SPIM TEKUN 2022 (Daftar tekunfin.tekun.gov.my)

SPIM TEKUN 2022 (Daftar tekunfin.tekun.gov.my)

SPIM TEKUN

Kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), kini Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) telah memperkenalkan pembiayaan Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM). Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU SPIM

Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) adalah skim yang menawarkan pembiayaan pada kadar keuntungan kosong peratus ( 0% ) berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro. Objektif pembiayaan adalah salah satu usaha Kerajaan memperbanyak akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha PMKS dan sektor informal.

 

MATLAMAT PEMBIAYAAN SPIM TEKUN

Matlamat pembiayaan SPIM yang diperkenalkan oleh TEKUN Nasional adalah untuk:

  1. Membantu usahawan sektor informal yang terjejas akibat pendemik wabak COVID-19 yang melanda negara.
  2. Membantu usahawan informal yang kurang mendapat perhatian.
  3. Menggalakkan usahawan sektor informal untuk mendaftar.
  4. Membangunkan kapasiti dan daya saing usahawan.
  5. Mendorong untuk anjakan daripada status perniagaan informal ke perniagaan berstatus mikro dan seterusnya ke kategori lebih tinggi.

 

KADAR PEMBIAYAAN SPIM TEKUN

Skim ini yang menawarkan pembiayaan pada kadar keuntungan kosong peratus ( 0% ) berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro

  • RM1,000 – RM5,000 bagi usahawan yang tidak mempunyai lesen / permit daripada PBT atau daftar perniagaan yang sah (SSM)
  • RM1,000 – RM10,000 bagi usahawan TEKUN sedia ada atau usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM)

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SPIM TEKUN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan untuk membuat permohonan SPIM:

  1. Bumiputera / India dan warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  3. Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) atau pengesahan menjalankan perniagaan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)/Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak atau kupon/permit perniagaan oleh jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
  4. Mempunyai tempat perniagaan yang khusus atau bergerak.
  5. Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan.
  6. Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah.

 

JENIS PERNIAGAAN LAYAK SPIM TEKUN

Berikut adalah merupakan jenis perniagaan yang boleh dipohon menerusi pembiayaan SPIM:

Usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecilan.

  • Penjaja kecil.
  • Peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah (home-based business).
  • Peniaga yang menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile business).
  • Peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian (online business).
  • Peniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran (delivery services).

 

KADAR PEMBIAYAAN SPIM TEKUN

Jumlah pembiayaan yang ditetapkan menerusi SPIM adalah sehingga RM10,000 dengan perincian berikut:

  • RM1,000–RM5,000 bagi usahawan yang tidak mempunyai lesen/permit daripada PBT atau daftar perniagaan yang sah (SSM).
  • RM1,000–RM10,000 bagi usahawan TEKUN sedia ada atau usahawan baru yang mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah (SSM).

 

TARIKH PERMOHONAN SPIM TEKUN

Tarikh buka permohonan pembiayaan ini akan dikemaskini kemudian.

 

CARA PERMOHONAN SPIM TEKUN

Sekiranya anda berminat dan memenuhi syarat kelayakan, berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan pembiayaan SPIM:

  1. Secara atas talian (Online)
    • Layari pautan: https://tekunfin.tekun.gov.my/login
    • Klik pada Daftar Akaun.
    • Isi maklumat yang diperlukan dan klik Daftar.
    • Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
    • Lengkapkan permohonan tersebut sehingga selesai.
  2. Secara Manual

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk info dan maklumat lanjut mengenai SPIM Tekun Nasional, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan TEKUN Nasional 03-90588550 atau layari laman web di  https://www.tekun.gov.my

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BAIKS 2022 (Bantuan Industri Kecil Sederhana Sabah)

 

Tags: #APA ITU SPIM #CARA PERMOHONAN SPIM TEKUN #JENIS PERNIAGAAN LAYAK SPIM TEKUN #KADAR PEMBIAYAAN SPIM TEKUN #MATLAMAT PEMBIAYAAN SPIM TEKUN #SPIM TEKUN 2022 (Daftar tekunfin.tekun.gov.my) #SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SPIM TEKUN #TARIKH PERMOHONAN SPIM TEKUN

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!
    1. author

      Mohd Nazmi Bin Zamri2 tahun ago

      Salam saya Mohd Nazmi . Spim penjana untuk usahawan PKS DPT memulihkan pendapatan hari menaikkan taraf ekonomi.

      Reply
    2. author

      Norbaini binti podin2 tahun ago

      Whspp saya 013886409

      Reply
    3. author

      Mohd amri bin zakaria2 tahun ago

      How to apply
      0163689278

      Reply

    Leave a reply "SPIM TEKUN 2022 (Daftar tekunfin.tekun.gov.my)"