Isi Kandungan
KAD PERAK SEJAHTERA (Daftar Login Semakan Status)
Perak Prihatin merupakan sebuah program kebajikan yang dikhususkan bagi golongan yang kurang berkemampuan (Golongan B40). Program ini bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup melalui bantuan kewangan Perak Prihatan, dimana mereka akan dapat akses kepada rawatan kesihatan dan pembelian barangan yang asas. Disini kami akan kongsikan kepada anda mengenai Kad Perak Sejahtera, semoga membantu.
APA ITU INSENTIF KAD PERAK SEJAHTERA
Kad Perak Sejahtera (dahulunya dikenali sebagai kad Perak Prihatin) merupakan sebuah program bantuan di bawah Program Perak Prihatin. Kerajaan Negeri meletakkan komitmen yang tinggi dalam memastikan kebajikan dan kesehahteraan rakyat sentiasa meningkat dn bertambah baik.
Melalui kad ini, bertujuan mengurangkan kos sara hidup melalui bantuan kewangan daripada Perak Prihatin, di mana mereka akan mendapat akses kepada penjagaan kesihatan dan pembelian barangan asas. Penerima bantuan ini bolehlah mendapat rawatan kesihatan asas di klinik-klinik panel & membeli barangan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).
MANFAAT KAD PERAK SEJAHTERA
Berikut adalah merupakan antara manfaat yang akan diperloehi pemegang kad ini iaitu:
Manfaat Kesihatan
- RM 300- Had pembiayaan setahun
- RM 50 -Had gunaan setiap kali rawatan
- Tiada had jenis rawatan / perubatan bagi kesihatan asas
- Diberikan kepada penerima utama yang layak
Manfaat Bantuan Makanan
- RM90.00 Had bulanan pembelian barangan keperluan asas
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
- Boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
- Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
- Kad PERAK PRIHATIN akan ditambah nilai ke tahap RM90.00 setiap bulan secara automatik
- Diberi kepada setiap keluarga yang layak
NOTA: Kadar maanfaat makan ini dinaikkan ke RM90.00 (terdahulunya RM80.00) berkuatkuasa Januari 2023. Kepada pemegang kad ini akan menerima sebanyak RM100.00 pada bula Februari kerana jumlah baki RM10.00 yang tidak dimasukkan kedalam kad pada Januari 2023.
SEMAKAN KELAYAKAN KAD PERAK SEJAHTERA
Untuk kategori khas, sila isi nombor kad pengenalan untuk menyemak samada anda telah pun layak untuk menerima manfaat PERAK PRIHATIN.Sila semak dibawah
PENGAKTIFAN KAD PERAK SEJAHTERA
Jika anda layak, maka anda akan diberikan kad perak prihatin.Sebelum guna atau dapat manfaat daripada kad tersebut,anda perlu aktifkan kad perak prihatin terlebih dahulu.
CARA AKTIFKAN SECARA ONLINE
- Layari https://kiplepay.com/cards/card-activation/pp
- Lengkapkan maklumat diperlukan
- Tekan HANTAR
CARA AKTIFKAN MENERUSI SMS
- WBC<jaraj>PACT<jarak>NO.KAD(6 DIGIT TERAKHIR)<jarak>NO.MYKAD(6 DIGIT TERAKHIR) Hantar ke 33555
- (WBC PACT 123456 105100 Hantar ke 33555)
CARA AKTIFKAN MENERUSI PUSAT PANGGILAN
- Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PERAK PRIHATIN di talian 1800 22 6600 atau emel ke [email protected]
LOGIN MEMBER PERAK SEJAHTERA
Masukan username, password dan tekan LOGIN
CARA GUNA KAD PRIHATIN PERAK
Berikut adalah merupakan cara penggunaan kad ini iaitu:
- Manfaat Kesihatan
- Klik disini untuk belajar cara menggunakan kad kesihatan
- Manfaat Makanan
- Klik disini untuk belajar cara menggunakan kad makanan
SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS
- Klik disini untuk semak senarai barangan keperluan asas
SENARAI KEDAI RUNCIT & KLINIK SWASTA DALAM INSENTIF PERAK PRIHATIN
Semak disini
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan bantuan Perak Sejahtera boleh berhubung di pusat panggilan perkhidmatan kami di talian 1800 22 6600 atau Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di talian 05 526 9829 dan juga melalui melalui email di https://www.perakprihatin.com dan [email protected]
ARTIKEL LAIN
RUMAH PERAKKU (Cara Daftar Permohonan & Semakan Status)
mohon kad perhatian
Mohon kad perak prihatin
Saya ingin memohon kad prihatin perak..saya OKU..
Mcmana sy nk daftar nama Anak untuk penggunaan kad perak kesihatan
INSENTIF PERAK PRIHATIN:DAFTAR,LOGIN&SEMAKAN STATUS KELAYAKAN KAD PERAK PRIHATIN
assalamualaikum saya nak tanya bagaimana hendak mendapatkan kad prihatin??…bagaimana dengan syarat-syarat nya?…
Nk tanye,sy penerima bantuan kad perak.tahun 2020,sy x blum menggunakn kad perak ni smase pkp bulan 6 dan bulan 9.di harap sy dapat tuntut untuk 2 bulan ini
Nama saya prema.di mana boleh dapatkan kad perak prihatian.saya dekat tiada .
Nk mohon kad perihatin perak. Nk link borang pemohonan. . On9
Assalammualaikum mcm mn cara saya nak mohon kada perak prihatin