Isi Kandungan
CARA TUKAR ALAMAT EMEL DI TIKTOK FACEBOOK MyJPJ (Change Email Address)
Terkini setiap orang seharusnya mempunyai alamat emel tersendiri kerana ianya diperlukan untuk mendaftar pelbagai aplikasi atau website. Pada pemulaannya semestinya anda mendaftar dengan menggunakan nama emel yang pelik-pelik, tetapi kini anda ingin gunakan email tersebut sebagai email rasmi. Di sini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk tukar alamat emel pada aplikasi, semoga membantu.
APA ITU EMEL
Mel elektronik (e-mel), surat elektronik atau mel komputer ialah satu kaedah mengarang, menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik. Istilah “e-mel” (sebagai satu kata nama atau kata kerja) membawa maksud sistem e-mel Internet berasaskan Protokol Pemindahan Mel Mudah (Simple Mail Transfer Protocol, SMTP) dan juga sistem-sistem X.400, serta sistem-sitem intranet yang membolehkan para pengguna dalam satu organisasi mengirim e-mel sesama sendiri. Secara umumnya, penghantaran mel biasa akan dikenakan bayaran (membeli pos) tetapi mel elektronik hanya memerlukan sambungan internet.
CARA TUKAR ALAMAT EMEL TIKTOK
Berikut adalah merupakan cara menukar alamat emel Tiktok anda iaitu:
- Buka aplikasi TikTok pada telefon anda.
- Papa paparan utama, buka profil anda dengan klik pada ME yang berada di sudut kanan bawah
- Seterusnya klik pada butang tiga titik untuk pergi ke bahagian Setting.
- Kemudian klik pada Manage Account
- Klik pada Alamat Emel anda dan sahkan dengan memilih Seterusnya.
- Masukkan alamat emel baharu anda pada ruangan tersedia dan klik Send Code.
- Kod pengesahan akan dihantar ke emel baharu anda. Kemudian masukkan Kod pengesahan tersebut
- Selesai, kini anda telah berjaya menukar emel tiktok anda menggunakan emel yang baharu.
CARA TUKAR ALAMAT EMEL FACEBOOK
Berikut adalah merupakan cara menukar alamat emel Facebook anda iaitu:
- Buka aplikasi Facebook pada telefon anda.
- Pada paparan utama, pergi ke bahagian Menu dengan klik pada Gambar Profil anda
- Setelah masuk ek bahagian menu, scroll sedikit ke bawah dan klik pada Setting & Privacy
- Kemdian klik pada Setting > Persenol Information > Contatc Info
- Kemudian anda dikehendaki untuk menambah emel baharu anda terlebih dahulu dengan klik pada Add Email Address
- Isikan alamat emel baharu anda pada ruangan yang tersedia dan masukkan kata laluan facebook anda kemudian setelah selesai klik pada Add Email
- Kemudian anda dikehendaki untuk sahkan alamat emel baharu dengan klik pada Confirm
- Kod pengesahan 6 digit akan dihantar ke emel baharu anda. Kemudian masukkan Kod pengesahan tersebut pada ruangan yang disediakan dan klik Confirm
- Kemudian pergi kembali ke bahagian Manage Contact Info
- Untuk jadikan emel baharu ini sebagai emel utama, klik pada emel baharu tersebut dan set pada Make Primary
- Selesai, kini anda telah berjaya menukar emel tiktok anda menggunakan emel yang baharu.
- Anda juga boleh padamkan emel yang lama sekiranya tidak diperlukan
CARA TUKAR ALAMATEMEL MyJPJ
Berikut adalah merupakan cara menukar alamat emel MyJPJ anda iaitu:
- Buka aplikasi MyJPJ pada telefon anda.
- Pada paparan utama klik pada Tetapan Semula Emel
- Isikan maklumat dengan lengkap pada ruangan yang tersedia seperti:
- No Mykad/MyPR/MyKAS
- No Telefon Bimbit
- Kod Sekuriti lesen memandu (boleh didapati di belakang lesen memandu)
- E-mel (masukkan emel baharu anda)
- Sahkan emel
- Setelah selesai, klik pada Hantar
- Kod TAC dihantar ke emel baharu anda. Kemudian masukkan Kod Tac tersebut pada ruangan yang disediakan dan klik Sahkan
- Kemdian isikan kata lalaun baharu pada ruangan yang tersedia dan klik Hantar
- Selesai, anda telah berjaya menukar emel yang baharu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Tonton.Com.My (Cara Daftar & Layari TV3 Live Streaming)
- CARA TUKAR TRANSFER LIMIT (MAYBANK2U / CIMB CLICK / MyBSN / i-Rakyat / RHB ONLINE / PBEBANK)