AKAUN TH SECARA MAYA:CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI SECARA VIRTUAL  ACCOUNT OPENING(VAO)

AKAUN TH SECARA MAYA:CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI SECARA VIRTUAL  ACCOUNT OPENING(VAO)

AKAUN TH SECARA MAYA

 

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memperkenalkan platform terbaharu iaitu Pembukaan Akaun secara Maya (Virtual Account Opening – VAO) menerusi pautan dan aplikasi THiJARI bagi menggalakkan bakal pendeposit TH membuka akaun secara dalam talian.

APA ITU VAO?

Pengenalan VAO adalah merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi digital TH ke arah memperluaskan akses perkhidmatan, menjimatkan masa, mesra alam, selamat dan cekap.

VAO bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk membuka akaun TH dengan lebih mudah dari mana sahaja mereka berada samada melalui laman web atau aplikasi mudah alih, THiJARI.

TH menyaran agar para pendepositnya terus meningkatkan penggunaan perkhidmatan dalam talian sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengurangkan interaksi bersemuka di kaunter cawangan TH seluruh negara berikutan penularan Covid-19 yang amat membimbangkan pada masa kini.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BUKA AKAUN TABUNG HAJI SECARA MAYA

Berikut adalah syarat kelayakan untuk buka akaun TH secara VAO:

  • Individu beragama Islam dan waras
  • Warganegara Malaysia

CARA BUKA AKAUN TH SECARA MAYA

Berikut adalah cara buka akaun Tabung Haji secara maya:

  1. Sila layari portal Thijari thijari.com.my
  2. Klik Tiada Akaun TH? BUKA SEKARANG
  3. Sila lengkapkan butiran maklumat yang diperlukan.
  4. Sila hadir ke cawangan TH untuk membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan

SOALAN LAZIM

Apa itu THiJARI

THiJARI merupakan perkhidmatan dalam talian yang dilancarkan pada awal tahun lalu bagi memudahkan para pendeposit untuk melakukan transaksi dan menerima perkhidmatan TH secara dalam talian seperti menyemak akaun, mencetak penyata, pindahan wang, perkhidmatan berkaitan haji termasuk pendaftaran, surat tawaran dan rayuan haji serta turut memaparkan maklumat tentang Kelab TaHa.

Adakah perlu hadir ke cawangan TH selepas daftar online?

Ya,anda perlu hadir di mana-mana cawangan TH bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.

Apa yang perlu dibawa semasa ke cawangan TH?

Anda hanya perlu membawa MyKad dan amaun deposit permulaan

Boleh ke daftar akaun TH untuk anak secara maya?

Pendeposit yang mempunyai anak kandung di bawah umur 18 tahun juga boleh membuka akaun kanak-kanak menerusi THiJARI.

 

ARTIKEL LAIN

DUIT TABUNG HAJI:CARA KELUARKAN DUIT DI KAUNTER,ATM & ONLINE

CARA TUKAR NO HP TABUNG HAJI (Update Mobile Phone Number)

TEMUJANJI TH BORANG ONLINE:CARA BUAT JANJI TEMU TABUNG HAJI

THiJARI LOGIN:DAFTAR,LOG MASUK,KEMASKINI & SEMAKAN RAYUAN HAJI(thijari.com.my)

Tags: #AKAUN TH SECARA MAYA #APA ITU VAO? #Boleh ke daftar akaun TH untuk anak secara maya? #CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI VAO #CARA DAFTAR AKAUN TH SECARA MAYA #SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BUKA AKAUN TH SECARA MAYA #TH VAO

author
Author: 
    Pemilik KekandaMemey.com
    THiJARI LOGIN:DAFTAR,LOG MASUK,KEMASKINI & SEMAKAN RAYUAN HAJI(thijari.com.my)
    THiJARI LOGIN:DAFTAR,LOG MASUK,KEMASKINI & SEMAKAN RAYUAN HAJI(thijari.com.my)   Anda ada akaun Tabung Haji?dah
    THiJARI (AKAUN TABUNG HAJI ONLINE)
    THiJARI (AKAUN TABUNG HAJI ONLINE)   PENGENALAN PORTAL THiJARI TABUNG HAJI Platform perkhidmatan
    TEMUJANJI TH BORANG ONLINE:CARA BUAT JANJI TEMU TABUNG HAJI
    TEMUJANJI TH BORANG ONLINE:CARA BUAT JANJI TEMU TABUNG HAJI   Bermula 25 Mei
    DUIT TABUNG HAJI:CARA KELUARKAN DUIT DI KAUNTER,ATM & ONLINE
    DUIT TABUNG HAJI:CARA KELUARKAN DUIT DI KAUNTER,ATM & ONLINE   Kepada individu yang

    Leave a reply "AKAUN TH SECARA MAYA:CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI SECARA VIRTUAL  ACCOUNT OPENING(VAO)"