RENEW LESEN MEMANDU PEJABAT POS/UTC/JPJ:CARA,HARGA & DOKUMEN DIPERLUKAN

RENEW LESEN MEMANDU PEJABAT POS/UTC/JPJ:CARA,HARGA & DOKUMEN DIPERLUKAN

RENEW LESEN MEMANDU PEJABAT POS/UTC/JPJ

Jika anda ingin renew lesen memandu( motor atau kereta),boleh pilih untuk renew lesen memandu di Pejabat Pos/UTC/JPJ.Berikut dikongsikan RENEW LESEN MEMANDU PEJABAT POS/UTC/JPJ:CARA,HARGA & DOKUMEN DIPERLUKAN

Untuk makluman,sejak tahun 2016 lagi, urusan pembaharuan lesen memandu Malaysia atau renew lesen memandu baharu boleh dilakukan di Pejabat Pos seluruh Malaysia.

Walaupun urusan renew lesen sekarang dah boleh dibuat secara online, rasanya masih ramai lagi yang lebih suka berurusan secara manual terus di kaunter.

Bagaimanakah cara RENEW LESEN MEMANDU PEJABAT POS?

SENARAI JENIS LESEN MEMANDU YANG BOLEH DIPERBAHARUI DI PEJABAT POS

Lesen LDL dan CDL boleh diperbaharui di mana-mana cawangan pejabat pos berdekatan.

Manakala hanya lesen PDL (Probational Driving License – lesen memandu Percubaan) dan GDL (Goods Driving License – lesen kenderaan barangan) perlu diperbaharui di Pejabat JPJ.

Jika nak renew lesen secara online pun boleh, rujuk RENEW LESEN ONLINE

SEMAKAN SYARAT RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS

Berikut adalah syarat- syarat Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos:

  • Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4 dan 5 tahun sahaja
  • Tidak disenaraihitamkan (blacklist)

DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK RENEW LESEN DI PEJABAT POS

Untuk pembaharuan, kita hanya perlu bawa:

  • Kad pengenalan
  • Lesen memandu asal
  • Slip lesen* (ini hanya untuk pembaharuan kali pertama)

SEMAKAN HARGA BAYARAN/CAJ RENEW LESEN DI PEJABAT POS

Berikut adalah Harga Bayaran / Caj Yang Dikenakan :

  • Kelas A/A1: Bayaran RM2.00/tahun
  • Kelas B2, B & C: Bayaran RM20.00/tahun
  • Kelas D & ke atas: Bayaran RM30.00/tahun (Warganegara)
  • Semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H, I (Bukan Warganegara): Bayaran RM120.00 / tahun
  • Lesen LDL – Bayaran RM20.00 untuk 3 bulan, RM40.00 untuk 6 bulan bagi kelas B & C. (Kelas A/A1 atau B2 tunggal RM2.00). Bayaran RM30.00 untuk 3 bulan (RM60.00 untuk 6 bulan) bagi kelas D & ke atas.

*Jangan lupa, apabila anda menggunakan servis Pejabat Pos untuk renew lesen, RM2.00 caj servis akan dikenakan.

Kalau anda keliru lesen jenis apa yang dimaksudkan dalam kelas di atas, ini adalah maksud bagi kod tersebut:

  • Kelas A –Kenderaan Orang Cacat (Motorsikal) BTM tidak melebihi 450kg
  • Kelas A1 – Kenderaan Orang Cacat (Motokar) BTM tidak melebihi 3500kg
  • Kelas B –Motorsikal melebihi 500 cc (Motorsikal besar)
  • Kelas B2 – Motorsikal tidak melebihi 250 cc (Motor kapcai)
  • Kelas C –Motorsikal Tiga Roda (Kenderaan Menjual Aiskrim atau Roti)
  • Kelas D –Motokar BTM (Berat Tanpa Muatan) Tidak Melebihi 3500kg
  • Kelas DA – Motokar Tanpa Pedal Klac BTM tidak melebihi 3500 kg
  • Kelas E –Motokar Berat BTM melebihi 7500kg
  • Kelas E1 –Motokar Berat BTM tidak melebihi 7500kg
  • Kelas E2 –Motokar Berat BTM tidak melebihi 5000kg
  • Kelas F –Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) BTM tidak melebihi 5000kg
  • Kelas G –Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) BTM tidak melebihi 5000kg
  • Kelas H –Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) BTM melebihi 5000kg
  • Kelas I –Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) BTM melebihi 5000kg

Bagaimanakah cara RENEW LESEN MEMANDU DI UTC?

CARA RENEW LESEN MEMANDU DI UTC

APA ITU UTC?

UTC adalah ringkasan Urban Transformation Centre (Pusat Transformasi Bandar),ia adalah tempat untuk menyediakan masyarakat bandar dengan perkhidmatan kerajaan.Di UTC terdapat pejabat JPJ untuk masyarat membuat urusan berkaitan JPJ

  1. Sila ke UTC berdekatan dengan anda.
  2. Sila ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan dalam bangunan UTC.
  3. Ambil nombor giliran dan sila tunggu.
  4. Apabila nombor anda dipanggil, sila maklumkan tujuan anda untuk renew lesen
  5. Sila maklumkan tempoh renew lesen yang diperlukan.
  6. Maklumkan tempoh renew lesen anda. Maksimum adalah untuk 5 tahun sahaja. Harga adalah berbeza untuk setiap 1 tahun bagi setiap kelas lesen:
  • Kelas A & A1 – RM2
  • Kelas B2, B & C – RM20
  • Kelas D sehingga I – RM30
  • Untuk yang bukan warganegara, bayaran sebanyak RM120 dikenakan untuk semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H dan I.
  1. Serahkan kad pengenalan/pasport anda.
  2. Sila serahkan lesen memandu anda( asal atau salinan)
  3. Jika ada gambar,boleh bagi gambar.Jika tiada boleh buat gambar baru di kaunter atau guna gambar asal pada kad pengenalan.
  4. Sila bayar wang untuk renew lesen mengikut kelas lesen anda dan tempoh diperlukan
  5. Sila tunggu sehingga kad lesen anda

Bagaimana pula jika wakil yang buat urusan renew lesen?

Sekiranya wakil melakukan proses renew untuk anda, wakil perlu serahkan kad pengenalan/pasport yang asal atau salinan kad pengenalan/passport.

Wakil juga perlu serahkan kad pengenalannya yang asal berserta dengan dokumen pengenalan dirinya yang asal.

Bagaimanakah cara RENEW LESEN MEMANDU DI JPJ?

CARA RENEW LESEN MEMANDU DI JPJ

Cara renew lesen memandu di JPJ

  1. Sila ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri ataupun mana-mana cawangan JPJ yang terdekat dengan anda.
  2. Sila maklumkan tujuan anda untuk renew lesen
  3. Sila ambil nombor dan tunggu giliran.
  4. Apabila nombor anda dipanggal,sila maklumkan tujuan anda dan tempoh renew lesen.
  5. Harga adalah berbeza untuk setiap 1 tahun bagi setiap kelas lesen:
  • Kelas A & A1 – RM2
  • Kelas B2, B & C – RM20
  • Kelas D sehingga I – RM30
  • Untuk yang bukan warganegara, bayaran sebanyak RM120 dikenakan untuk semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H dan I.
  1. Sila bagi kad pengenalan/pasport anda.
  2. Kemudian bagi lesen memandu anda(asal atau salinan)
  3. Jika ada gambar,boleh bagi gambar.Jika tiada boleh buat gambar baru di kaunter atau guna gambar asal pada kad pengenalan.
  4. Sila bayar wang untuk renew lesen mengikut kelas lesen dan tempoh lesen anda.
  5. Sila tunggu kad lesen anda disiapkan.

Bagaimana pula jika wakil yang buat urusan renew lesen?

Sekiranya wakil melakukan proses renew untuk anda, wakil perlu serahkan kad pengenalan/pasport yang asal atau salinan kad pengenalan/passport.

Wakil juga perlu serahkan kad pengenalannya yang asal berserta dengan dokumen pengenalan dirinya yang asal.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN RENEW LESEN MEMANDU PEJABAT POS/UTC/JPJ

Untuk maklumat Lanjut sila layari :

Pejabat Pos: https://www.pos.com.my

UTC: https://www.utc.my/

JPJ: https://www.jpj.gov.my/

 

7 thoughts on “RENEW LESEN MEMANDU PEJABAT POS/UTC/JPJ:CARA,HARGA & DOKUMEN DIPERLUKAN”

Leave a Comment