SKIM SMART SEWA RUMAH SELANGORKU (Permohonan & Semakan Lokasi )

SKIM SMART SEWA RUMAH SELANGORKU (Permohonan & Semakan Lokasi )

SKIM SMART SEWA RUMAH SELANGORKU (Permohonan & Semakan Lokasi )

TUJUAN SKIM SMART SEWA RUMAH SELANGORKU

Memberi peluang kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah yang tidak berupaya membuat pembelian Rumah Selangorku ditawarkan Skim Sewaan pada kadar bayaran berpatutan dan berkemampuan serta akhirnya mereka dapat membeli kediaman mereka sendiri di Negeri Selangor.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM SMART SEWA RUMAH SELANGORKU

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan permohonan:

  1. Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon;
  2. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
  3. Pendapatan seisi keluarga iaitu;
    • Tdak melebihi RM5,000.00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah;
    • Tdak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah;
  4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
  5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan); atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;
  6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.

 

KADAR HARGA SEWA TEMPOH PENYEWAAN SKIM SMART SEWA RUMAH SELANGORKU

  1. Berikut adalah merupakan kadar harga sewa:
    • Kadar Harga Sewa rumah di bawah Skim Smart Sewa Selangor adalah sangat berpatutan bermula dari RM600, RM650, RM700 dan RM750.
    • Pilihan ditangan anda, nak simpanan banyak pilihlah yang kadar sewa tinggi kerana hartanah tersebut akan menjadi milik anda kelak.(Tertakluk terma dan syarat)
  2. Tempoh Sewaan pula adalah seperti berikut:
    • Maksimum 5 tahun
    • Minimum 2 tahun

 

SEMAKAN LOKASI RUMAH SMART SEWA RUMAH SELANGORKU

Lokasi rumah yang sedang dibuka di bawah Skim Smart Sewa Selangor adalah seperti senarai berikut:

  • Pangsapuri De Bayu 2, Setia Alam, Shah Alam (DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN)
  • Pangsapuri Alpinia, Dengkil, Sepang (50 Unit, Kadar sewa RM800 – DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN)
  • Pangsapuri Simfoni, Eco Majestic, Semenyih (13 Unit sahaja, Kadar sewa RM650 – DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN)
  • Pangsapuri @ Jalan Keretapi Lama, Kapar, Klang (Kadar Sewa RM650 – KEMASUKAN SEGERA)
  • Pangsapuri Seri Utama, Taman Puchong Utama, Puchong (Kadar Sewa RM700-RM800- KEMASUKAN SEGERA)
  • Pangsapuri Gapura Bayu, Jade Hills, Kajang, Selangor (Kadar Sewa RM750 – KEMASUKAN SEGERA)
  • Pangsapuri Asteria, Bandar Parklands, Klang (Kadar Sewa RM700 – KEMASUKAN SEGERA)
  • Pangsapuri Taming Mutiara, Bandar Sungai Long, Kajang (Kadar sewa RM800 – KEMASUKAN SEGERA)
  • Pangsapuri Damai Utama, Bandar Kinrara, Puchong (Kadar sewa RM550-650 – KEMASUKAN SEGERA)

 

CARA PERMOHONAN SKIM SMART SEWA RUMAH SELANGORKU

Permohonan Skim Smart Sewa Selangor boleh dibuat melalui 2 cara iaitu secara online dan manual.

  1. Permohonan Online
  2. Permohonan Manual
    • Ambil borang permohonan di pejabat PHSSB.
    • Lengkapkan borang dan sertakan dokumen sokongan yang disenaraikan
    • Hantarkan ke pejabat PHSSB di alamat:
      • Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd, Tingkat 5, Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
      • Nombor telefon: 019 333 0976 / 017 416 3990 / 03 5524 0233

NOTA: Tarikh temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon selepas borang dan dokumen lengkap diterima.

 

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN SKIM SMART SEWA RUMAH SELANGORKU

Berikut adalah merupakan dokumen sokongan yang diperlukan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan surat nikah / surat pendaftaran perkahwinan / surat cerai
  • Salinan sijil kelahiran (MyKad / MyKid) anak
  • Salinan MyKad / MyKid tanggungan (selain anak)
  • Penyata Gaji 3 bulan terkini
  • Salinan KWSP
  • Salinan Penyata Bank 3 bulan terkini
  • Salinan pengesahan pendapatan terkini pemohon dan pasangan dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah
  • Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU), jika berkenaan
  • Salinan surat pengesahan doktor, jika berkenaan
  • Salinan bil elektrik & bil air terkini kediaman sekarang
  • Salinan Daftar Undi

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pihak Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd ditalian:

Pejabat : 03-5524 0233/0253/019-3330976

Cik Rosha : 017-9777204

Pn Fatehah: 017-9387537

Pn Ros : 017-4163990

En Fawie : 011-13020487

En Afizie : 019-4406828

Untuk maklumat lanjut , layari portal SKIM SMART SEWA

Tags: #apply http://phssb.com/skim-smart-sewa/ #borang http://phssb.com/skim-smart-sewa/ #cara daftar http://phssb.com/skim-smart-sewa/ #check http://phssb.com/skim-smart-sewa/ #lokasi terkini http://phssb.com/skim-smart-sewa/ #permohonan http://phssb.com/skim-smart-sewa/ #register http://phssb.com/skim-smart-sewa/ #RUMAH SELANGORKU #semakan http://phssb.com/skim-smart-sewa/ #SEMAKAN LOKASI RUMAH SMART SEWA SELANGOR #SENARAI PROJEK BOLEH DITAWARKAN UNTUK KEMASUKKAN #SKIM SMART SEWA #SKIM SMART SEWA RUMAH SELANGORKU #SKIM SMART SEWA RUMAH SELANGORKU (Permohonan & Semakan Lokasi )

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    No related post!

    Leave a reply "SKIM SMART SEWA RUMAH SELANGORKU (Permohonan & Semakan Lokasi )"