SKIM TEKUN BELIA MOBILEPRENEUR (Repair & Beli Motor Untuk Rider)

SKIM TEKUN BELIA MOBILEPRENEUR (Repair & Beli Motor Untuk Rider)

SKIM TEKUN BELIA MOBILEPRENEUR

Kepada anda muda di Malaysia, terdapat pelbagai bantuan yang telah disediakan oleh Kerajaan bagi menjanakan pendapatan. Khusus kepada golongan Belia kumpulan B40 yang ingin menjana pendapatan melalui perkhidmatan penghantaran makanan menggunakan motosikal, Kerajaan telah mengumumkan satu skim Tekun Belia Mobilepreneur di bawah TEKUN Nasional.  Disini kami akan kongsikan cara permohonan skim ini, semoga membantu

 

APA ITU SKIM TEKUN BELIA MOBILEPRENEUR

Ia adalah pembiayaan modal kepada usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal. Program ini adalah merupakan insiatif kerajaan di bawah TEKUN Nasional untuk membantu golongan yang terjejas pendapatan akibat penularan COVID-19 dan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

TUJUAN SKIM TEKUN BELIA MOBILEPRENEUR

Melalui skim ini, pembiayaan disediakan kepada usahawan untuk tujuan berikut:

  • Pembelian motosikal
  • Baik pulih motosikal
  • Modal pusingan

 

SYARAT KELAYAKAN SKIM TEKUN BELIA MOBILEPRENEUR

Berikut adalah syarat permohonan jika anda berminat:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia (Bumiputera atau India)
  • Berumur 18 hingga 60 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Pemohon bukan seorang yang muflis.
  • Pemohon perlu mempunyai lesen memandu B1 atau B2 yang sah.
  • Pemohon telah dilantik dengan sah daripada syarikat e-Hailing yang berdaftar.
  • Pemohon perlu mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Mengemukakan dokumen asal sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah–bagi permohonan membeli motosikal.
  • Pemohon terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  • Pemohon perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan.
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

 

KADAR PEMBIAYAAN SKIM TEKUN BELIA MOBILEPRENEUR

  • Jumlah pembiayaan adalah daripada RM1,000 hingga RM10,000.Pembiayaan ini meliputi pembelian, baik pulih, motosikal dan juga modal pusingan.

 

TEMPOH BAYARAN BALIK SKIM TEKUN BELIA MOBILEPRINEUR

  • Tempoh pembiayaan balik adalah daripada 1 tahun hingga 3 tahun dengan dikenakan kadar keuntungan sebanyak 4% setahun.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan bagi memudahkan urusan permohonan anda. Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukan:

  • Borang Pembiayaan Permohonan (muat turun Borang JPP02 atau JPP17).
  • Gambar pemohon berukuran passport.
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) iaitu muka hadapan dan belakang.
  • Salinan lesen memandu B1 atau B2 yang sah.
  • Sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah–bagi permohonan membeli motosikal.
  • Salinan geran motosikal yang sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Salinan cukai jalan motosikal yang sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal)–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Surat sokongan syarikat e-Hailing/bukti pendaftaran bersama syarikat e-Hailing.
  • Salinan buku bank simpanan/penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir).
  • Salinan salah satu bil utiliti (elektrik/air/telefon).
  • Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan.

 

CARA PERMOHONAN ONLINE SKIM TEKUN BELIA MOBILEPRENEUR

Kepada pemohon yang ingin memohon perlu membuat permohonan di pejabat TEKUN Nasional yang terdekat dengan mebawa segala dokumen yang diperlukan.

 

SENARAI CAWANGAN TEKUN NASIONAL

Senarai pejabat cawangan TEKUN Nasional di seluruh negara boleh dirujuk melalui pautan https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/

 

TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN SKIM TEKUN BELIA MOBELEPRENEUR

Tempoh proses permohonan pembiayaan adalah selama 7 hari bekerja.

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila  layari  laman web TEKUN Nasional di https://www.tekun.gov.my.

4 thoughts on “SKIM TEKUN BELIA MOBILEPRENEUR (Repair & Beli Motor Untuk Rider)”

Leave a Comment