJANG

APA ITU MyBPR BUJANG?

Ia adalah salah satu kategori bagi Bantuan Prihatin Rakyat iaitu bujang.

KADAR BANTUAN MyBPR BUJANG

Kadar bantuan MyBPR Bujang adalah sebanyak RM350.

SEMAKAN KELAYAKAN MyBPR BUJANG

Berikut adalah syarat kelayakan MyBPR Bujang :

  • Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
  • Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
  • Lelaki atau wanita yang berumur: 21 tahun hingga 59 tahun; atau 18 tahun sehingga 59 tahun bagi ketegori OKU

PERMOHONAN BARU MyBPR BUJANG

  1. Klik portal rasmi BPR : https://bpr.hasil.gov.my
  2. Terdapat 3 bahagian yang perlu dilengkapkan semasa mohon BPR 2021 secara online.
  3. Permohonan BPR ini terbahagi kepada 3 bahagian yang boleh dilihat di bahagian atas laman iaitu:
  • Permohonan
  • Pengesahan
  • Hantar

BAHAGIAN A ( PERMOHONAN BPR)

Sila lengkapkan Maklumat Pemohon seperti berikut:

  • No MyKad (tekan butang Semak untuk sahkan Nombor Kad Pengenalan)
  • Nama
  • Umur
  • Jantina
  • No Telefon Rumah
  • No Telefon Bimbit
  • Pekerjaan
  • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon dan Pasangan)
  • Status Perkahwinan
  • Alamat
  • Poskod
  • Negeri
  • Bandar
  • Nama Bank
  • No Akaun Bank
  • Alamat Emel

Pemohon juga dikehendaki muat naik dokumen sokongan seperti:

  • Sijil Kahwin
  • Sijil Cerai
  • Sijil Kematian Pasangan
  • Pengesahan Pasangan
  • Pengesahan Bank

Klik Muat Naik

Bagi Maklumat Wakil, sila pilih salah satu:

  • Ada Wakil
  • Tiada Wakil

Klik Teruskan

BAHAGIAN B( PENGESAHAN PERMOHONAN BPR)

Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”

Sila isi Captcha seperti yang tertera

Klik Sahkan Captcha

Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut( jika anda bersetuju dengan syarat permohonan)

BAHAGIAN C ( HANTAR PERMOHONAN BPR)

Klik butang Hantar, akan ada pilihan untuk anda mendaftar akaun untuk membolehkan anda Log Masuk untuk melihat perincian

Jika anda belum daftar BPR, klik Ya untuk mendaftar akaun BPR

Rujuk CARA DAFTAR MyBPR

Jika anda sudah daftar BPR seperti di atas, klik Tidak

Sila CETAK borang permohonan BPR yang telah didaftarkan

Jika anda penerima BSH/BPN 2020,sila buat KEMASKINI BPR 2021 ONLINE

CARA MOHON BPR 2021 SECARA BORANG

  1. Sila dapatkan borang permohonan BPR.
  2. Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
  • Portal Rasmi BPR LHDNM (atau muat turun di bawah ini)
  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
  1. Kemudian isi dan lengkapkan borang permohonan.
  2. Sediakan dokumen sokongan permohonan
  3. Hantar borang permohonan
  4. Anda boleh menghantar Borang BPR 2021 di kaunter-kaunter berikut:
  • Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
  • Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
  • Pejabat Daerah / Pejabat Residen
  • Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:

Peti Surat BPR,GPO Shah Alam,40800 Selangor

*Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima

Sila muat turun BORANG PERMOHONAN BPR 2021

KEMASKINI PERMOHONAN MyBPR BUJANG

  1. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu MyBPR”. Anda boleh Log Masuk MyBPR
  2. Jika dipaparkan soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
  3. Jika yang terpapar ialah kata kunci anda, tekan Ya
  4. Masukkan Kata Laluan anda
  5. Tekan butang Log Masuk
  6. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
  7. Berikut adalah MENU yang dipaparkan :
  • Profil
  • Semakan Status
  • Kemaskini Permohonan
  • Cetakan
  • Peti Mel
  • Maklum Balas
  1. Jika anda ingin KEMASKINI PERMOHONAN BPR, klik Kemaskini Permohonan

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN MyBPR BUJANG

Berikut adalah contoh cara buat semakan MyBPR 2021:

  1. Layari https://bpr.hasil.gov.my
  2. Sila isi Nombor Kad Pengenalan
  3. Sila lengkapkan CAPTCHA
  4. Tekan SEMAK
  5. Maklumat pemohon BPR akan dipaparkan.
  6. Jika permohonan anda LULUS,maklumat seperti status bayaran,jumlah dan fasa akan dipaparkan.
  7. Jika permohonan anda GAGAL,maklumat KOD TIDAK LULUS/GAGAL akan dipaparkan.
  8. Jika layak,anda boleh membuat permohonan RAYUAN BPR.

SOALAN LAZIM

Bilakah permohonan MyBPR Bujang akan dibuka?

Bermula 15 Januari sehingga 15 Februari 2021.

Berapakah jumlah Bantuan Prihatin Rakyat kategori bujang?

RM350

Sebagai penerima BSH Bujang adakah saya layak?

Ya. BPR adalah untuk menggantikan BSH sebelum ini. Jadi semua penerima BSH bujang layak menerima BPR 2021.

Bilakah tarikh pembayaran bantuan ini?

Pada akhir bulan Februari 2021

Saya berstatus bujang tetapi mempunyai anak angkat. Adakah saya layak untuk memohon sebagai isi rumah?

Tidak. Sekiranya anda berstatus bujang dan tidak pernah berkahwin, anda tidak layak untuk memohon kategori isi rumah.

Namun, permohonan kategori Bujang boleh dibuat sekiranya memenuhi syarat kelayakan

Anak saya berumur 20 tahun dan dikategorikan sebagai OKU kerana mengalami kemalangan pada tahun ini. Bolehkah saya kemas kini maklumat anak saya dalam permohonan BPR 2021?

Anak berkenaan tidak layak untuk didaftarkan sebagai anak di bawah permohonan BPR 2021 anda.

Walau bagaimanapun, anak berkenaan boleh memohon BPR 2021 bagi kategori Bujang sekiranya berstatus OKU dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Saya berstatus ibu tunggal yang berumur 40 tahun dan mempunyai seorang anak (OKU) berumur 19 tahun. Adakah saya boleh memohon BPR 2021 dengan meletakkan anak saya di Permohonan BPR 2021 saya?

Tidak. Anda boleh memohon BPR 2021 di bawah kategori Bujang [Rujuk Jawapan bagi soalan 2 (Syarat kelayakan Kategori Bujang)].

Anak berkenaan tidak layak didaftarkan sebagai anak di bawah permohonan BPR 2021 anda kerana anak berkenaan boleh memohon BPR 2021 bagi kategori Bujang sekiranya berstatus OKU dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Saya berstatus Ibu Tunggal yang berumur 50 tahun dan mempunyai seorang anak berumur 21 tahun yang tidak bekerja dan pelajar sepenuh masa. Adakah saya boleh memohon BPR 2021 dengan meletakkan anak saya dalam maklumat Permohonan BPR 2021 saya?

Sekiranya anak berkenaan tidak menepati syarat kelayakan, anda boleh memohon BPR 2021 di bawah kategori Bujang sebagai Ibu Bapa Tunggal tiada anak

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika ingin maklumat lanjut & pertayaan tentang MyBPR bujang

Sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

1-800-88-2747

Sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

03-8882 4565

03-8882 4566

Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

03- 89111000

7 thoughts on “MyBPR BUJANG:SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BPR BUJANG RM350(21 Tahun Ke Atas)”

  1. Saya dah pun mohon tapi x dapat…nk buat macam mana…boleh tak bantu saya…dah xberkerja…apa2 bantuan satu pun tak pernah dapat…TOLONG!!!!

    Balas

Leave a Comment