MYDEPOSIT (PERMOHONAN & SEMAKAN SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA)

MYDEPOSIT (PERMOHONAN & SEMAKAN SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA)

MYDEPOSIT 2020 PERMOHONAN & SEMAKAN SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA

 

APA ITU SKIM MYDEPOSIT?

Skim MyDeposit KPKT ini adalah satu insentif dari kerajaan untuk membantu golongan yang tidak mampu untuk menyediakan deposit untuk membeli rumah.

Insentif bantuan deposit ini hanya menyediakan 10% daripada harga jualan rumah yang bernilai di bawah RM500,000 sahaja.

Sebagai contoh, jika harga rumah ialah RM300,000, bantuan adalah sebanyak RM30,000.

 

SEMAKAN KELAYAKAN MEMOHON SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon mesti berumur 21 tahun dan ke atas
  • Permohonan ini hanya layak untuk pembelian rumah pertama sahaja
  • Pendapatan isi rumah pemohon adalah di antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan
  • Nilai rumah adalah di bawah RM500,000

 

SENARAI PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN UNTUK SKIM MYDEPOSITI

Hanya projek perumahan berikut dibenarkan untuk skim MyDeposit ini:

  • Projek perumahan baharu yang berlesen daripada pemaju perumahan yang berlesen sahaja
  • Harga pembelian rumah RM500,000 dan ke bawah
  • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi/ insentif/ dana Kerajaan
  • Projek perumahan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti projek PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR, MyHome dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri adalah TIDAK LAYAK

 

CARTA ALIR PERMOHONAN MYDEPOSIT 2020

 

CARA MOHON SKIM MYDEPOSIT 2020

Berikut ialah cara untuk buat permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama:

 

DAFTAR AKAUN SKIM MYDEPOSIT

  • Layari laman web rasmi KPKT di sini: https://sprn.kpkt.gov.my
  • Jika belum ada akaun, klik Daftar Akaun
  • Isikan Nama
  • Isikan Nombor Kad Pengenalan
  • Isikan Alamat Email
  • Tekan butang Daftar

LOG MASUK SKIM MYDEPOSIT

  • Selepas berjaya dalam proses pendaftaran, sila login dengan klik tab Log Masuk Pemohon
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Tekan butang Log Masuk

PERMOHONAN SKIM MYDEPOSIT 2020

  • Lengkapkan borang permohonan secara online
  • Perakuan dan kelulusan akan dilakukan oleh jawatankuasa pemilihan penerima insentif Skim MyDeposit
  • Sekiranya diperakui dan diluluskan, pemohon perlu muat turun surat tawaran bersyarat bagi Skim MyDeposit secara online
  • Pemohon akan diberikan tempoh 30 hari untuk melengkap dokumen
  • Pemohon akan diminta tandatangan perjanjial jual beli rumah dengan pemaju perumahan
  • Pemohon juga akan menandatangani surat tawaran kelulusan pinjaman perumahan
  • Lengkapkan borang akuan bersumpah / berkanun
  • Seterusnya, pemohon perlu mengemukakan dokumen yang telah lengkap bagi tuntutuan insentif Skim MyDeposit kepada KPKT
  • Insentif Skim MyDeposit akan dibayar ke akaun pemaju perumahan, bukan akaun bank pemohon

 

DOKUMEN DIPERLUKAN SKIM MYDEPOSIT 2020

Antara dokumen yang diperlukan ketika memohon MyDeposit ialah:

  • Salinan kad pengenalan pemohon;
  • Salinan kad pengenalan pasangan;
  • Salinan kad pengenalan / Sijil Kelahiran anak-anak dan tanggungan;
  • Salinan surat nikah/ Sijil Nikah/ Surat Cerai/ Sijil Kematian;
  • Penyata gaji terbaru pemohon;
  • Penyata gaji terbaru pasangan;
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon;
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan;
  • Salinan CCRIS pemohon (semak CCRIS online di eCCRIS);
  • Akaun Bersumpah/ berkanun mengenai jumlah pendapatan bulanan pemohon dan pasangan yang berkerja sendiri dan perlu disahkan oleh Pesuruhjaya sumpah;
  • Surat Pengesahan Majikan Pemohon. Maklumat yang diperlukan adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan;
  • Surat Pengesahan Majikan Pasangan. Maklumat yang diperlukan adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan; dan
  • Surat Pengesahan OKU sama ada pemohon, pasangan atau tanggungan (jika berkaitan).

MAKLUMAN PENTING

Untuk makluman, jika anda berjaya dalam permohonan Skim MyDeposit ini, anda akan dikenakan sekatan kepentingan penjualan (juga dipanggil moratorium) selama 10 tahun daripada tarikh Perjanjian Jual Beli (S&P) ditandatangani.

Anda tidak boleh menjual rumah tersebut kurang dari 10 tahun

 

ARTIKEL LAIN

Kepada yang ingin buat permohonan rumah mampu milik seperti PPR, MyHome dan rumah transit hendaklah buat PENDAFTARAN SPRN(TEDUH) terlebih dahulu

Baca tentang PERMOHONAN RUMAH PPR(PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT):CARA PERMOHONAN MANUAL/ONLINE & SEMAKAN

Permohonan Baru Program Rumah Mesra Rakyat(RMR) atas talian(online) kini dibuka dan diaktifkan.

1 thought on “MYDEPOSIT (PERMOHONAN & SEMAKAN SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA)”

Leave a Comment