SKIM PEMBIAYAAN MUDAH JAYA SPiM PENJANA : CARA PERMOHONAN ONLINE
APA ITU SKIM PEMBIAYAAN MUDAH JAYA SPiM
SPiM PENJANA ialah kemudahan pembiayaan perniagaan patuh syariah yang bertujuan membantu usahawan Bumiputera dalam pelbagai sektor kecuali sektor pertanian dan penternakan yang terjejas akibat wabak pandemik Covid-19. Kemudahan ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek.
Di bawah PENJANA, kerajaan telah melancarkan PEMBIAYAAN MUDAH BUMIPUTERA (PENJANA)
Kemudahan ini adalah berbentuk bantuan pembiayaan perniagaan bagi modal kerja atau belanja mengurus sahaja.
TUJUAN PEMBIAYAAN SPiM
Membantu usahawan yang terjejas untuk menampung modal kerja seperti berikut :
- Kos Operasi
- Gaji Pekerja
- Sewa Premis
- Utiliti
- Lain-lain perbelanjaan mengurus
FOKUS INDUSTRI YANG DIBERI KEUTAMAAN SPiM PENJANA
- Perkhidmatan
- Gaya Hidup
- Makanan & Minuman
- Pembinaan
- Automatif
TARIKH ANSURAN BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN SPiM PENJANA
Ansuran bayaran balik pembiayaan akan bermula pada bulan ketujuh (7) (grace period 6 months) selepas pengeluaran wang pembiayaan kepada usahawan oleh MARA. Sebagai contoh :
Syarikat ABC Sdn. Bhd. telah diluluskan pembiayaan sebanyak RM1 Juta dan pengeluaran wang oleh MARA kepada Syarikat ABC Sdn. Bhd. telah dibuat pada 30 Jun 2020.
Syarikat ABC Sdn. Bhd. perlu membuat pembayaran ansuran pertama pembiayaan kepada MARA pada 31 Januari 2021.
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19 bagi sektor agromakanan boleh memohon SKIM PEMBIAYAAN KREDIT MIKRO AGROBANK jika layak.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SPiM PENJANA
- Syarikat berstatus Sdn Bhd bertaraf Bumiputera,
- Semua ahli lembaga pengarah mestilah berumur tidak melebihi 65 tahun,
- Melepasi tapisan Carian Kredit,
- Mempunyai pengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi,
- Beroperasi 12 bulan ke atas atau telah mengikuti program pembangunan usahawan secara intensif anjuran MARA bagi perniagaan yang beroperasi kurang daripada 12 bulan,
- Bebas daripada senarai hitam MARA,
- Perniagaan Patuh Syariah, dan
- Mengambil perlindungan Takaful yang telah ditetapkan oleh MARA.
SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN
Dokumen asas yang diperlukan seperti berikut :
- Laporan kewangan tahunan beraudit bagi perniagaan yang melebihi 12 bulan ke atas. Bagi syarikat yang tidak mempunyai laporan kewangan tahunan beraudit atas sebab-sebab tertentu maka diperlukan management account yang telah disahkan oleh Setiausaha Syarikat;
- Dokumen pengenalan diri dan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); dan
- Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
CAGARAN TANAH/JAMINAN
Adakah SPiM PENJANA mensyaratkan sebarang bentuk jaminan atau cagaran (collateral) bagi permohonan pembiayaan ini ?
Ya, pemohon perlu menyediakan pilihan jaminan atau cagaran seperti berikut :
i) Cagaran Hartanah yang mempunyai nilai Jualan Paksaan (Force Sales Value) hendaklah bernilai tidak kurang sepuluh peratus (10%) daripada jumlah pembiayaan yang dimohon;
Contoh : Syarikat ABC Sdn. Bhd. memohon pembiayaan RM1 Juta dan syarikat perlu mengemukakan cagaran hartanah dengan nilai jualan paksaan (force sales value) RM100,000.00. atau
ii) Sekurang-kurangnya seorang penjamin berpendapatan tetap dan mempunyai pendapatan bulanan tidak kurang daripada tiga peratus (3%) daripada jumlah pembiayaan yang dimohon;
Contoh : Syarikat ABC Sdn. Bhd. memohon pembiayaan RM1 Juta dan syarikat perlu mengemukakan seorang penjamin atau lebih yang mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM30,000.00 sebulan (3% daripada jumlah pembiayaan yang dimohon).
atau
iii) Simpanan tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan;
Contoh : Syarikat ABC Sdn. Bhd. memohon pembiayaan RM1 Juta dan syarikat perlu mengemukakan simpanan tetap daripada Institusi Kewangan yang ditetapkan oleh MARA sejumlah RM100,000.00.
atau
iv) Jika syarat i, ii atau iii di atas tidak dapat dipenuhi maka gabungan antara syarat i,ii, atau iii dibenarkan untuk memenuhi syarat tersebut.
Kepada usahawan PKS, ini cara daftar KEMPEN E-DAGANG PENJANA untuk layak manfaat RM1500 dari SHOPEE & rakan e-dagang yang lain.
HAD PEMBIAYAAN
RM500 RIBU sehingga RM1 JUTA
KADAR KEUNTUNGAN
3.5% setahun
CARA PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN MUDAH JAYA SPIM PENJANA
Permohonan secara atas talian menerusi portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) www.mara.gov.my
Layari https://www.pmbtijari.com.my/spimpenjana/
Lengkapkan 4 langkah dalam borang permohonan online yang disedikan.
Tags: #APA ITU SKIM PEMBIAYAAN MUDAH JAYA SPiM #CARA PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN MUDAH JAYA SPIM PENJANA #TARIKH ANSURAN BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN SPiM PENJANA
Mohd Nazmi Bin Zamri9 months ago
Salam saya Mohd Nazmi . Spim penjana untuk usahawan PKS DPT memulihkan pendapatan hari menaikkan taraf ekonomi.
Norbaini binti podin8 months ago
Whspp saya 013886409
Mohd amri bin zakaria5 months ago
How to apply
0163689278