RENEW ROADTAX PEJABAT POS(Cukai Jalan Kereta & Motor)

CARA RENEW ROADTAX PEJABAT POS(Cukai Jalan Kereta & Motor)

Kepada anda yang ingin memperbaharui roadtax terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan. Melalui artikel ini kami akan kongsikan kepada anda cara renew roadtax di Pejabat Pos. Berikut adalah perkongsian ringkas sebagai panduan anda untuk perbaharui cukai jalan kereta atau motor, semoga membantu.

PERSEDIAAN SEBELUM RENEW ROADTAX

Pastikan anada membuat persediaan terlebih dahulu sebelum memperbaharui roadtax seperti berikut iaitu:

  1. Semak tarikh tamat insurans dan roadtax
    • Sebelum renew roadtax anda, pastikan anda tahu tarikh tamat tempoh roadtax anda terlebih dahulu.
  2. Pastikan bawa geran kenderaan bersama
    • Seperti yang kita tahu, di dalam geran kenderaan tersebut ada maklumat lengkap tentang kenderaan anda seperti model kereta, tahun kereta dan banyak lagi.
  3. Pastikan kenderaan anda bebas daripada apa-apa saman
    • Jika anda mempunyai apa-apa tunggakan saman, anda terpaksa melangsaikannya terlebih dahulu.
    • Ini kerana anda tidak sesekali dibenarkan untuk memperbaharui roadtax kenderaan sekiranya ada mempunyai tunggakkan.
  4. Semak harga pasaran kenderaan anda
    • Dengan menyemak secara awal harga pasaran terkini kenderaan anda demi kepentingan insurans.

SYARAT RENEW ROADTAX DI PEJABAT POS

Berikut ialah syarat-syarat sebelum anda boleh perbaharui cukai jalan di Pejabat Pos:

  • Tempoh renew yang dibenarkan adalah enam (6) bulan atau satu (1) tahun.
  • Kenderaan tersebut, samada motorsikal atau kereta, mestilah mempunyai perlindungan insuran bagi tempoh seperti yang dipohon.
  • Anda hanya boleh renew jika roadtax akan tamat tempoh dalam masa dua (2) bulan boleh diperbaharui.
  • Jika pemilik kenderaan, atau pemunya berdaftar telah diisytiharkan meninggal dunia, pembaharuan roadtax hanya dibenarkan untuk tempoh enam (6) bulan sahaja bagi setiap permohonan untuk tempoh tidak melebihi lima (5) tahun.
  • Permohonan mesti mendapat kelulusan jika tempoh kematian telah melebihi lima (5) tahun.
  • Bagi pemilik kenderaan yang tarikh luput roadtax terakhirnya adalah melebihi satu (1) tahun daripada tarikh permohonan, kenderaan tersebut perlu menjalani dan lulus pemeriksaan PUSPAKOM bagi semua kenderaan, termasuk kereta dan motorsikal.

ADAKAH PERLU BUAT JANJI TEMU BAGI URUSAN RENEW ROADTAX DI PEJABATPOS?

Tidak perlu lagi,anda boleh hadir sahaja di Pejabat Pos bersama dokumen yang diperlukan

CARA RENEW ROADTAX DI PEJABAT POS

Berikut pula cara untuk renew cukai jalan di Pejabat Pos yang berhampiran dengan anda:

  1. Pastikan anda memenuhi syarat untuk renew roadtax seperti yang diterangkan di atas
  2. Pastikan anda sudah menyediakan dokumen yang diperlukan untuk renew roadtax seperti yang diterangkan di atas. Antara dokumen penting ialah salinan insurans motor atau insurans kereta
  3. Boleh pergi ke Pejabat Pos besar atau Pejabat Pos cawangan.
  4. Ambil nombor terlebih dahulu
  5. Beratur di kaunter dan tunggu giliran anda
  6. Tunggu sehingga nombor dipanggil
  7. Selesaikan urusan di kaunter sehingga selesai semuanya
  8. Siap

Namun bagi sesiapa yang sudah kehilangan salinan geran, mereka masih boleh renew roadtax masing-masing di Pejabat Pos dengan cara:

  1. Perlu bawa Kad Pengenalan atau pun passport yang sah. Jika wakil yang pergi ke Pejabat Pos, Kad Pengenalan pemilik tidak diperlukan.
  2. Pergi ke Pejabat Pos berdekatan.
  3. Tunggu giliran anda dan siap.

ARTIKEL LAIN

3 thoughts on “RENEW ROADTAX PEJABAT POS(Cukai Jalan Kereta & Motor)”

  1. Saya mahu tanya.. Roadtax dan insurance motor saya dah tamat tempoh 25hb julai.. Boleh ke saya renew roadtax dn insurance seperti biasa??

    Balas
  2. Bawa kad pengenalan sahaja. Sistem pej pos dah link dgn JPJ . X perlu bawa cover Note /sijil insurans. Pastikan insurans sudah diperbaharui., baru boleh renew roadtax .

    Balas
  3. Salam
    Saya mahu tanya.
    Boleh ke saya nak bayar roadtax sahaja. Saya x nak insurans.
    Saya beli kereta ni tapi nama orang lain. Tak tukar nama lagi.

    Balas

Leave a Comment