SKIM SMART SEWA RUMAH SELANGORKU (Permohonan & Semakan Lokasi )

SKIM SMART SEWA RUMAH SELANGORKU (Permohonan & Semakan Lokasi )

SKIM SMART SEWA RUMAH SELANGORKU (Permohonan & Semakan Lokasi )

Kepada warga berpendapatan rendah dan sederhana rendah yang berada di selangor ingin memilik rumah kediaman sendiri, anda boleh membuat permohonan sewa beli pada kadar bayaran berpatutan melalui Skim Smart Sewa Rumah Selangorku. Disini kami kongsikan maklumat mengenai skim ini dan cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU SMART SEWA RUMAH SELANGORKU

Skim Smart-Sewa merupakan satu skim yang diwujudkan oleh kerajaan negeri Selangor kepada rakyat Selangor terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak berupaya memiliki Rumah Selangorku untuk memiliki kediaman sendiri dan pemulangan sewaan sebanyak 30 peratus daripada jumlah sewaan bersih akan dipulang balik sebagai deposit untuk membeli kediaman baru

Tempoh sewaan minima selama 2 tahun akan diberikan pemulangan dan tempoh maksima sewaan adalah 5 tahun.

 

TEMPOH SEWAAN SKIM SMART SEWA RUMAH SELANGORKU

Berikut adalah merupakan tempoh sewaan bagi pemohon yang berkelayakan iaitu:

  • Minimum: 2 tahun
  • Maksimum: 5 tahun

Deposit penyewaan adalah:

  • Sewa 2 Bulan + Sewa Semasa (1 Bulan) + Caj Utiliti + Lain2 caj

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM SMART SEWA RUMAH SELANGORKU

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan permohonan:

  1. Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon;
  2. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
  3. Pendapatan seisi keluarga iaitu;
    • i. tidak melebihi RM5,000.00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah;
    • ii. tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah;
  4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
  5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan); atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;
  6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.

 

KADAR HARGA SEWA TEMPOH PENYEWAAN SKIM SMART SEWA RUMAH SELANGORKU

  1. Berikut adalah merupakan kadar harga sewa:
    • Kadar Harga Sewa rumah di bawah Skim Smart Sewa Selangor adalah sangat berpatutan bermula dari RM600, RM650, RM700 dan RM750.
    • Pilihan ditangan anda, nak simpanan banyak pilihlah yang kadar sewa tinggi kerana hartanah tersebut akan menjadi milik anda kelak.(Tertakluk terma dan syarat)
  2. Tempoh Sewaan pula adalah seperti berikut:
    • Maksimum 5 tahun
    • Minimum 2 tahun
  3. Deposit (bengantung pada kadar sewa semasa):
    • Sewa 2 Bulan + Sewa Semasa (1 Bulan) + Caj Utiliti + Lain2 caj

 

SEMAKAN LOKASI RUMAH SMART SEWA RUMAH SELANGORKU

Lokasi rumah yang sedang dibuka di bawah Skim Smart Sewa Selangor adalah seperti senarai berikut:

  • Pangsapuri Alpinia, Dengkil
  • Pangsapuri Simfoni, Eco Majestic, Semenyih
  • Pangsapuri @ Jalan Keretapi Lama, Kapar, Klang
  • Pangsapuri Seri Utama, Taman Puchong Utama, Puchong
  • Pangsapuri Tun Teja 1, Alam Impian, Shah Alam
  • Pangsapuri Seroja, Bandar Setia Alam, Shah Alam
  • Pangsapuri Gapura Bayu, Jade Hills, Kajang
  • Pangsapuri Asteria, Bandar Parklands, Klang
  • Pangsapuri Taming Mutiara, Bandar Sungai Long, Kajang
  • Pangsapuri Damai Utama, Bandar Kinrara, Puchong
  • Pangsapuri Arista, Bandar Parklands, Klang
  • Hibiscus 2, Bandar Seri Coalfields, Sungai Buloh
  • Pangsapuri De Kiara, Bandar Setia Alam, Shah Alam
  • Pangsapuri Rimba Jaya, Seksyen 16, Shah Alam
  • Pangsapuri Azaria, Bandar Parklands, Klang
  • Pangsapuri Trifolis, Bandar Bukit Tinggi 2, Klang

Nota: Anda juga boleh menyemak lokasi lebih lanjut melalui portal rasmi Perumahan dan Hartanah Selangor (PHSSB)

 

CARA PERMOHONAN SKIM SMART SEWA RUMAH SELANGORKU

Permohonan Skim Smart Sewa Selangor boleh dibuat melalui 2 cara iaitu secara online dan manual.

  1. Permohonan Online
  2. Permohonan Manual
    • Ambil borang permohonan di pejabat PHSSB.
    • Lengkapkan borang dan sertakan dokumen sokongan yang disenaraikan
    • Hantarkan ke pejabat PHSSB di alamat:
      • Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd, Tingkat 5, Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
      • Nombor telefon: 019 333 0976 / 017 416 3990 / 03 5524 0233

NOTA: Tarikh temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon selepas borang dan dokumen lengkap diterima.

 

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN SKIM SMART SEWA RUMAH SELANGORKU

Berikut adalah merupakan dokumen sokongan yang diperlukan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan surat nikah / surat pendaftaran perkahwinan / surat cerai
  • Salinan sijil kelahiran (MyKad / MyKid) anak
  • Salinan MyKad / MyKid tanggungan (selain anak)
  • Penyata Gaji 3 bulan terkini
  • Salinan KWSP
  • Salinan Penyata Bank 3 bulan terkini
  • Salinan pengesahan pendapatan terkini pemohon dan pasangan dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah
  • Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU), jika berkenaan
  • Salinan surat pengesahan doktor, jika berkenaan
  • Salinan bil elektrik & bil air terkini kediaman sekarang
  • Salinan Daftar Undi

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pihak Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd ditalian:

  • Pejabat : 03-5524 0233/0253/019-3330976
  • Cik Rosha : 017-9777204
  • Pn Fatehah: 017-9387537
  • Pn Ros : 017-4163990
  • En Fawie : 011-13020487
  • En Afizie : 019-4406828

Untuk maklumat lanjut , layari portal SKIM SMART SEWA

 

ARTIKEL LAIN

Leave a Comment