SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk:BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN BANTUAN SESI 2021
Untuk makluman,Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak mempelawa mereka yang kurang bernasib baik untuk memohon Bantuan Persekolahan MAIPk 2021.
APA ITU BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk?
Bantuan Persekolahan MAIPk untuk golongan sasaran iaitu anak kepada ketua isi rumah atau penjaga yang tergolong dalam asnaf Fakir dan Miskin untuk menerima Skim Bantuan Persekolahan MAIPk bagi sesi 2021.
TUJUAN SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk
- Membantu anak-anak asnaf mendapatkan pendidikan yang sempurna. Mereka tidak boleh tergolong dalam kumpulan keciciran pendidikan.
- Membantu meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik melalui pendidikan.
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk
Berikut adalah syarat permohonan Dana zakat daripada Bantuan Persekolahan MAIPk:
- Pemohon / Penerima beragama Islam.
- Pemohon / Penerima warganegara Malaysia / Penduduk tetap (kecuali Ibnu Sabil).
- Pemohon / Penerima bermastautin atau tinggal tetap di negeri Perak.
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).
- Pemohon / Penerima tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi.
CARA PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk
Bantuan ini akan diberikan melalui kaedah berikut:
- Bayaran terus kepada sekolah.
- Bagi permohonan bantuan kali pertama/bertukar sekolah hendaklah melalui borang yang disediakan dan dibuat oleh ketua keluarga / penjaga atas nama pelajar.
- Permohonan yang lengkap hendaklah mendapat pengesahan dan sokongan daripada pihak sekolah (guru besar / pengetua).
Kepada rakyat negeri Perak yang layak, boleh mohon INSENTIF PERAK PRIHATIN
BORANG SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk
Borang boleh didapati melalui :
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak,Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak
Waktu Berurusan
Isnin – Khamis : 8.00 pg – 1.00 ptg | 2.00 ptg – 5.00 ptg
Jumaat : 8.00 pg – 12.15 tgh | 2.45 ptg – 5.00 ptg
Telefon :05 208 4000
BORANG PENGAGIHAN ZAKAT
Selain Skim Bantuan Persekolahan MAIPk, terdapat banyak lagi Skim Bantuan Zakat Perak yang telah dibangunkan untuk pembangunan dan pemerkasaan asnaf khususnya.
Berikut kami kongsikan jenis skim bantuan lain beserta borang permohonan online yang didapati melalui laman web rasmi Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIAM) iaitu https://www.maiamp.gov.my/.
JENIS SKIM BANTUAN ZAKAT PERAK
i) Program Pembangunan Sosial
- Skim Bantuan Kecemasan / Segera
- Skim Bantuan Perubatan
- Skim Bantuan Hemodialisis
- Skim Bantuan Bina Rumah
- Skim Bantuan Baik Pulih Rumah
- Skim Bantuan Kewangan Bulanan
- Skim Bantuan Penyelesaian Hutang
- Skim Bantuan Bencana
- Skim Bantuan Tambang Perjalanan Domestik
- Skim Bantuan Hari Raya
ii) Program Pembangunan Pendidikan
- Skim Bantuan Am Pelajaran
- Skim Bantuan Dermasiswa Dalam / Luar Negara
- Skim Bantuan Tambang Perjalanan Pergi Sehala / Balik Sehala
- Skim Bantuan Dermasiswa Pelajar Tajaan / Bantuan Am (Mesir Dan Jordan)
- Skim Bantuan Persekolahan
- Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal
iii) Program Pemerkasaan Ekonomi
- Skim Bantuan Modal
- Skim Latihan Dan Kursus Program Pembangunan Usahawan Dan Asnaf
iv) Program Pemerkasaan Insan
- Skim Latihan Kemahiran Asnaf
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk Facebook Zakat Perak MAIPk dan layari laman web www.maiamp.gov.my
Tags: #BORANG SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk #CARA PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk #SEMAKAN KELAYAKAN SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk #SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIPk
Midzpar bin haibil1 month ago
Bahagian sabah ada ka
Zuriatul solihin Mat salim1 month ago
Assalamualaikum..borang nya da kluar ke untuk tahun hadapan???
Tay choon cheng1 week ago
Saya minta pertolongan pihak kerajaan untuk dapat bantuan sesi 2021 persekolahan anak saya,sebab saya sudah di buang kerja dan sampai sekarang tak ada kerja .saya berharap pihak kerajaan dapat membantu saya sekian terima kasih
Zainab1 week ago
Saya minta pertolongan bantuan kerajaan sesi 2021 persekolahan anak saya. Sebab suami saya sudah 2 tahun tidak berkerja sebab kemalangan. Dan masih lagi menjalani rawatan doktor.Saya berharap pihak kerajaan dapat membantu dan meringankan beban kami skluarga. Terima kasih