RENEW INSURANS ROADTAX BJAK.MY (CARA BAYAR & PILIH TAKAFUL MOTORSIKAL & KERETA)

RENEW INSURANS ROADTAX BJAK.MY (CARA BAYAR & PILIH TAKAFUL MOTORSIKAL & KERETA)

RENEW INSURANS ROADTAX BJAK.MY (CARA BAYAR & PILIH TAKAFUL MOTORSIKAL & KERETA)

 

 

 

Pernahkah anda renew insurans roadtax Bjak.my?Bagaimanakah cara bayar dan pilih perlindungan(takaful) untuk motor dan kereta anda melalui portal Bjak.my?

 

CARA BAYAR INSURANS MOTOR KERETA GUNA BJAK.MY

Setiap orang mesti memiliki sekurang-kurangnya sebuah kenderan sama ada kereta atau motorsikal.

Setahun sekali mesti memikirkan untuk membeli insuran kenderaan. Di sini kami kongsikan cara mudah untuk membuat pilihan insuran yang berbaloi.

Dengan dunia yang serba canggih sekarang ini, betapa mudahnya nak renew insurans roadtax bjak.my

Macam mana nak bayar roadtax online,boleh juga cuba di portal MySIKAP JPJ

APAKAH BJAK.MY

Bjak adalah syarikat yang tertumpu pada kaedah alaf baru bagi memudahkan urusan insurans dan memberi manfaat kepada semua. Kami di Bjak bertekad untuk membuka ruang ekosistem dalam memberi peluang yang adil dan sekata, serta menjamin aspek keselamatan buat semua.

 

KELEBIHAN MENGGUNAKAN BJAK.MY

Antara kelebihan memperbaharui insuran & roadtax menggunakan Bjak.My ialah:

  1. Anda tidak perlu ingat lagi tarikh luput roadtax anda
  • Bjak sentiasa memberi peringatan tentang tarikh luput insurans kenderaan anda supaya tidak lagi terlepas dengan tarikh luput cukai jalan.
  1. Jaminan Layanan Terbaik
  • Perkhidmatan pelanggan 24 jam. Dapatkan bantuan kami bila-bila masa.
  1. Buat Tuntutan Bila-bila Masa
  • Bjak membantu anda mengelak daripada urusan rumit dengan Penanggung Insurans dan memastikan anda menikmati proses tuntutan yang lancar.
  1. Tiada Caj Tersembunyi
  • Hanya bayar untuk Insurans
  1. Harga yang lebih MURAH
  • Bjak akan carikan harga dan liputan yang paling sesuai untuk anda.
  1. Pembaharuan Terpantas di Malaysia
  • Jangan buang masa lebih daripada 1 minit. Perbaharui dengan dua langkah mudah.

 

CARA RENEW INSURANS ROADTAX Bjak.my

 

Berikut adalah merupakan cara renew menggunakan Bjak.my:

  1. Layari laman web rasmi DISINI
  2. Klik pilihan INSURANS KERETA/MOTOR. Klik Mint Quote Percuma.
  3. Isikan MAKLUMAT yang diperlukan seperti
  • No kenderaan
  • No kad pengenalan
  • Nama pemilik kenderaan
  • Email
  • No telefon (daftar whattsap)
  • Poskod kediaman
  1. Baca TERMA & SYARAT, kemudian tick pada ruangan yang disediakan
  2. Seterusnya klik pada DAPATKAN SEBUT HARGA
  3. Selesai, QUATATION anda akan dapat melalui email anda atau melaui whattsap. Anda akan diberikan pelbagai pilihan insurans beserta dengan harga.

NOTA: Pastikan anda letak email yang aktif. Sebab tak sampai 5 minit, quotation perbandingan harga akan di hantar ke email. Untuk info, sebut harga perbandingan harga insuran roadtax hanya sah selama 48 Jam sahaja. Oleh itu, kena cepat pilih dan bayar.

 

CARA PEMBAYARAN INSURAN & ROADTAX BJAK.MY

  1. Setelah anda selesai memohon quatation seperti di atas. Bjak akan menghantar perbandingan harga insuran melalui email anda.
  2. Semak email anda, akan ada satu link yang akan diberikan. Klik link tersebut, anda dah boleh lihat pelbagai pilahan sebut harga insuran
  3. Kemudian klik pada insuran yang anda inginkan, Isi semua maklumat dan Klik Bayar Sekarang.
  4. Semasa proses pembayaran, anda membuat pilihan sama ada ingin tambah:
  • Roadtax
  • Perlindungan tambahan
  • VIP Bjak (Tuntutan Mudah)

 

MASA PENGHANTARAN ROADTAX BJAK

  • Semenanjung Malaysia 2 – 3 hari bekerja
  • Sabah dan Sarawak 5 hari bekerja

 

SOALAN LAZIM

 

Bagaimana caranya Bjak dapatkan perincian mengenai kenderaan dan insurans saya jika maklumat yang diberikan tidak lengkap ketika proses transaksi?

Bjak akan mengesahkan semua maklumat dan perincian dengan JPJ. Jika maklumat yang diberikan tidak lengkap, Bjak akan hubungi anda semula bagi mendapatkan maklumat yang tertinggal dan lengkapkan transaksi.

 

Apakah kaedah pembayaran yang ada di Bjak.my?

VISA/Mastercard

FPX ( Maybank2U, CIMB Clicks, RHB Now dan lain-lain)

Bayaran secara tunai di 7-eleven

Pelan ansuran

 

Sebutharga dari syarikat insurans yang manakah saya boleh dapatkan di Bjak.my?

Antaranya ialah Takaful Malaysia, Pacific and Orient, Zurich Takaful, Liberty Insurance, MPI Generali, MSIG, Tokio Marine, Allianz, Lonpac Insurance, RHB Insurance, Etiqa Takafu, Great Eastern

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan tentang renew insurans roadtax bjak.my, anda boleh berhubung melalui:

  • Whattsap: 0166999129 (9am hingga 10pm, Isnin hingga Ahad)
  • Web rasmi Bjak: bjak.my

 

Leave a Comment